Dialog B2B


Hari ini, permintaan tekak sedikit melampau. Sebaik-baik sahaja selesai makan di sebuah restoran mamak ni dengan sepinggan nasi kandar dan segelas teh panas (oh awesomenya!), aku puaskan nafsu makan ni dengan menyinggah ke kedai makan yang satu lagi.

Kali ini untuk membeli pencuci mulut yang bukan daripada konsep sabun, sebaliknya minyak. Lawak kan? Kahhhh ~
Aah, pisang goreng yang moga-moga dapat memenuhi kehendak nasfu Zulkaedah ni.

"Kira macam mana pisang ni, kak?" tanyaku nak tahu sebelum memasukkannya ke dalam plastik
"Empat seringgit," balas dia. Sibuk pada tahap melampau akak tu menguruskan bungkusan-bungkusan nasi ayam pelanggannya.

Bapak dia mahal!!!
Emak dia tak tahu mahal ke tak. Sekali lagi lawak. Kahhhh ~

Okay, bukan tu yang aku nak ceritakan.

Masa tu, masa tengah beratur mengisi pisang-pisang tersebut ke dalam plastik, ada seorang akak yang mengambil kuih-muih lain.
-Tolong bayangkan konsep kedai self-service yang dijalankan kedai ini. -
Macam biasa, konsep beramah mesra yang aku amalkan ini membawa aku untuk berbual dengan akak yang sedang berperilaku sepertiku. Dapat pula akak tadi tu berasal dari Johor, mula lah aku buka cerita celah mana Johor dia tu dan blah blah blah ~

Sambil itu, sambil aku berborak dengan akak tadi, aku tak berhenti mengisi pisang-pisang tersebut dalam plastik.

Cuma aku dapat rasakan ada haba yang menghampiri. Aah, seorang lelaki yang sedikit berusia mendekatiku, menghimpit. Ya, dia terlalu rapat !!!

Sebab sedikit 'geli' dengan keadaan yang berlaku, aku ketepikan kedudukan terus jauh dari dulang pisang goreng. Maklumnya di sini, pisang goreng yang aku nak beli tadi, belum selesai lagi diisi.

Terus sahaja carutan-carutan keluar. Antara carutannya adalah seperti berikut;

'Woi, orang tua ni nak ambil pisang goreng juga rupanya ... kims'
'Tak ada mulut ke?'
'Pehal kau?!'


Kesimpulannya, sebagai pelajar bahasa gunaan, aku perlu mengkaji dengan lebih dalam lagi maksud non-verbal / paralinguistik / bahasa tubuh yang dilakukan oleh pakcik tua tadi.. Nak beli pisang je kot!

Ke aku yang salah sebab berbual lama kat situ.... Hahahahhaa

GILA!

Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan