Diari Ramadan Acom

Hari ini sahur bubur nasi, telur dada dan sedikit arca. Lauk simple begini lagi enak untuk dikenakan dengan situasi berlayar kala bersahur. Nah, hasilnya aku bertambah tiga kali.

Sambil aku menunggu waktu imsak, aku belek² telefon. Seperti biasa bukan ayat² Quran jadi perhatianku. Whatsapp, tweeter dan lain² media sosial jadi santapan.

Pertama, kes Amerika Syarikat yang membenarkan kahwin sejenis.

Kedua, bayi berwajah tua disisih ibu, di India.

Ketiga, isu budak-budak lepasan education degree tidak ditempatkan sebagai guru.

Dan keempat ... ni yang aku nak kongsikan.

****

Situasinya melibatkan seorang ibu dan dua orang anak. Seorang berusia 7 tahun nama gelaran Acom, yang seorang lagi berusia 1 tahun lebih, Iman namanya.

Seperti hari² sebelumnya, ibu akan mewarnai ramadan anak² — bawa mereka ke bazar ramadan. Minta apa² sahaja. Tambahan pula Acom baru berjinak² dengan dunia puasa. Persis seorang artis, "melibatkan diri dalam dunia perfileman".

Tidak berniat memanjangkan cerita. Mereka pulang. Pasti ada bungkusan yang dijinjit Acom. Lagak seorang akak - bertanggungjawab dan takkanlah nak biarkan adik setahun lebih tu menjinjit bungkusan makanan. Mau terburai atas tar nanti.

Ade bungkusan donat. Promosi barangkali. Rm1 untuk empat biji donat adalah sesuatu yang mengujakan. Tambahan dengan ekonomi yang berGST sekarang ni. I mean our currencies deprciation problems, ia menjadi kebanggaan rakyat untuk apa² yang kerajaan lakukan.

Ibu pandu ke arah rumah. Sedang itu, Acom yang kepenatan duduk di seat bahagian belakang, ditemani adik kecilnya, Iman. Keadaan normal. Tiada apa yang berlaku.

"Mama ... adik makan donat," beritahu Acom sebaik-baik sahaja sampai di rumah.

Ada senyum di sebalik keompongan gigi hitamnya. Wajahnya sedikit serabut, serabut dengan kegigihan memadam kertas sampai koyak. Atau penat main cop tiang di lorong² sekolah. Atau mungkin tudung tu ditarik kawan lelaki yang nakal macam paksu dulu². Atau jatuh ke lantai masa nak duduk sebab kawan di belakang tarik kerusi. Mungkin, atau pasti!

Ibu tadi hanya membiarkan anak kecilnya itu. Budak setahun lebih, memanglah tak puasa. Meragam pula nanti.

Sedang adik kecil itu masih menggenggam cebisan donat kemas. Jalannya terkedek-kedek membawa pampers yang membonjol.

***

Tanggungjawab ibu itu pasti. Sebelum waktu berbuka, makanan perlu dihidangkan. Cadangnya adalah untuk meraikan anak² yang berpuasa.

'Aik ... bukan donat ni beli empat ke? Kalau Iman makan, sepatutnya ada tiga. Tapi ... tadi Iman makan sikit je.' Ibu memikir sambil membelek plastik tadi takut² koyak atau bocor.

"Acommmmmmmmmmm!!!" jerit ibu tadi. Ada senyum sambil menggeleng kepala.

Hari itu, Acom berbuka puasa di sudut tangga. Di tangannya, ada suku murtabak di atas pinggan. Juga ada kekesalan di raut wajahnya.

Mungkin, 'hish macam mana boleh kantoi ni?' hatinya membisik.

Comments

  1. Okay ni lawak... haishh comel betul...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc