KARANGAN PERIBAHASA
Arahan: Sila salin nota karangan peribahasa ini dan dua contoh karangan cemerlang yang terdapat di bawah.
Tip Mengarang
1. Karangan bertajuk peribahasa merupakan jenis penulisan yang bermuat kupasan dan penjelasan terhadap maksud peribahasa yang dikemukakan dalam soalan.
2. Karangan jenis ini dapat ditulis melalui teknik huraian atau teknik cerita, bergantung pada kehendak soalan.
3. Jika anda dikehendaki menggunakan TEKNIK CERITA, maksud dan pandangan anda terhadap peribahasa hendaklah anda jelaskan melalui cerita yang anda karang.
4. Untuk mengarang melalui teknik cerita, anda perlu menggunakan kaedah menulis karangan jenis cereka, yakni yang mendahulukan bahagian permulaan, seterusnya puncak/klimaks dan kemudian peleraian.
5. Jika anda dikehendaki menggunakan TEKNIK HURAIAN, anda perlu menjelaskan maksud peribahasa yang dikemukakan serta sejarah penciptaan dan perkaitannya dengan kehidupan masyarakat.
6. Selain itu, perkaitannya dengan peribahasa lain yang mempunyai persamaan maksud harus juga anda sentuh.
7.Untuk menghasilkan karangan bertajuk peribahasa yang berkesan, terutamanya melalui teknik cerita, anda harus mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
8. Dalam pada itu, karangan anda akan menjadi lebih menarik jika anda persembahkan dengan gaya bahasa yang kreatif, kosa kata yang luas dan tepat serta ayat yang pelbagai.
Berikut merupakan contoh soalan dan karangan tahap cemerlang yang para pelajar boleh jadikan sebagai panduan.
1. Contoh Soalan dan Karangan Tahap Cemerlang (Teknik Cerita)
Soalan: Peribahasa "hati hendak semua jadi" bermaksud, jika ada kemahuan, semua perkara dapat dikerjakan. Tulis satu cerota yang menarik dengan berpandukan maksud peribahasa tersebut. [KBAT] [Dimensi Diri]
2. Contoh Soalan dan Karangan Tahap Cemerlang (Teknik Huraian)
Soalan: Salah satu peribahasa yang sering digunakan oleh masyarakat dari dahulu hingga sekarang ialah "bagai aur dengan tebing". Hal ini dikatakan demikian kerana peribahasa ini mempunyai maksud yang relevan, di samping pengajaran yang dapat diamalkan dalam kehidupan masyarakat.
Huraikan maksud peribahasa ini selengkapnya. [KBAT] [Dimensi Masyarakat]
Contoh Karangan Tahap Cemerlang
Rujukan: Suhaimi Khalid. 2017. Nota Pintar Tuntas dan Terkini Tingkatan 1.2.3 PT3 Penulisan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
x
Comments
Post a Comment