Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...


Kalau dah namanya cikgu, semangat hendak mencurahkan ilmu kepada pelajar pastinya tidak akan pudar. Tidak kira di dalam kelas, di luar waktu persekolahan, malahan semasa cuti persekolahan pun, semangat itu terus membara. Pelajar tanya apa-apa sahaja pun, pastinya guru akan cuba menjawabnya dengan sehabis baik.

Tambah pula sekarang ini pelbagai aplikasi dan kemudahan Internet hanya di hujung jari. Bukan sahaja aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook, pengguna mempunyai bermacam-macam lagi teknologoi. 

Pada entri kali ini, saya hendak kongsikan kepada cikgu (baca sebagai: pendidik) di luar tentang perbincangan saya bersama pelajar-perlajar ketika waktu cuti persekolahan.


Cikgu-cikgu boleh cuba menggunakan aplikasi Zoom. Aplikasi ini telah saya gunakan bagi menjalankan perbincangan bersama pelajar. Perbincangan 'face to face' ala-ala teleconference yang dijalankan berlaku di alam maya dengan membolehkan kesemua pelajar saya mengajukan soalan, menjawab soalan dan menunjukkan contoh jawapan mereka secara live tidak kira mereka di mana

Saksikan video saya menggunakan aplikasi ini bersama pelajar semasa cuti persekolahan baru-baru ini: 



Menariknya, Zoom ini membolehkan cikgu-cikgu memaparkan skrin komputer cikgu kepada para pelajar. Sama seperti saya, saya boleh menunjukkan teknik saya menulis karangan dan menjawab soalan Bahagian C Kertas 1 PT3 (bahagian novel) dengan para pelajar secara langsung.

Bukan itu sahaja, cikgu-cikgu juga boleh membenarkan para pelajar membuat latihan sama di skrin mereka sambil disaksikan oleh rakan yang lain. Pada proses itu jugalah, cikgu-cikgu boleh terus menyemak dan memperkasakan latihan para pelajar. 

Aplikasi ini juga membenarkan pengguna merekod setiap perbincangan yang telah mereka ikuti. Video berkenaan boleh disimpan untuk dijadikan rujukan kepada pelajar pada masa akan datang. 

Mudah bukan? Pelajar bukan sahaja dapat menjimatkan kertas untuk mencetak nota daripada guru, malah aplikasi ini turut memberi peluang kepada para pelajar menjadi golongan yang profesional. 

Nanti dah mula masuk ke alam kerjaya, mereka tidak kekok untuk menggayakan mesyuarat secara teleconference kerana cikgu-cikgu sudah menggunakan aplikasi Zoom sejak peringkat sekolah. 

Cikgu boleh cuba. Pastinya pelajar teruja untuk menyertai perbincangan cikgu itu, nanti.

Selamat mencuba! Assalamualaikum..... Semoga Allah memberikan kemudahan kepada semua yang ingin mencuba aplikasi ini demi niat membangunkan anak bangsa. Amin....

Sehingga berjumpa lagi. Jangan lupa baca sekali entri saya sebelum ini ya semua. Terima kasih.

Comments

  1. Congrats sbb trending kat twitter

    ReplyDelete
  2. boleh je nasihat untuk tutup aurat dgn nada yg lembut. kasar sangat nada suara cg dalam video tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nada lembut ke kasar, teguran dia pointless if he is blaming the victim. Dia sendiri horny kat wanita lain dpn wife dia, buat apa aku nak terima nasihat dprd useless prick mcm dia?

      Delete
  3. Patut la budak prefer cikgu tuisyen kalau cikgu sekolah pun berfikiran macam tu

    ReplyDelete
  4. What did you study all the while? Selama ni assignment semua copy and paste je ke? did you not assimilate anything while you were studying at UM?

    Have you ever work in any industry before working as a teacher? If not, that a tragedy that the future generation will bear. You should stop teaching and make it in the real world first before teaching.

    We should create an environment that are safe for everybody.

    ReplyDelete
  5. Goodluck lah dgn masa depan kau, tak sabar nak tggu orang kena pecat *grabs popcorn

    ReplyDelete
  6. hm kena kecam ke, tulah jadi cikgu pon bangang lagi, aku perasan jugak dulu ada la 2 3 org cikgu sekolah aku bangang jugak, takpatot jd cikgu pon, bg peluang kat kami ni isi jawatan2 tu wkwkwk

    ReplyDelete
  7. Dah 15k orang sign petition tu cikgu, lepas ni dah boleh try jual goreng pisang tak pun jual nasi lemak

    ReplyDelete
  8. Congrats trending dekat twitter skskssksk

    ReplyDelete
  9. Kena kecam ke nyah , kesian jd cikgu noh

    ReplyDelete
  10. even the apology video says 'dont put 100% blame on the rapist' how fucked up are you cikgu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Quizizz dalam PdPc