Thumbs Up untuk 'Orang Gomen'.

"Awak, saya perlu ke hospital. Klinik tak boleh
buat pemeriksaan darah segera." Ucapan itu sedikit menggusarkan.

Wanita di hujung talian itu ada sedikit mengadu akan keresahannya sebaik-baik doktor melaporkan dia adalah suspek denggi. Mahu tak gelabah!

Baik, kita kini di sebuah hospital kerajaan di Putrajaya. Aku percaya struktur yang gah ini menjanjikan ketangkasan keputusan ujian darah yang dimahukan serta segala kerja² lain. Tidak ragu dan was². Khidmat mereka di kala hujung minggu ini sangat dipandang murni masyarakat. Sering aku terfikir akan kebesaran pengorbanan si penyarung² kod putih bersama alat pendengar dengupan jantung yang disangkutnya di leher mereka. Ada jasa yang diberikan.

Kami tiba di sana sekitar jam 4.00. Seingat aku ada kumandang azan asar di telefonku. Proses yang diambil seperti biasa. Walaupun perlu ke jabatan kecemasan, tetapi sekalian pesakit perlu menunggu giliran. Ya, sungguh di luar jangkauan aku. Ingatkan.....

Betullah kata orang; pejam celik pejam celik masa berputar begitu laju. Jam kini hampir menunjukkan 6.15. Atas dasar tahap kesabaran manusia ini ada had, aku bertanya di kaunter,

"Cik, macam mana proses nombor dipanggil?"
"Ikut kes. Kes cik di tahap kedua. Harap bersabar ya?"
"Baik. Tapi nak bagitahu yang dah dekat dua jam saya tunggu." Aku terus duduk.

Ya, tak apalah. Sebagai penunggu yang tiada kuasa, penungguan itu suatu penyiksaan.
Waktu azan maghrib berkumandang, waktu itulah giliran nombornya dipanggil. Mohon pakar matematik hitung tempoh yang diambil, dari asar ke maghrib kami menunggu. Nampak kan tahap kesabaran yang dibina? Mendidik.

Selesai untuk panggilan masuk dan ujian diambil beberapa minit selepas itu. Alhamdulillah, semuanya okey. Ujian mendapati demam a.k.a suspek denggi itu hanyalah demam biasa. Fuhhh!

Seperti biasa, pergi ke farmasi untuk mengambil ubat. Penghantaran penyata ubat ke kaunter dilakukan dengan jayanya.

Dan tunggu lagi. Dari aku pergi solat maghrib, balik solat, nama masih belum dipanggil. Lebih sejam menunggu.

"Cik, pesakit nama sekian sekian dah boleh ambil ubat?"

Responsnya sedikit gelabah dan kelam kabut. Mencari-cari sesuatu di semua bahagian di sekitarnya.

Menariknya di sini penyata tadi hilang. Ada sedikit berang dalam kesabaran yang dah dididik. Mungkin dia takut. Jadi, penjaga ubat tadi hanya memberikan dua papan panadol.

Penungguan lebih 4jam dari asar tadi kelihatan membuahkan hasil tangkapan yang bermakna. Ya, sungguh bermakna. Sekian!

Comments

  1. Steel Frame - Classic Iron Frame
    The stylish mens titanium necklace chrome-steel frame is crafted with classic titanium frames, how to get titanium white octane and titanium stud earrings features the alluring quality of gold titanium alloy the aluminum frames that $49.99 · ‎In titanium white fennec stock

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc