"Don't Judge Me By My Skincare Solution."

Hari ini, pendaftaran pelajar baharu (pascasiswazah) untuk beberapa kos/fakulti di sebuah universiti paling tua di Malaysia. Atas sebab hidayah menemuiku, aku antara mereka membawa filem² besar xray kehulur dan kehilir, di sini hari ini.

Lagakku persis nak bertegur sapa dengan semua orang. Menjengkelkan!

Aku yang berlatarbelakangkan sebuah universiti yang penghuninya adalah sama 'spesis' denganku, sedikit teruja dengan suasana baharu. Bukan berlainan 'spesis' tetapi aku perlu berhadapan dengan pemegang "buku merah jangan lupa bawa...." Ada nyanyian di situ.

Klishe, soalan² 'daftar kah?' 'Study apa?' diajukan tanda nak berbual. Dan soalan² basic seperti yang aku belajar dalam topik lakuan bahasa untuk subjek Pragmatik, masa Sarjana Muda dulu aku aplikasikan. Aku ingat!

Dalam satu lif nak naik ke tingkat pendaftaran, aku bertegur dengan seorang ladies. Rautnya seperti seorang gadis yang asalnya dari Timur Tengah. Tapi aku percaya dia tak punya RM2.6b untuk didermakan kepada aku.

Kemahiran lakuan bahasa tadi aku terjemahkan kepadanya. Keseronokan aku speaking mendapat sambutan daripadanya. Perbualan aku kencang dan lama. Ada lah dalam lima minit - Lama lah tu untuk perbualan pertama kali.

"Where do you from?" tanyaku.
"My hometown?" soalanya.
"Yah...." Pendek saja reaksiku.
"Hey i Malaysian lah!" Terus dia cakap bahasa Melayu.

Fuhhhh! Gelabahnya kau, Azizi!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc