Posts

Showing posts from May, 2014

2020 untuk Malaysia.

Perancangannya 2020 adalah tahun Malaysia mencapai negara maju. Kini 2014. Lebih kurang 5 tahun kebih negara ini akan maju. Wah, aku bayangkan 2020 nanti Malaysia akan memiliki kereta terbang. Ehhem. Hari ini 18 Mei 2014, aku berjalan di sebuah bandar mewah (merangkak dalam dunia membangun). Pada masa itu, kiri aku bersama seorang pendatang. Kulitnya putih bukan atas sebab minum aura white, tetapi memang asal keturunan dan lumrah negara itu. Bahasanya pelik dari ketahuan aku. Tingkahnya juga buat dahiku berkerut. Lalu di hadapanku seraya itu menundukkan hampir seluruh tubuhnya. Aku diam hanya memerhati. Hanya senyum supaya tidak kelihatan janggal situasi itu. Selesai deskripsi di bahagian kiri. Kananku juga tidak kosong, ya kali ini wanita itu mirip kulit denganku. Tingkahnya juga sama. Bahasa tuturnya juga sama dengaku. Cumanya asap yang keluar dari celahan jarinya sahaja yang membezakan aku dengan dia ketika itu. Oh ya, pakainya juga boleh dijadikan faktor perbezaan antara kami.