Ramai tempah neraka sebab MB Kedah baharu

Sebelum meneruskan penulisan kali ini, penulis ingin menyusun 10 jari sekiranya ada pihak yang ‘melatat’ mengatakan penulis menyebelahi mana-mana pihak.

Bukan golongan yang mahir dalam bidang politik tetapi kali ini penulis terpanggil untuk menulis isu pelantikan Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, 66.

Tahu. Sangat tahu ramai yang marah dan ‘naik berang’ dengan keputusan barisan kepimpinan UMNO Kedah yang seakan-akan memaksa Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan hangat tersebut, terutamanya golongan ‘darah panas’ yang sebaya dengan penulis.

Tak dilupakan juga golongan ‘keyboard warrior (KW)’ yang rancak menyebarluaskan segala video dan status yang berbaur fitnah serta syak wasangka berkaitan pemasyhuran ‘warga emas’ tersebut memerintah negeri jelapang padi.

Penulis sedikit terkilan. Namun bukan bermakna penulis menyebelahi Ahmad Bashah yang lebih popular sebagai ‘kaki tidur’ di majlis-majlis kerana dia terus dicemuh oleh golongan-golongan yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Persoalannya, adakah semua (KW) yakin dengan apa-apa yang mereka sebarkan? Untuk mempertikaikan soal pendidikan dan selainnya, bagi penulis itu sudah melepasi sempadan komunikasi manusia.

Biarlah. Mak dan bapa penulis juga bukan berpelajaran tetapi masih bijak menguruskan hal dunia sehingga kini. Bukankah jawatan MB juga jawatan dunia?

Hari ini, penulis ada membaca mesej berantai hasil penulisan anak bongsu MB Kedah baharu itu. Ayat sinis yang dikeluarkan sangat ‘masuk akal’ bagi penulis.

Sangat panjang untuk penulis ‘dodoikan’ kepada semua pembaca tetapi antara isi pentingnya yang boleh penulis rumuskan,

“Buatlah apa yang engkau orang nak kata, nak sebarkan dan nak viralkan ... yang dosa bukan bapa saya, bukan keluarga saya. Yang dosanya engkau orang,” pesannya.

Anak bongsu itu memberi ‘tembakan padu’ kepada seluruh umat Islam yang kenal erti kemajuan teknologi negara pada masa ini.

Sekali lagi, penulis memohon maaf. Cuma penulis harapkan jangan terus melabur saham di perbankan dosa fitnah.

Yang penulis tahu, ramai golongan wanita ditempatkan di neraka nanti sebab dosa mengumpat, memfitnah. Takkan kita (lelaki) nak 'bonus' sama juga nanti?

Sekian.

Comments

  1. Mungkin penulis boleh juga menilai disebalik penulisan anak beliau juga agak sinis memerli MM disebalik luahan hati mempertahankan ayah beliau..ya betul..dr segi pendidikan biarkanla walau beliau berkelulusan sebegitu..namun budaya cantas mencantas itu yg x disenangi warga kedah..mereka boleh menukar MB jika tak berpuas hati pada PRU akan dtg..hati rakyat kedah sgt2 terluka..namun sy setuju dgn penulisan bahawa xperlu serang keperibadian beliau keterlaluan..luahkan ketidakpuasan hati hanya pd skop performance beliau shj..sekian dr sy warga kedah yang terluka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan