Posts

Showing posts from 2019

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Image
Kalau dah namanya cikgu, semangat hendak mencurahkan ilmu kepada pelajar pastinya tidak akan pudar. Tidak kira di dalam kelas, di luar waktu persekolahan, malahan semasa cuti persekolahan pun, semangat itu terus membara. Pelajar tanya apa-apa sahaja pun, pastinya guru akan cuba menjawabnya dengan sehabis baik. Tambah pula sekarang ini pelbagai aplikasi dan kemudahan Internet hanya di hujung jari. Bukan sahaja aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook, pengguna mempunyai bermacam-macam lagi teknologoi.  Pada entri kali ini, saya hendak kongsikan kepada cikgu (baca sebagai: pendidik) di luar tentang perbincangan saya bersama pelajar-perlajar ketika waktu cuti persekolahan. Cikgu-cikgu boleh cuba menggunakan aplikasi  Zoom.  Aplikasi ini telah saya gunakan bagi menjalankan perbincangan bersama pelajar. Perbincangan ' face to face'  ala-ala  teleconference  yang dijalankan berlaku di alam maya dengan membolehkan kesemua pelajar saya mengajukan soalan, menjawab so

Buku nota sudah habis. Apa cikgu perlu buat?

Aktiviti membuat peta minda pastinya sudah tidak asing dalam kalangan pendidik. Cara ini memudahkan para pelajar membuat nota sekali gus menarik minat mereka terhadap sesuatu subtopik. Ada pelbagai cara untuk membuat peta minda antaranya melakarkan diagram yang mempunyai pelbagai corak dan warna di atas kertas mahjung sebelum pembentangan. Bagaimanapun, cikgu-cikgu ada masalah terlupa untuk membawa kertas mahjung ke kelas? Daripada masalah itu, cikgu-cikgu tidak boleh menjalankan aktiviti bersama para pelajar? Al-maklumlah terlalu banyak sangat perkara yang perlu diingatkan... 😎 Kini, semuanya tidak lagi. Cikgu-cikgu boleh menggunakan Mind Mup 2.0 bagi menjalankan aktiviti peta minda yang menarik bersama pelajar-pelajar.  Jangan risau kerana aplikasi ini sangat mudah dan mesra pengguna/pelajar. Pengguna hanya perlu mempunyai akaun Google dan cikgu yang ingin mengadakan kelas menggunakan aplikasi ini digalakkan mempunyai Google Drive . Sebab apa? Haa... nanti saya ceri

Quizizz dalam PdPc

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Dalam keadaan dunia pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang mempunyai berbagai-bagai corak, guru perlu mewarnai pengisian kelas mereka dengan aktiviti yang menyeronokkan. Ia selari dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Ketika cuti Hari Keputeraan Yang Di-petuan Agong baru-baru ini, saya bersama-sama pelajar Tingkatan 3 MRSM Baling (baca sebagai: Asusheika ) menghadiri kelas tambahan PT3. Disebabkan tempoh yang ditetapkan tiga jam, saya mengajak 186 pelajar tersebut bermain sambil mengulang kaji pelajaran menggunakan aplikasi  Quizizz . Banyak soalan sedia ada di dalam aplikasi ini. Jika berkelapangan, para guru juga boleh membuat soalan sendiri. 😃😄 Terpulang pada para guru untuk memulakan set induksi kelas mereka bagaimana, tetapi yang pastinya ia perlulah menarik minat para pelajar untuk terlibat secara aktif di dalam kelas berkenaan. Bagaimanapun, ingat ya cikgu-cikgu, kita kenalah menerangkan cara menjawab dan menggunakan aplik

SKEMA JAWAPAN US1 (KOMSAS) T4 MRSM BALING

Assalamualaikum WBT semua pelajar 4 Colombus! Sila salin soalan dan skema jawapan untuk Ujian Selaras 1 MRSM Baling 2019 di buku nota KOMSAS. Soalan 1:  Jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. [ 7 markah ] Jawapan 1: Berdasarkan novel yang saya pelajari di tingkatan 4 iaitu Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, terdapat dua latar tempat yang dikenal pasti. Latar tempat yang pertama ialah Kampung Sentosa. Latar tempat ini dikenal pasti sebagai tempat Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung kelahiran ibunya, iaitu Kampung Sentosa selama dua minggu. Di Kampung Sentosa jugalah, Lili menyelesaikan pelbagai perkara termasuk masalah kekeluargaan yang dialami oleh Che Jah dan suaminya, Seman. Selain itu, latar tempat yang saya kenal pasti ialah Pekan Sentosa. Penulis menggambarkan bahawa bas ekspres yang dinaiki oleh Lili bersama-sama Geetha dari Kuala Lumpur tiba di Pekan Sentosa sebelum Lili dijemput oleh Rashid. Di Pekan