Posts

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Image
Kalau dah namanya cikgu, semangat hendak mencurahkan ilmu kepada pelajar pastinya tidak akan pudar. Tidak kira di dalam kelas, di luar waktu persekolahan, malahan semasa cuti persekolahan pun, semangat itu terus membara. Pelajar tanya apa-apa sahaja pun, pastinya guru akan cuba menjawabnya dengan sehabis baik. Tambah pula sekarang ini pelbagai aplikasi dan kemudahan Internet hanya di hujung jari. Bukan sahaja aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook, pengguna mempunyai bermacam-macam lagi teknologoi.  Pada entri kali ini, saya hendak kongsikan kepada cikgu (baca sebagai: pendidik) di luar tentang perbincangan saya bersama pelajar-perlajar ketika waktu cuti persekolahan. Cikgu-cikgu boleh cuba menggunakan aplikasi  Zoom.  Aplikasi ini telah saya gunakan bagi menjalankan perbincangan bersama pelajar. Perbincangan ' face to face'  ala-ala  teleconference  yang dijalankan berlaku di alam maya dengan membolehkan kesemua pelajar saya mengajuka...

Buku nota sudah habis. Apa cikgu perlu buat?

Aktiviti membuat peta minda pastinya sudah tidak asing dalam kalangan pendidik. Cara ini memudahkan para pelajar membuat nota sekali gus menarik minat mereka terhadap sesuatu subtopik. Ada pelbagai cara untuk membuat peta minda antaranya melakarkan diagram yang mempunyai pelbagai corak dan warna di atas kertas mahjung sebelum pembentangan. Bagaimanapun, cikgu-cikgu ada masalah terlupa untuk membawa kertas mahjung ke kelas? Daripada masalah itu, cikgu-cikgu tidak boleh menjalankan aktiviti bersama para pelajar? Al-maklumlah terlalu banyak sangat perkara yang perlu diingatkan... 😎 Kini, semuanya tidak lagi. Cikgu-cikgu boleh menggunakan Mind Mup 2.0 bagi menjalankan aktiviti peta minda yang menarik bersama pelajar-pelajar.  Jangan risau kerana aplikasi ini sangat mudah dan mesra pengguna/pelajar. Pengguna hanya perlu mempunyai akaun Google dan cikgu yang ingin mengadakan kelas menggunakan aplikasi ini digalakkan mempunyai Google Drive . Sebab apa? Haa... nanti saya ...

Quizizz dalam PdPc

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Dalam keadaan dunia pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang mempunyai berbagai-bagai corak, guru perlu mewarnai pengisian kelas mereka dengan aktiviti yang menyeronokkan. Ia selari dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Ketika cuti Hari Keputeraan Yang Di-petuan Agong baru-baru ini, saya bersama-sama pelajar Tingkatan 3 MRSM Baling (baca sebagai: Asusheika ) menghadiri kelas tambahan PT3. Disebabkan tempoh yang ditetapkan tiga jam, saya mengajak 186 pelajar tersebut bermain sambil mengulang kaji pelajaran menggunakan aplikasi  Quizizz . Banyak soalan sedia ada di dalam aplikasi ini. Jika berkelapangan, para guru juga boleh membuat soalan sendiri. 😃😄 Terpulang pada para guru untuk memulakan set induksi kelas mereka bagaimana, tetapi yang pastinya ia perlulah menarik minat para pelajar untuk terlibat secara aktif di dalam kelas berkenaan. Bagaimanapun, ingat ya cikgu-cikgu, kita kenalah menerangkan cara menjawab dan mengguna...

SKEMA JAWAPAN US1 (KOMSAS) T4 MRSM BALING

Assalamualaikum WBT semua pelajar 4 Colombus! Sila salin soalan dan skema jawapan untuk Ujian Selaras 1 MRSM Baling 2019 di buku nota KOMSAS. Soalan 1:  Jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. [ 7 markah ] Jawapan 1: Berdasarkan novel yang saya pelajari di tingkatan 4 iaitu Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, terdapat dua latar tempat yang dikenal pasti. Latar tempat yang pertama ialah Kampung Sentosa. Latar tempat ini dikenal pasti sebagai tempat Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung kelahiran ibunya, iaitu Kampung Sentosa selama dua minggu. Di Kampung Sentosa jugalah, Lili menyelesaikan pelbagai perkara termasuk masalah kekeluargaan yang dialami oleh Che Jah dan suaminya, Seman. Selain itu, latar tempat yang saya kenal pasti ialah Pekan Sentosa. Penulis menggambarkan bahawa bas ekspres yang dinaiki oleh Lili bersama-sama Geetha dari Kuala Lumpur tiba di Pekan Sentosa sebelum Lili dijemput oleh Rashid. Di P...
Image
KARANGAN PERIBAHASA Arahan: Sila salin nota karangan peribahasa ini dan dua contoh karangan cemerlang yang terdapat di bawah. Tip Mengarang 1. Karangan bertajuk peribahasa merupakan  jenis penulisan yang bermuat kupasan dan penjelasan terhadap maksud peribahasa yang dikemukakan dalam soalan. 2. Karangan jenis ini dapat ditulis melalui teknik huraian atau teknik cerita, bergantung pada kehendak soalan. 3. Jika anda dikehendaki menggunakan TEKNIK CERITA , maksud dan pandangan anda terhadap peribahasa hendaklah anda jelaskan melalui cerita yang anda karang. 4. Untuk mengarang melalui teknik cerita, anda perlu menggunakan kaedah menulis karangan jenis cereka, yakni yang mendahulukan bahagian permulaan, seterusnya puncak/klimaks dan kemudian peleraian. 5. Jika anda dikehendaki menggunakan TEKNIK HURAIAN , anda perlu menjelaskan maksud peribahasa yang dikemukakan serta sejarah penciptaan dan perkaitannya dengan kehidupan masyarakat. 6. Selain itu, perkaitannya de...

Ramai tempah neraka sebab MB Kedah baharu

Sebelum meneruskan penulisan kali ini, penulis ingin menyusun 10 jari sekiranya ada pihak yang ‘melatat’ mengatakan penulis menyebelahi mana-mana pihak. Bukan golongan yang mahir dalam bidang politik tetapi kali ini penulis terpanggil untuk menulis isu pelantikan Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, 66. Tahu. Sangat tahu ramai yang marah dan ‘naik berang’ dengan keputusan barisan kepimpinan UMNO Kedah yang seakan-akan memaksa Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan hangat tersebut, terutamanya golongan ‘darah panas’ yang sebaya dengan penulis. Tak dilupakan juga golongan ‘keyboard warrior (KW)’ yang rancak menyebarluaskan segala video dan status yang berbaur fitnah serta syak wasangka berkaitan pemasyhuran ‘warga emas’ tersebut memerintah negeri jelapang padi. Penulis sedikit terkilan. Namun bukan bermakna penulis menyebelahi Ahmad Bashah yang lebih popular sebagai ‘kaki tidur’ di majlis-majlis kerana dia terus dicemuh oleh...

Salah siapa?: Harga minyak turun, rakyat masih merana.

Khabar gembira mengenai penurunan harga minyak awal tahun ini melegakan ramai pihak, khususnya mereka yang setiap hari 'menunggang' kenderaan ke tempat kerja. Namun, adakah benar selepas penurunan harga tersebut menjadi faktor penurunan harga barangan lain seperti ayam, ikan dan udang? Sangkaan penulis sama sekali meleset. Persoalannya, adakah penjual sengaja menaikkan harga sewenang-wenangnya atau pembekal yang menjadi faktor uttama kenaikan ini? Atau, ia disebabkan perayaan 'mereka' dah nak sampai, semua barang kena naik? 'Kita raya, mereka kaya. Mereka raya, kita papa.' pepatah ini sering menjadi dodoian penulis selama ini. Baru-baru ini, penulis ada singgah di pasar berhampiran. Kenaikan harga barangan keperluan harian dari RM1 sehingga RM4  menyebabkan rata-rata pembeli dan peniaga terbeban dengan tekanan kewangan yang semakin menghimpit kehidupan mereka saban hari. Seorang peniaga, Zamri Ismail, 47, berkata, kenaikan harga barang memang kerap be...

