Tarbiyah Lemah
Ambil sedikit waktu untuk buat keputusan nak post entri ni. Kadang² terfikir setiap entri hanya berbaur kutukan tanpa pahala.
Flashback, campak belakang, throwback.
Di sebuah pasaraya Ara Damansara. Ada satu kedai makan ala Indonesia. Sedap.
Akak yang ketika itu keletihan, mengajak kami iftar di sana. Menikmati kepedasan dan kesesakan manusia di dalamnya. Masih ramai yang tidak bersama keluarga waktu itu. Masih tiada salahnya.
Sedang aku duduk menunggu makanan, pancaindera mata tertusuk pada sekelompok wanita. Bertudung semua, kemas. Cantik² dengan dandanan. 10 orang kesemuanya. Mohon Azizi jaga mata.
Aku terbak mereka ini kerja di pejabat berdekatan. Masih bujang dan tiada tanggungjawab memikirkan si suami di rumah nak makan apa? Atau suami mereka juga ada agenda sendiri.
Hingar. Itu yang aku sifatkan. Jelas bingit tawa
itu daripada wanita² tadi. Itu tujuan aku deskripsikan mereka dalam entri ini.
'Mungkin ini masa yang sesuai mereka berbual. Di pejabat kurang masa berbual.' Aku berhusnuzon dengan diri sendiri.
Masih aku membelek timeline di tweeter, menunggu detik-detik iftar berkunjung. Makanan belum sampai. Kerap aku menoleh pelayan² di kedai² itu menghantar makanan. Kesudahnya bukan ke meja kami, sebaliknya ke meja mereka yang meraikan masa-masa terlepas dari pejabat - meja wanita.
'Apa yang makan banyak² ni? Baru masuk gaji ke? Nasiblah ada yang kurus....' Percuma saja aku cipta dosa.
Gelak tawa wanita² tadi menghimpit gegendang telingaku mendengarkan lagu² opick di radio, kala itu.
Mereka galak. Ada sahaja cerita yang mereka kongsikan untuk jadi bahan gelak. Suka. Mungkin ini petua mereka kekal cantik.
Azan.
Aku pelik. Ketawa tadi tidak surut. Mereka makin galak sambil menyuapkan nasi di mulut masing². Mereka menguasai ruangan itu.
Sedang di sebelah mereka ada seorang kakak 40-an bersama seorang makcik tua dalam lingkungan 60-an yang masih menunggu makanan sampai. Dan mereka hanya berkongsi separuh botol air mineral.
Aku tidak menilai. Kerana aku juga tidak membantu. Tarbiyahku selemah-lemah iman.
Comments
Post a Comment