Over-Time Mr. Nafsu

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan kepada Allah Pencipta langit dan bumi, alam semesta seindah-indah penciptaan. Ramadan semakin menginjak jauh dari kita. Sayu kerana manusia-manusia seperti aku terlepas merebut hadiah daripada Allah - leka dengan urusan dunia.

Apabila bercerita hal ehwal ramadan ini, macam-macam kisah untuk dicoretkan. Tapi aku taklah nak seronok sangat nak mencoret kisah 'saudara-mara' yang mengamuk di plaza Low Yat, tempoh hari - sebab ada rasa malu membaju.

Abaikan, biar KPDNKK buat kerja. Harap mereka kurang kerja-kerja lain untuk selidik masalah ini. Harapnya!

***

Di sebuah padang tempat berbuka puasa. Macam-macam corak manusia - yang minum seteguk air dan kurma, terus berbondong-bondong ke masjid. Ada juga yang mengambil keputusan untuk melangsaikan hidangan dahulu sebelum memikirkan tanggungjawab wajib. Aku tergolong dalam kes ini. Ampun ya Allah. Mohon syafaat, Nabi Muhammad SAW.
Melepaskan peluang tarawih malam ini, kami membeli-belah di sebuah pasar raya terkenal di Shah Alam. Sekali lagi, ampun ya Allah. Mohon syafaat, Nabi Muhammad SAW.

Keadaan begitu sesak. Rupa-rupanya bukan kami sahaja yang "menunaikan solat tarawih di rumah". Ramai lagi. Masa tu, kepala otak hanya memikirkan baju apa? kasut apa? atau, 'eh ... cantiknya awek jual baju kat kedai tu'.

Berjalan ke suatu sudut menjual jubah. Cantik-cantik. Dalam kesesakan di kedai itu, aku mencelah masuk, melihat ada jubah yang sangat mempersonakan jiwa dan raga sedang digantung di suatu sudut berdekatan kaunter pembayaran. 

Ada kebisingan di situ. Seorang pak cik berjubah putih lengkap berkopiah. Lagaknya sangat menakutkan. Marah yang terlalu maksimum pada wanita penjaga kaunter, merangkap pemilik kedai jubah itu. Reaksi angkat-angkat tangan menunjukkan kesungguhan marahnya yang jelas dan pak cik ini sedang berada dalam zon kemarahan yang melampau-lampau.

Aku kualikan cuping telinga.

"You tak patut buat macam ni!" tengkingnya.
"Saya minta maaf on behalf semua pekerja saya." Ada satu senyuman di rautnya.
"Easy. Tulah peniaga Melayu sekarang ni. Nak berniaga, berniaga sesuka hati. Semua dihentamnya."
"Ya." Ringkas.
"Nasiblah aku ni bukan 100 peratus berdarah Melayu." Pak cik ni betul-betul marah sambil mengangkut sebuah beg plastik yang berisi jubah yang baru dibelinya tadi. Berlalu keluar.

Pada hemat aku, aku perlu mendoakan pak cik ini supaya lebih bersabar pada masa akan datang, walaupun keturunan sebenar aku adalah JAWA.

Nasihat aku, "Sabarlah ... Mr. Nafsu tengah buat overtime dan hardworking, sekarang ni".












Comments

  1. Kadang kala kelakar pulak bilaaa tgok sesetengah org mcm tu.... kalau darah dia campuran adakah darah dia berwarna selain dari warna merah?
    Just wonder...heeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc