Hadiah manusia, 'Celaka'

-Catatan 25 Januari 2016-

Normalnya, waktu percubaan bagi 'pendatang' baru di sini memakan masa tiga bulan atau lebih. Kata sumber, prestasi yang baik atau sebaliknya menentukan kelayakan menerima status 'lepas' daripada para pemerhati di sini lama atau sekejap.

Alhamdulillah, hari ini genap dua bulan 10 hari aku di sini dan hari ini juga bos sudah mula memekikkan namaku dari mejanya.

"Kau rasa kau dah boleh 'comfirm' ke, kalau banyak stori kau macam celaka lagi?"

Katanya meruntun jiwa. Kalau aku punya hati yang tisu, di situ juga aku menangis kat bahu dia. Biar selendang serabai yang dia pakai masa tu penuh dengan air liur dan hingus aku.

Hati 'jantan' terus membadang. Aku hanya senyum dan mungkin itu cabaran yang dia lemparkan untuk terus belajar dengan 'para ilmuwan' dekat sini.

Aku cuba viralkan sifat manusia yang mencelakakan manusia lain itu kepada taulan terdekat. Mungkin ini sahaja cara untuk menenangkan perasaan.

Ya lah, kalau kau bercerita di pejabat sama, pasti kau diancam lepas tu. Dan lepas diancam, kau akan dapat rasakan aura 'puaka' sehinggakan perabot di sini juga seolah-oleh sedang perhatikan gerak-geri kau. Percayalah! Dulu kawan pernah cakap, "Kat pejabat ni, kerusi dan meja pon boleh bercakap tahu? Jadi, jagalah mulut tu."

Hasil daripada pemviralan tu, banyak kata nasihat yang aku terima.
'Mungkin celaka tu bermaksud 'Good'.
'Alah, perempuan tu memang tak pernah puji orang. Tapi kat belakang kau, dia puji kau sebenarnya.
'Ya Allah, kasarnya dia? Sabar ya awak.!," kata kawan-kawan yang dekat.

Dari itu, aku 'sejukkan' hempedu ni dengan kekentalan yang ada.

Mungkin betul kata Qarinku, "Kalau kau 'Celaka', takkan dia bagi kau 'comfirm' awal daripada waktunya. Mungkin dia ada sifat ego yang melebihi kau. Atau mungkin Allah sengaja hantar dia untuk lawan ego yang kau ada selama ni. Kau kan ego, Azizi!".

***

Aku pun teruskan kerja.

Dan percayalah masa aku tulis blog ni, meja aku yang sekarang, dua tapak sahaja dari kedudukan meja bos.



Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan