Posts

Showing posts from June, 2015

Aku Bukan Islamophobia

RAMADAN. Waktu itu, aku memerhati gelagat ayah yang membawa anak-anak mereka pergi ke solat tarawih. 'Oh, seronoknya ada anak sendiri dan menjadi kepala keluarga. Nanti, aku nak paksa dia main gusti dengan aku.' 'Beranganlah kau!' bisik hati. Solat tarawih malam ini diiringi dengan kantuk. Lebih-lebih lagi dengan alunan satu muka surat al-Quran pak imam untuk satu rakaat - sama ada aku tidak memahaminya atau badan ini memang habitat untuk para jin membina keluarga. Aku tidak menghitung sah atau tidak solatku itu, sebaliknya cukup atau tidak tarawih Ramadan kali ini. Begini tanggapan pemuda bebas fikir. Saf di hadapanku ada ruang kosong, mungkin dia terkentut selepas salam kedua tadi. Mengikut pelajaran yang aku pernah hadam, solatnya masih sah. Pasti. Mahu tak mahu, aku anjakkan kedudukanku, menggantikan tempat si pengentut tadi. Kini, ada adik kecil di sebelahku, di sebelah ada ayahnya. Berbaju Melayu dan kopiah, mungkin mereka ini orang biasa-biasa. Mengikut

Diari Ramadan Acom

Hari ini sahur bubur nasi, telur dada dan sedikit arca. Lauk simple begini lagi enak untuk dikenakan dengan situasi berlayar kala bersahur. Nah, hasilnya aku bertambah tiga kali. Sambil aku menunggu waktu imsak, aku belek² telefon. Seperti biasa bukan ayat² Quran jadi perhatianku. Whatsapp, tweeter dan lain² media sosial jadi santapan. Pertama, kes Amerika Syarikat yang membenarkan kahwin sejenis. Ke dua, bayi berwajah tua disisih ibu, di India. Ketiga , isu budak-budak lepasan education degree tidak ditempatkan sebagai guru. Dan keempat ... ni yang aku nak kongsikan. **** Situasinya melibatkan seorang ibu dan dua orang anak. Seorang berusia 7 tahun nama gelaran Acom, yang seorang lagi berusia 1 tahun lebih, Iman namanya. Seperti hari² sebelumnya, ibu akan mewarnai ramadan anak² — bawa mereka ke bazar ramadan. Minta apa² sahaja. Tambahan pula Acom baru berjinak² dengan dunia puasa. Persis seorang artis, "melibatkan diri dalam dunia perfileman". Tidak berniat memanjan

"Pak Su ... Jangan Kedekut"

Waktu itu, perut sedang membelon. Persis seekor ular sawa yang menelan budak perempuan 11 tahun - melingkar tak teringatkan dunia. Dengan rutin diet sebegini, aku menolak konsep "Ramadan adalah masa untuk menguruskan badan" sebaliknya aku menyokong "Memaknakan ramadan anda". "Pak Usu!" Sergahan itu mengejutku daripada terus membelai busung milikan sendiri. Suara lembut milik kanan-kanak perempuan berusia sembilan tahun mengusik aku. Seperti biasa aku hanya pandang, memberi isyarat, 'ya, kau boleh cakap apa-apa yang kau nak cakap'. Dia hanya hulurkan sehelai kertas hijau yang di situ ada warna-warna tambahan dan coretan-coretan aksara pelbagai fon. Menarik! Tertulis besar "Derma Ikhlas" di atas bucu kertas. Disebabkan aku menyokong konsep "Memaknakan ramadan anda" tadi, aku buka beg duit yang dipenuhi not-not biru menebal. Program sokongan ini perlu diperkuat walaupun kalendar kewangan aku sekarang sedikit tidak mengizinkan

'Notihing-to-Hide' bersama SHAH RUKH KHAN

Waktu itu, aku pacu kaki melangkah ke bank. Penat. Biasanya, sebaik-baik sahaja pulang kerja, aku terus hempaskan badan ke atas tilam. Hari ini ada urusan ingin diselesaikan - masukkan duit. *** Terpinga-pinga dua Shah Rukh Khan (SRK) di hadapan mesin elektronik itu. Aku rushing dan berniat ingin biarkan sahaja mereka.  'Bukan orang Malaysia pun.' Terus sahaja aku langkah ke mesin yang satu lagi, malas nak beratur belakang SRK tu, berbau. "Abang ... boleh tolong ka ?" Nasiblah aku ni pernah kerja dengan SRK-SRK yang lain, sebelum ni. Bolehlah aku fahamkan. 'Aduh, semaklah! Orang dah lambat ni.' Hanya suara tanpa muka aku lakukan kepadanya.  Sifatku memang begini, malas nak tatap mata. Bukan apa, aku ni sejenis suka mengimbau masa lampau - dari matalah pukau berlaku. Sangat shit kalau nak kenangkan waktu tu. Move on! Dua SRK tadi minta bantuan. Bantu mereka keluarkan duit dari mesin. Dari pilih bahasa, masukkan no akaun (hehehehhehe) da

