Posts

Showing posts from July, 2015

Over-Time Mr. Nafsu

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan kepada Allah Pencipta langit dan bumi, alam semesta seindah-indah penciptaan. Ramadan semakin menginjak jauh dari kita. Sayu kerana manusia-manusia seperti aku terlepas merebut hadiah daripada Allah - leka dengan urusan dunia. Apabila bercerita hal ehwal ramadan ini, macam-macam kisah untuk dicoretkan. Tapi aku taklah nak seronok sangat nak mencoret kisah 'saudara-mara' yang mengamuk di plaza Low Yat, tempoh hari - sebab ada rasa malu membaju. Abaikan, biar KPDNKK buat kerja. Harap mereka kurang kerja-kerja lain untuk selidik masalah ini. Harapnya! *** Di sebuah padang tempat berbuka puasa. Macam-macam corak manusia - yang minum seteguk air dan kurma, terus berbondong-bondong ke masjid. Ada juga yang mengambil keputusan untuk melangsaikan hidangan dahulu sebelum memikirkan tanggungjawab wajib. Aku tergolong dalam kes ini. Ampun ya Allah. Mohon syafaat, Nabi Muhammad SAW. Melepaskan peluang tarawih malam ini, kami membeli-belah di s

"Bang ... harga ni berapa?"

Semalam adalah hari yang memenatkan. Kami mengambil keputusan memakirkan kereta di stesen LRT berdekatan dan pergi ke bandaraya menggunakan perkhidmatan awam.Tujuannya, menghabiskan wang ringgit untuk lebaran. Selain daripada perlu memberikan "angpow" pada anak-anak buah, aku juga turut memaknakan status diri sebagai pekerja dengan baju baru. Tahun sebelum ni pun beli sendiri tapi guna duit tajaan belajar. Jadi kali ini, rasanya sedikit berbeza. Sampai. Keadaannya sedikit serabut. Ramainya warga menjinjit beg² plastik berisi kain, ke hulur dan ke hilir. Hebat semuanya. Gambaran yang cukup jelas untuk takrifkan kegembiraan Ramadan dan Syawal yang mendatang. Aku tawaf kawasan tu. Apa yang aku sedar, keakraban rakyat juga nyata. Masing-masing bersentuh tanpa diduga. Maka pahala puasa kuruslah serta merta. Allah.... Sampai di satu kedai menjual songkok. "Ha ... masuk bang. Songkok murah² bang." Seorang penjual lelaki menyeru. "Berapa ni bang?" Sengaja a

Tarbiyah Lemah

Ambil sedikit waktu untuk buat keputusan nak post entri ni. Kadang² terfikir setiap entri hanya berbaur kutukan tanpa pahala. Flashback , campak belakang, throwback. Di sebuah pasaraya Ara Damansara. Ada satu kedai makan ala Indonesia. Sedap. Akak yang ketika itu keletihan, mengajak kami iftar di sana.  Menikmati kepedasan dan kesesakan manusia di dalamnya. Masih ramai yang tidak bersama keluarga waktu itu. Masih tiada salahnya. Sedang aku duduk menunggu makanan, pancaindera mata tertusuk pada sekelompok wanita. Bertudung semua, kemas. Cantik² dengan dandanan. 10 orang kesemuanya. Mohon Azizi jaga mata. Aku terbak mereka ini kerja di pejabat berdekatan. Masih bujang dan tiada tanggungjawab memikirkan si suami di rumah nak makan apa? Atau suami mereka juga ada agenda sendiri. Hingar. Itu yang aku sifatkan. Jelas bingit tawa itu daripada wanita² tadi. Itu tujuan aku deskripsikan mereka dalam entri ini. 'Mungkin ini masa yang sesuai mereka berbual. Di pejabat kurang masa berbu