Posts

Showing posts from February, 2016

Ramai tempah neraka sebab MB Kedah baharu

Sebelum meneruskan penulisan kali ini, penulis ingin menyusun 10 jari sekiranya ada pihak yang ‘melatat’ mengatakan penulis menyebelahi mana-mana pihak. Bukan golongan yang mahir dalam bidang politik tetapi kali ini penulis terpanggil untuk menulis isu pelantikan Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, 66. Tahu. Sangat tahu ramai yang marah dan ‘naik berang’ dengan keputusan barisan kepimpinan UMNO Kedah yang seakan-akan memaksa Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan hangat tersebut, terutamanya golongan ‘darah panas’ yang sebaya dengan penulis. Tak dilupakan juga golongan ‘keyboard warrior (KW)’ yang rancak menyebarluaskan segala video dan status yang berbaur fitnah serta syak wasangka berkaitan pemasyhuran ‘warga emas’ tersebut memerintah negeri jelapang padi. Penulis sedikit terkilan. Namun bukan bermakna penulis menyebelahi Ahmad Bashah yang lebih popular sebagai ‘kaki tidur’ di majlis-majlis kerana dia terus dicemuh oleh