Posts

Showing posts from January, 2011
PULANG KE DESA PERMAI DENGAN BUNGKUSAN-BUNGKUSAN TUGASAN. SEMOGA BERBAHAGIA & GONG XI FA CHAI

GILA BAYANG YANG MENERAWANG

"mak makan ubat.sekarang cuaca tak menentu. kalau mak rasa sejuk,mak selubung saja guna selimut. bagi peluh keluar. jangan buat kerja berat-berat sangat. kalau rasa sakit, terus suruh abang antar klinik ya. adik jauh." tubuhku yang bergelintangan di atas tilam sejurus itu terus bangkit. dudukku resah. suara emak seakan susah hendak dikeluarkan. suaranya sekat-sekat. entah sama ada line problem ataupun sebab mak sakit.aku terus membatalkan niatku untuk mengadu manja pada mak akan keadaanku yang kurang enak badan. takut mak risau pula nanti. perbualanku dengan emak terpaksa ditangguhkan. maklumlah sudah lama tak top up telefon. aku masih ngantuk. namun mata seakan tidak mahu lelap. saat itu lah terbayang wajah emak.aku sudah lama tak pulang ke kampung. cuti semester yang lepas juga sama. sehinggakan mak yang datang ke sini. mak rindu. tapi mak tak cakap. mak datang sini terus sakit. sejak daripada itu lah mak selalu sakit-sakit. sudah berkali-kali mak keluar masuk klinik dan

Nama Saya Azam

lembaran 2011 dibuka seluasnya.aku masih aku.tanggungjawabnya banyak.masih banyak yang belum lunas. sejauh mana aku akan perjuangkan? entahlah. seperti manusia lain juga, aku akan punya impian dan azam pada awalnya. tapi aku, tak seperti orang lain. perkara-perkara tersebut akan luntur, pudar dan akan aku pastikan agar tak terus hilang. azam aku tahun ni. TAK ADA. semua benda aku nak buat.semua benda nak jadi azam aku. aku tak pernah minta. tapi diorang datang meminta. wa, macam artis dah. nak macam mana, saham tengah melambung! yang penting aku nak jadi SEORANG STUDENT. yang menarik nafas dan menghembus seperti manusia yang bergelar student.bukan berpakaian sekolah atau berkasut putih siap kapur lagi. tapi aku mahu jadi seorang university student. dan aku nak nikmatinya. abang aku cakap, buat apa nak berhenti belajar sedangkan kehidupan seorang student best. duit datang setiap bulan, tak payah pikir hal anak bini dan sebagainya. aku sokong! mahu jawatan MAT REMPIT BERHEMAH.