Posts

Showing posts from March, 2019

SKEMA JAWAPAN US1 (KOMSAS) T4 MRSM BALING

Assalamualaikum WBT semua pelajar 4 Colombus! Sila salin soalan dan skema jawapan untuk Ujian Selaras 1 MRSM Baling 2019 di buku nota KOMSAS. Soalan 1:  Jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. [ 7 markah ] Jawapan 1: Berdasarkan novel yang saya pelajari di tingkatan 4 iaitu Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, terdapat dua latar tempat yang dikenal pasti. Latar tempat yang pertama ialah Kampung Sentosa. Latar tempat ini dikenal pasti sebagai tempat Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung kelahiran ibunya, iaitu Kampung Sentosa selama dua minggu. Di Kampung Sentosa jugalah, Lili menyelesaikan pelbagai perkara termasuk masalah kekeluargaan yang dialami oleh Che Jah dan suaminya, Seman. Selain itu, latar tempat yang saya kenal pasti ialah Pekan Sentosa. Penulis menggambarkan bahawa bas ekspres yang dinaiki oleh Lili bersama-sama Geetha dari Kuala Lumpur tiba di Pekan Sentosa sebelum Lili dijemput oleh Rashid. Di Pekan