Posts

Showing posts from August, 2015

Kerja untuk Hidup/Hutang

"Mahasiswa perlu bekerja untuk menyara hidup semasa di universiti" - menteri. Setiap hujung bulan, akan memaknakan diri sebagai seorang pekerja makan gaji . "Yes , gaji masuk!" Waktu itu senyuman yang dibentuk menggunung persis melafazkan akad nikah dengan satu kali lafaz (eh!). Ada lafaz tahmid juga diselitkan. Waktu kawan-kawan satu pejabat dok heboh dalam whatsapp group , melaporkan perihal gaji masuk, aku buat² tenang. Kau tak tahu, aku sibuk cari handphone , masa tu dan terus buka online banking . Walaupun masa tu tengah pecut kereta 120km/h dari mana entah ke mana. Simbolik ketenangan tu jelas terpancar apabila, Internet dekat handphone aku dah terhad melampau ( over limit ). Hari ini, satu hari selepas gaji masuk, aku terkedek-kedek menuju atm machine nak keluarkan duit. 'Wow, kayalah macam ni,' bisik hati. 'Nak beli ni, beli tu, bayar ni bayar tu,' sambung bisikan hati tadi. Ya, masa tu aku berbual dengan diri sendiri. Tak kisahlah n

Emak Wanita Besi

Dua hari lepas aku dikunjungi dengan berita menyedihkan. Family group whatsapp kecoh dengan berita atok masuk hospital. Atok yang sudah menjangkau 90-an dikhabarkan mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya. "Emak on the way balik kampung ni," katanya ringkas. "Nanti kirim salam atok." Suara yang di hujung talian tenggelam timbul dek keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Tidak berbual panjang, ada perasaan serba salah menyelubungi. Dalam keadaan yang kekeringan wang ringgit pada setiap hujung bulan ini, ia menjadi masalah rutin bulanan kepada remaja makan gaji sepertiku. Ya, aku pernah mengimpikan aku tidak mempunyai 'pergaduhan' dengan masalah kewangan dalam hidup, suatu hari nanti. Beberapa jam kemudian, abang yang menghantar emak telah memuat naik gambar atok yang sedang terlantar di atas katil. Dengan mata yang tertutup, wajah kedutnya nampak sangat keletihan. Sayunya apabila melihat si tua itu dihadiahkan dengan penutup mulut (yang aku tak tahu n