Hadiah manusia, 'Celaka'

-Catatan 25 Januari 2016- Normalnya, waktu percubaan bagi 'pendatang' baru di sini memakan masa tiga bulan atau lebih. Kata sumber, prestasi yang baik atau sebaliknya menentukan kelayakan menerima status 'lepas' daripada para pemerhati di sini lama atau sekejap. Alhamdulillah, hari ini genap dua bulan 10 hari aku di sini dan hari ini juga bos sudah mula memekikkan namaku dari mejanya. "Kau rasa kau dah boleh 'comfirm' ke, kalau banyak stori kau macam celaka lagi?" Katanya meruntun jiwa. Kalau aku punya hati yang tisu, di situ juga aku menangis kat bahu dia. Biar selendang serabai yang dia pakai masa tu penuh dengan air liur dan hingus aku. Hati 'jantan' terus membadang. Aku hanya senyum dan mungkin itu cabaran yang dia lemparkan untuk terus belajar dengan 'para ilmuwan' dekat sini. Aku cuba viralkan sifat manusia yang mencelakakan manusia lain itu kepada taulan terdekat. Mungkin ini sahaja cara untuk menenangkan perasaan. ...

Kalau nak bagi 'cash', masa tu juga Dia bayar - Emak

Ada satu kisah yang ingin diceritakan waktu aku lewati ke pusat perbankan, tempoh hari. Umum tahu waktu getir begini, ramai yang bertandang ke tempat-tempat tersebut untuk mengaut keuntungan milik mereka. Begitu juga aku. Cuma kekangan waktu menyukarkan tindak gerak membereskan segala hal ehwal dunia itu. Datang aku lewat. Biasalah, ini kerja (cabut dari pejabat) tanpa pengetahuan bos. Setibanya aku, pemerhatianku mendapati seluruh ruang dan kerusi dipenuhi bakal orang kaya sementara yang memegang satu 'buku biru' bersama slip masing-masing. Aku membandingkan nombor di skrin dan di tanganku. Ternyata ini boleh menggugat status pekerjaanku jika diketahui bos nanti. 'Baik aku selesaikan perkara kedua (hal di tempat sama),' bisikku ketika membilang jarak angka-angka 'beratus' itu. Sampai di satu bahagian, ada satu pasang kekasih veteran menunggu giliran. Uzur sosoknya terpaksa berdiri bersandar di dinding. "Duduklah pakcik, makcik...." "Eh...

Seorang yang KUAT

Lain macam. Ada suatu perasaan yang tak kena semenjak dua menjak tiga menjak dan beberapa menjak ni.  Bukan apa, sengaja aku ajak Mus - kawan sama umur yang berbeza tahap kekananan di universiti tempat belajar, pergi makan sebaik-baik sahaja balik dari pejabat. Jarak rumah yang dekat juga tidak menjanjikan kesenangan berjumpa berlepak bersama. Terima kasih untuk masa dan mendengarkan luahan hati seorang remaja lara (gitu!). Bukan itu yang aku nak ceritakan. Waktu di kedai tersebut, pesanan diambil seperti biasa.  Aku yang menghantui nasi ayam penyet yang entah sejak bila membuat pesanan ke atasnya. Sedap! Sesungguhnya darah keturunan Jawa tidak akan pernah mengalir dalam setiap saluran nadi insan bernama Azizi. Walaupun tak pandai cakap bahasa Jawa walau siji loro telu papat.... Menjadi keraguan sebaik-baik nak habiskan makananan di hadapanku, ada rasa tak cukup dan nafsu yang membuak-buak. Nak tambah lagi, lagi dan lagi. Oh my God, sepinggan nasi dihida...

