Buku nota sudah habis. Apa cikgu perlu buat?


Aktiviti membuat peta minda pastinya sudah tidak asing dalam kalangan pendidik. Cara ini memudahkan para pelajar membuat nota sekali gus menarik minat mereka terhadap sesuatu subtopik. Ada pelbagai cara untuk membuat peta minda antaranya melakarkan diagram yang mempunyai pelbagai corak dan warna di atas kertas mahjung sebelum pembentangan.

Bagaimanapun, cikgu-cikgu ada masalah terlupa untuk membawa kertas mahjung ke kelas? Daripada masalah itu, cikgu-cikgu tidak boleh menjalankan aktiviti bersama para pelajar? Al-maklumlah terlalu banyak sangat perkara yang perlu diingatkan... 😎

Kini, semuanya tidak lagi. Cikgu-cikgu boleh menggunakan Mind Mup 2.0 bagi menjalankan aktiviti peta minda yang menarik bersama pelajar-pelajar. 

Jangan risau kerana aplikasi ini sangat mudah dan mesra pengguna/pelajar. Pengguna hanya perlu mempunyai akaun Google dan cikgu yang ingin mengadakan kelas menggunakan aplikasi ini digalakkan mempunyai Google Drive. Sebab apa? Haa... nanti saya ceritakan. Tetapi sebelum itu, saya mahu anda saksikan video ini untuk melihat keseronokan pelajar saya menjalankan aktiviti di dalam kelas (walaupun kelas tersebut diadakan pada tengah hari yang panas terik zzzzzzzz). 


Sebaik sahaja pelajar-pelajar siap melakar peta minda mereka (galakkan pelajar memasukkan gambar-gambar dan menggunakan tona warna yang ceria), cikgu-cikgu minta para pelajar 'share' hasil kerja mereka kepada alamat Gmail cikgu yang mempunyai akaun Google Drive.




Selepas itu, cikgu boleh ambil hasil kerja pelajar-pelajar tersebut di ruangan 'shared with me' yang terdapat di Google Drive. 

Jika cikgu hendak tambah kelas itu bertambah menarik, sebelum mengadakan pembentangan, gunakan aplikasi Random Name Picker untuk menentukan giliran pembentang. Haaaa, masa ini cikgu akan melihat para pelajar tertunggu-tunggu untuk membentang hasil kerja mereka yang menarik itu. Harap cikgu bersabar sedikitlah, masa ini kelas akan riuh dengan gelagat para pelajar.  



Baiklah cikgu, saya rasa perkongsian saya setakat ini sahaja. Semoga entry kali ini memberi 1001 manfaat kepada cikgu semua. Saya berharap, usaha kita membantu anak bangsa diberi keberkatan dan ganjaran paling hebat daripada Allah s.w.t. Sehingga berjumpa di entri yang lain.

Oh ya, jangan lupa baca juga entri sebelum ini. Thank you! Assalamualaikum semua!



Comments

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...