Posts

Showing posts from October, 2015

Seorang yang KUAT

Lain macam. Ada suatu perasaan yang tak kena semenjak dua menjak tiga menjak dan beberapa menjak ni.  Bukan apa, sengaja aku ajak Mus - kawan sama umur yang berbeza tahap kekananan di universiti tempat belajar, pergi makan sebaik-baik sahaja balik dari pejabat. Jarak rumah yang dekat juga tidak menjanjikan kesenangan berjumpa berlepak bersama. Terima kasih untuk masa dan mendengarkan luahan hati seorang remaja lara (gitu!). Bukan itu yang aku nak ceritakan. Waktu di kedai tersebut, pesanan diambil seperti biasa.  Aku yang menghantui nasi ayam penyet yang entah sejak bila membuat pesanan ke atasnya. Sedap! Sesungguhnya darah keturunan Jawa tidak akan pernah mengalir dalam setiap saluran nadi insan bernama Azizi. Walaupun tak pandai cakap bahasa Jawa walau siji loro telu papat.... Menjadi keraguan sebaik-baik nak habiskan makananan di hadapanku, ada rasa tak cukup dan nafsu yang membuak-buak. Nak tambah lagi, lagi dan lagi. Oh my God, sepinggan nasi dihidangkan sem