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

[Kali ini, watak aku bukan aku. Fuhhh!] Sedang aku hanya berjaket hitam, kasut high-cut cerut ... bersandar badan di dinding bangunan besar sambil menongkat pada sebelah kaki. Rantai besi yang abah buang dalam stor, aku gantung dekat leher. Pandanganku ke persekitaran sedikit kabur apabila kepulan asap daripada corong nafas bermain di udara. Hobi aku dan sekalian remaja. Ada satu nikmat bila aku kemam. Ya, nikmat! Masa tu, dua penjawat amam lengkap beruniform sedang berpasak berhampiran situ. Siap bersenjata. Menjaga keamanan dunia, barang kali. Dengan perut ke depan-buncit, berkaca mata, mereka memehatikan manusia. Persis tugasku, sekarang. Aku ni hanya berdiri memerhati gelagat manusia. Sedangkan dia, meniliti keamanan dunia. Maksud aku, Malaysia. Punca kami sama, cuma matlamat berbeza. Aku cuba mengubah posisi. Lenguh juga. Oh ya, aku lupa. Berdekatan dengan aku ada seorang makcik. Labuh tudungnya melitupi busut di dada. Mungkin kelabuhan itu boleh digambarkan daripada gaya ust

KAKAK² PEJABAT

Badan masih lemah menempuh kesesakan lalu lintas pulang dari Johor ke Kuala Lumpur. Otak gagal berfungsi sebaiknya. Lumpuh. Sebenarnya, perjalanan aku ni pergi ke suatu tempat yang kononnya menjanjikan masa depan cerah. Kata orang, kerja situ mudah buat loan rumah, kereta dan menjanjikan kebahagian anak bini. Well said. Tak berniat untuk berkongsi pengalaman bagaimana sesi itu berlangsung sebab harapan kejayaan itu seperti longlai. Cuma aku berminat dengan satu perkara. Jangan marah. Aku cuma lihat dan aku cerita. Jam 9.00 pagi. Sebaik-baik sahaja menghabiskan sarapan pagi bersama peneman a.k.a awek, kami masuk. Pertanyaan² klishe aku lemparkan agar tiada situasi menjengkelkan berlaku. Aku, orang pertama tiba. Dilayan dengan, "Oh, tulis nama di sini dan duduklah dulu". Waktu itu kecoh. Tapi aku yakin bukan berpunca daripada aku. Persis diskusi tentang menu itu dan ini daripada satu persatu akak² berpakaian batik di suatu sudut. Aku biarkan. Sedang aku selak helaian ak

Mesej Selamat Pagi

Pagi ini mentari ceria. Cumanya aku tak tahu tahap ceria tu pada tahap apa. Mungkin aku ini sering diomok-omokkan oleh penulisan sasterawan muda. Sengaja aku angkat mereka. Bukan itu yang aku mahu catatkan, pagi ini. Kaki aku lunjurkan. Penat bawa kereta menempuh kesesakan kota, semalam. Seperti biasa, bangun pagi bukan bingkisan ayat suci aku cari, tapi pesanan-pesanan ringkas daripada si awek dan teman-teman sosial. Mungkin mengharapkan ucapan selamat pagi atau "bangunlah, kalau tak bangun, kita merajuk." Merepeknya impian! Sedang itu, satu mesej masuk. Pesanan daripada seorang Islam kepada Islam, cadangnya. Biasanya aku akan baca penuh. Biasalah, ilmu agama yang cetek ni, kene isi. Bukan apa, sebab persediaan tu perlu. Akur. Aku baca. Mesej mengingatkan bahawa kehadiran DAJAL di lautan pasifik yang cuba untuk menjenguk bumi. Seram. Amalan tak cukup. Teruskan membaca. "Jika anda tidak kirimkan pesanan ini kepada 42 orang (biasanya akan lebih daripada ini), bencana

Jejaka Hampa

Gitttu tajuk entri kau!! Ok start. Dia cantik. Kemas kain kelabu menyelimut kepalanya. Baginya, aurat itu pasti dilindungi. Genit dia memanggil aku untuk memerhati dari kiri ke kanan runsingnya. Mungkin sedang menunggu seseorang untuk menemuinya. Lagi dua atau tiga minit sampailah tu. Sementara, ini masa untuk aku mengisi masa-masa memerhati indahnya ciptaan tuhan. Wanita dengan shawl dan kemeja besar serta seluar memang elok. Cantik! Lebih-lebih lagi dengan kehadiran lesung pipit. Serius dia cantik. Lima minit dia di situ. Dia bangun. Tapi gayanya tak mahu meninggalkan tempat duduk. Dia melambai-lambai tangan pada seseorang . Eksaitednya gaya. 'Oh dia tunggu lelaki,' bisik aku. Bukan seorang, tapi tiga lelaki menghampirinya. Berbadan sasa gayanya. Terletak kemas tshirt yang digayakan. Berkaca mata hitam yang pelbagai bentuk. Persis maskulin dalam majalah majalah kegemaran remaja kini. Gembira sungguh laku gadis itu. Mungkin lama sudah tak berjumpa. Tapi macam selalu. E