Dialog B2B

Hari ini, permintaan tekak sedikit melampau. Sebaik-baik sahaja selesai makan di sebuah restoran mamak ni dengan sepinggan nasi kandar dan segelas teh panas (oh awesome nya!), aku puaskan nafsu makan ni dengan menyinggah ke kedai makan yang satu lagi. Kali ini untuk membeli pencuci mulut yang bukan daripada konsep sabun, sebaliknya minyak. Lawak kan? Kahhhh ~ Aah, pisang goreng yang moga-moga dapat memenuhi kehendak nasfu Zulkaedah ni. "Kira macam mana pisang ni, kak?" tanyaku nak tahu sebelum memasukkannya ke dalam plastik "Empat seringgit," balas dia. Sibuk pada tahap melampau akak tu menguruskan bungkusan-bungkusan nasi ayam pelanggannya. Bapak dia mahal!!! Emak dia tak tahu mahal ke tak. Sekali lagi lawak. Kahhhh ~ Okay, bukan tu yang aku nak ceritakan. Masa tu, masa tengah beratur mengisi pisang-pisang tersebut ke dalam plastik, ada seorang akak yang mengambil kuih-muih lain. -Tolong bayangkan konsep kedai self-service yang dijalankan kedai ini. ...

Thumbs Up untuk 'Orang Gomen'.

"Awak, saya perlu ke hospital. Klinik tak boleh buat pemeriksaan darah segera." Ucapan itu sedikit menggusarkan. Wanita di hujung talian itu ada sedikit mengadu akan keresahannya sebaik-baik doktor melaporkan dia adalah suspek denggi. Mahu tak gelabah! Baik, kita kini di sebuah hospital kerajaan di Putrajaya. Aku percaya struktur yang gah ini menjanjikan ketangkasan keputusan ujian darah yang dimahukan serta segala kerja² lain. Tidak ragu dan was². Khidmat mereka di kala hujung minggu ini sangat dipandang murni masyarakat. Sering aku terfikir akan kebesaran pengorbanan si penyarung² kod putih bersama alat pendengar dengupan jantung yang disangkutnya di leher mereka. Ada jasa yang diberikan. Kami tiba di sana sekitar jam 4.00. Seingat aku ada kumandang azan asar di telefonku. Proses yang diambil seperti biasa. Walaupun perlu ke jabatan kecemasan, tetapi sekalian pesakit perlu menunggu giliran. Ya, sungguh di luar jangkauan aku. Ingatkan..... Betullah kata orang; pejam...

"Don't Judge Me By My Skincare Solution."

Hari ini, pendaftaran pelajar baharu (pascasiswazah) untuk beberapa kos/fakulti di sebuah universiti paling tua di Malaysia. Atas sebab hidayah menemuiku, aku antara mereka membawa filem² besar xray kehulur dan kehilir, di sini hari ini. Lagakku persis nak bertegur sapa dengan semua orang. Menjengkelkan! Aku yang berlatarbelakangkan sebuah universiti yang penghuninya adalah sama 'spesis' denganku, sedikit teruja dengan suasana baharu. Bukan berlainan 'spesis' tetapi aku perlu berhadapan dengan pemegang "buku merah jangan lupa bawa...." Ada nyanyian di situ. Klishe, soalan² 'daftar kah?' 'Study apa?' diajukan tanda nak berbual. Dan soalan² basic seperti yang aku belajar dalam topik lakuan bahasa untuk subjek Pragmatik, masa Sarjana Muda dulu aku aplikasikan. Aku ingat! Dalam satu lif nak naik ke tingkat pendaftaran, aku bertegur dengan seorang ladies . Rautnya seperti seorang gadis yang asalnya dari Timur Tengah. Tapi aku percaya dia tak pun...

Kerja untuk Hidup/Hutang

"Mahasiswa perlu bekerja untuk menyara hidup semasa di universiti" - menteri. Setiap hujung bulan, akan memaknakan diri sebagai seorang pekerja makan gaji . "Yes , gaji masuk!" Waktu itu senyuman yang dibentuk menggunung persis melafazkan akad nikah dengan satu kali lafaz (eh!). Ada lafaz tahmid juga diselitkan. Waktu kawan-kawan satu pejabat dok heboh dalam whatsapp group , melaporkan perihal gaji masuk, aku buat² tenang. Kau tak tahu, aku sibuk cari handphone , masa tu dan terus buka online banking . Walaupun masa tu tengah pecut kereta 120km/h dari mana entah ke mana. Simbolik ketenangan tu jelas terpancar apabila, Internet dekat handphone aku dah terhad melampau ( over limit ). Hari ini, satu hari selepas gaji masuk, aku terkedek-kedek menuju atm machine nak keluarkan duit. 'Wow, kayalah macam ni,' bisik hati. 'Nak beli ni, beli tu, bayar ni bayar tu,' sambung bisikan hati tadi. Ya, masa tu aku berbual dengan diri sendiri. Tak kisahlah n...

Emak Wanita Besi

Dua hari lepas aku dikunjungi dengan berita menyedihkan. Family group whatsapp kecoh dengan berita atok masuk hospital. Atok yang sudah menjangkau 90-an dikhabarkan mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya. "Emak on the way balik kampung ni," katanya ringkas. "Nanti kirim salam atok." Suara yang di hujung talian tenggelam timbul dek keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Tidak berbual panjang, ada perasaan serba salah menyelubungi. Dalam keadaan yang kekeringan wang ringgit pada setiap hujung bulan ini, ia menjadi masalah rutin bulanan kepada remaja makan gaji sepertiku. Ya, aku pernah mengimpikan aku tidak mempunyai 'pergaduhan' dengan masalah kewangan dalam hidup, suatu hari nanti. Beberapa jam kemudian, abang yang menghantar emak telah memuat naik gambar atok yang sedang terlantar di atas katil. Dengan mata yang tertutup, wajah kedutnya nampak sangat keletihan. Sayunya apabila melihat si tua itu dihadiahkan dengan penutup mulut (yang aku tak tahu n...

Over-Time Mr. Nafsu

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan kepada Allah Pencipta langit dan bumi, alam semesta seindah-indah penciptaan. Ramadan semakin menginjak jauh dari kita. Sayu kerana manusia-manusia seperti aku terlepas merebut hadiah daripada Allah - leka dengan urusan dunia. Apabila bercerita hal ehwal ramadan ini, macam-macam kisah untuk dicoretkan. Tapi aku taklah nak seronok sangat nak mencoret kisah 'saudara-mara' yang mengamuk di plaza Low Yat, tempoh hari - sebab ada rasa malu membaju. Abaikan, biar KPDNKK buat kerja. Harap mereka kurang kerja-kerja lain untuk selidik masalah ini. Harapnya! *** Di sebuah padang tempat berbuka puasa. Macam-macam corak manusia - yang minum seteguk air dan kurma, terus berbondong-bondong ke masjid. Ada juga yang mengambil keputusan untuk melangsaikan hidangan dahulu sebelum memikirkan tanggungjawab wajib. Aku tergolong dalam kes ini. Ampun ya Allah. Mohon syafaat, Nabi Muhammad SAW. Melepaskan peluang tarawih malam ini, kami membeli-belah di s...

"Bang ... harga ni berapa?"

Semalam adalah hari yang memenatkan. Kami mengambil keputusan memakirkan kereta di stesen LRT berdekatan dan pergi ke bandaraya menggunakan perkhidmatan awam.Tujuannya, menghabiskan wang ringgit untuk lebaran. Selain daripada perlu memberikan "angpow" pada anak-anak buah, aku juga turut memaknakan status diri sebagai pekerja dengan baju baru. Tahun sebelum ni pun beli sendiri tapi guna duit tajaan belajar. Jadi kali ini, rasanya sedikit berbeza. Sampai. Keadaannya sedikit serabut. Ramainya warga menjinjit beg² plastik berisi kain, ke hulur dan ke hilir. Hebat semuanya. Gambaran yang cukup jelas untuk takrifkan kegembiraan Ramadan dan Syawal yang mendatang. Aku tawaf kawasan tu. Apa yang aku sedar, keakraban rakyat juga nyata. Masing-masing bersentuh tanpa diduga. Maka pahala puasa kuruslah serta merta. Allah.... Sampai di satu kedai menjual songkok. "Ha ... masuk bang. Songkok murah² bang." Seorang penjual lelaki menyeru. "Berapa ni bang?" Sengaja a...

Tarbiyah Lemah

Ambil sedikit waktu untuk buat keputusan nak post entri ni. Kadang² terfikir setiap entri hanya berbaur kutukan tanpa pahala. Flashback , campak belakang, throwback. Di sebuah pasaraya Ara Damansara. Ada satu kedai makan ala Indonesia. Sedap. Akak yang ketika itu keletihan, mengajak kami iftar di sana.  Menikmati kepedasan dan kesesakan manusia di dalamnya. Masih ramai yang tidak bersama keluarga waktu itu. Masih tiada salahnya. Sedang aku duduk menunggu makanan, pancaindera mata tertusuk pada sekelompok wanita. Bertudung semua, kemas. Cantik² dengan dandanan. 10 orang kesemuanya. Mohon Azizi jaga mata. Aku terbak mereka ini kerja di pejabat berdekatan. Masih bujang dan tiada tanggungjawab memikirkan si suami di rumah nak makan apa? Atau suami mereka juga ada agenda sendiri. Hingar. Itu yang aku sifatkan. Jelas bingit tawa itu daripada wanita² tadi. Itu tujuan aku deskripsikan mereka dalam entri ini. 'Mungkin ini masa yang sesuai mereka berbual. Di pejabat ku...

Aku Bukan Islamophobia

RAMADAN. Waktu itu, aku memerhati gelagat ayah yang membawa anak-anak mereka pergi ke solat tarawih. 'Oh, seronoknya ada anak sendiri dan menjadi kepala keluarga. Nanti, aku nak paksa dia main gusti dengan aku.' 'Beranganlah kau!' bisik hati. Solat tarawih malam ini diiringi dengan kantuk. Lebih-lebih lagi dengan alunan satu muka surat al-Quran pak imam untuk satu rakaat - sama ada aku tidak memahaminya atau badan ini memang habitat untuk para jin membina keluarga. Aku tidak menghitung sah atau tidak solatku itu, sebaliknya cukup atau tidak tarawih Ramadan kali ini. Begini tanggapan pemuda bebas fikir. Saf di hadapanku ada ruang kosong, mungkin dia terkentut selepas salam kedua tadi. Mengikut pelajaran yang aku pernah hadam, solatnya masih sah. Pasti. Mahu tak mahu, aku anjakkan kedudukanku, menggantikan tempat si pengentut tadi. Kini, ada adik kecil di sebelahku, di sebelah ada ayahnya. Berbaju Melayu dan kopiah, mungkin mereka ini orang biasa-biasa. Mengikut ...

Diari Ramadan Acom

Hari ini sahur bubur nasi, telur dada dan sedikit arca. Lauk simple begini lagi enak untuk dikenakan dengan situasi berlayar kala bersahur. Nah, hasilnya aku bertambah tiga kali. Sambil aku menunggu waktu imsak, aku belek² telefon. Seperti biasa bukan ayat² Quran jadi perhatianku. Whatsapp, tweeter dan lain² media sosial jadi santapan. Pertama, kes Amerika Syarikat yang membenarkan kahwin sejenis. Ke dua, bayi berwajah tua disisih ibu, di India. Ketiga , isu budak-budak lepasan education degree tidak ditempatkan sebagai guru. Dan keempat ... ni yang aku nak kongsikan. **** Situasinya melibatkan seorang ibu dan dua orang anak. Seorang berusia 7 tahun nama gelaran Acom, yang seorang lagi berusia 1 tahun lebih, Iman namanya. Seperti hari² sebelumnya, ibu akan mewarnai ramadan anak² — bawa mereka ke bazar ramadan. Minta apa² sahaja. Tambahan pula Acom baru berjinak² dengan dunia puasa. Persis seorang artis, "melibatkan diri dalam dunia perfil...