Posts

Showing posts from 2016

Ramai tempah neraka sebab MB Kedah baharu

Sebelum meneruskan penulisan kali ini, penulis ingin menyusun 10 jari sekiranya ada pihak yang ‘melatat’ mengatakan penulis menyebelahi mana-mana pihak. Bukan golongan yang mahir dalam bidang politik tetapi kali ini penulis terpanggil untuk menulis isu pelantikan Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, 66. Tahu. Sangat tahu ramai yang marah dan ‘naik berang’ dengan keputusan barisan kepimpinan UMNO Kedah yang seakan-akan memaksa Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan hangat tersebut, terutamanya golongan ‘darah panas’ yang sebaya dengan penulis. Tak dilupakan juga golongan ‘keyboard warrior (KW)’ yang rancak menyebarluaskan segala video dan status yang berbaur fitnah serta syak wasangka berkaitan pemasyhuran ‘warga emas’ tersebut memerintah negeri jelapang padi. Penulis sedikit terkilan. Namun bukan bermakna penulis menyebelahi Ahmad Bashah yang lebih popular sebagai ‘kaki tidur’ di majlis-majlis kerana dia terus dicemuh oleh

Salah siapa?: Harga minyak turun, rakyat masih merana.

Khabar gembira mengenai penurunan harga minyak awal tahun ini melegakan ramai pihak, khususnya mereka yang setiap hari 'menunggang' kenderaan ke tempat kerja. Namun, adakah benar selepas penurunan harga tersebut menjadi faktor penurunan harga barangan lain seperti ayam, ikan dan udang? Sangkaan penulis sama sekali meleset. Persoalannya, adakah penjual sengaja menaikkan harga sewenang-wenangnya atau pembekal yang menjadi faktor uttama kenaikan ini? Atau, ia disebabkan perayaan 'mereka' dah nak sampai, semua barang kena naik? 'Kita raya, mereka kaya. Mereka raya, kita papa.' pepatah ini sering menjadi dodoian penulis selama ini. Baru-baru ini, penulis ada singgah di pasar berhampiran. Kenaikan harga barangan keperluan harian dari RM1 sehingga RM4  menyebabkan rata-rata pembeli dan peniaga terbeban dengan tekanan kewangan yang semakin menghimpit kehidupan mereka saban hari. Seorang peniaga, Zamri Ismail, 47, berkata, kenaikan harga barang memang kerap be

Hadiah manusia, 'Celaka'

-Catatan 25 Januari 2016- Normalnya, waktu percubaan bagi 'pendatang' baru di sini memakan masa tiga bulan atau lebih. Kata sumber, prestasi yang baik atau sebaliknya menentukan kelayakan menerima status 'lepas' daripada para pemerhati di sini lama atau sekejap. Alhamdulillah, hari ini genap dua bulan 10 hari aku di sini dan hari ini juga bos sudah mula memekikkan namaku dari mejanya. "Kau rasa kau dah boleh 'comfirm' ke, kalau banyak stori kau macam celaka lagi?" Katanya meruntun jiwa. Kalau aku punya hati yang tisu, di situ juga aku menangis kat bahu dia. Biar selendang serabai yang dia pakai masa tu penuh dengan air liur dan hingus aku. Hati 'jantan' terus membadang. Aku hanya senyum dan mungkin itu cabaran yang dia lemparkan untuk terus belajar dengan 'para ilmuwan' dekat sini. Aku cuba viralkan sifat manusia yang mencelakakan manusia lain itu kepada taulan terdekat. Mungkin ini sahaja cara untuk menenangkan perasaan.

Kalau nak bagi 'cash', masa tu juga Dia bayar - Emak

Ada satu kisah yang ingin diceritakan waktu aku lewati ke pusat perbankan, tempoh hari. Umum tahu waktu getir begini, ramai yang bertandang ke tempat-tempat tersebut untuk mengaut keuntungan milik mereka. Begitu juga aku. Cuma kekangan waktu menyukarkan tindak gerak membereskan segala hal ehwal dunia itu. Datang aku lewat. Biasalah, ini kerja (cabut dari pejabat) tanpa pengetahuan bos. Setibanya aku, pemerhatianku mendapati seluruh ruang dan kerusi dipenuhi bakal orang kaya sementara yang memegang satu 'buku biru' bersama slip masing-masing. Aku membandingkan nombor di skrin dan di tanganku. Ternyata ini boleh menggugat status pekerjaanku jika diketahui bos nanti. 'Baik aku selesaikan perkara kedua (hal di tempat sama),' bisikku ketika membilang jarak angka-angka 'beratus' itu. Sampai di satu bahagian, ada satu pasang kekasih veteran menunggu giliran. Uzur sosoknya terpaksa berdiri bersandar di dinding. "Duduklah pakcik, makcik...." "Eh