Friday, September 30

kembali

hye.
lama pulak x entry blog ni.
maaf la.
so, jumpa lain kali :)

Tuesday, August 2

sepi tapi kejam

dan bila aku menyepi
tiada yang bertanya
bila aku bising
ada saja yang rasa aku ni pemberontak

semalam
lewat jam 9sore
aku di anjung sendiri
bulan cantik.macam dalam filem
aku rasa bulan tu tak bagi apa-apa pada aku
aku tetap sendiri

kekadang, aku rasa dunia ni kejam
ya, memang kejam
kalau semua aku sakit
kalau semua aku derita
kalau semua aku yang salah
mana orang lain

tapi kata kawan & mak,
dunia tak kejam
kita yang buat kekejaman tu.
sampai kita rasa bumi kejam
kejam kejam kejam dan sangat kejam

Tuesday, June 21

"AMPUN PAK"

malam itu sonsang. berbeza dari malam lain. aku di kamar seorang. layan lagu-lagu sex pistol dari speaker baru. niat ingin berkawan ni masih lagi tebal. aku tobros rasa ego.  keluar rumah dengan seluar yang ala-ala kain pelekat ke bawah blok. "elllllllo kawan" semacam tak pernah jumpa. malam itu, perbualan kami hanya berteman satu dua bintang. duduk kami lain. kaki diletak atas meja batu, ada juga yang mengangkang nak mendapat ruang yang selesa. teringat masa melepak di tepi jalan, bawah lampu neon dengan hiasan-hiasan motor. kalau ae cikaro, boleh masyuk juga. entah kenapa malam itu, tiada perbincangan yang menarik kami terjemahkan. mahu saja aku hadiahkan tali gantung pada semua kawan. tak ada idea, mahu ajak lepak. annoying pula aku rasa.
angin yang bertiup mengajak mata lentok seketika. "jom balik" sapa seorang kawan. alim juga perawakkannya. mahu angkat bontot. "ok, kita dah kena tangkap. kesalahan kita lepak tanpa segan" ketawa lagi..!
bukan mahu membangga, tapi kenyataan. yang tahan kami tu, bukan sahaja seorang navvy, malah beliau juga kerap terlibat dengan sukan yang pelbagai. senang kira, dia ni adalah atlet ulung la. "kruuuuuk" ngantuk kan cerita ni. "saya tahu kamu semua ni baik, handsome pula semua. malas lah nak panjang kan cerita. kamu angkat semua kerusi-kerusi ni angkat ke tempat lain" ceiiiit, apa punya berat lah kerusi ni. berkilo-kilo!! malam itu, yang longlai semua menegang. otot-otot jantan semua terserlah.
kawan A : keluar peluh malam pertama
kawan B : inilah peluh jantan
kawan C : aku tak bersalah
kawan D : rupa-rupanya aku lelaki
kawan E : comel kan kucing tersebut.
kawan F : (diam saja)
aku         : hai kawan-kawan.

#jangan melepak sampai ke pagi. kalian mahu guna banyak tenaga esoknya. ceit

Thursday, June 9

KENAPAeak?

semalam aku ke sebuah lorong. gelap. ya, ianya sangat gelap.seringkali aku meraba-raba setiap tubuh dinding menjadi panduan.saban kali aku menapak di kelopak air, kasut berjenama aku dipenuhi air.aku tak mampu nak buang ddan hanya biarkan ianya bertakung. kalau buka kasut ni, mesti umph bau-nya. sehinggalah aku terlihat pada satu cahaya yang disitu juga terpalit suara-suara onar. aku cuba meluru ke siti. langkah aku pantas. makin aku tuju, makin kacau suara-suara tu.
"annoying jugak" jeritan batinku mula merocak macam Lan Typewriter selalu nyanyi tu. terpekik terlolong suara mereka. tapi aku nampak ada satu golongan lagi yang sedang duduk mencangkung sambil meletakkan kedua tangannya di atas kepala. mungkin kerana rasa sakit kepala dengan jeritan suara-suara annoying tu ataupun, mereka cuba nak buat sesuatu yang unik. manusia kan?!
kesian kan? sapa kata kita dah merdeka? kononlah. buat bazir duit jek beli bendera kalau kita langsung tak faham apa makna 14 jalur pada bendera tu. apa maksud bintang dan bulan sabit? dan kenapa bendera dibentuk segi empat tepat, bukan bulat? ha, kalau soalan ni keluar dalam exam pun, aku akan kantoi. sapa tahu?
tak kisah lah, berbalik pasal tadi. diorang macam tengah kena bambu dengan orang-orang yang menjerit tu. boleh terkeluar tahi telinga. sakit kepala otak. kena cangkung pula. tapi keadaan mencangkung tu sapa suruh buat? adakah golongan yang menjerit macam orang gila atau keinginan mereka sendiri. yang tu aku tak sempat selidik.
masa aku tengah hampiri mereka, mata aku berkedip. "la, ni macam sekolah aku. kenapa acara sedemikian dilakukan? kasihan dia. dia kan nak hidup merdeka juga. kenapa masih ada komunis di sekolah aku?" aku tyerus garu kepala. nak nyanyi stasy la. JAHATNYA KAMU!!!

Tuesday, June 7

JEJAK




pertamanya nak ucap terima kasih sebab berjaya buka blog aku ni. maklum lah tak glamor mana pun sampai nak cecah follower until beribu bagai. yang penting, sapa-sapa yang baca entry kali ni akan menjadi kesayangan aku sampai ade post terbaru nanti. kalau nak aku sayang sampai lebam, sila baca semua post aku yang bakal membosankan korang. ini adalah contoh makhluk yang HADAP dengan peminat.

hello guys, i am azizi dain. macam artis betul da. aku malas lah nak cakap panjang. cuma nak ajak korang semua menonton video kat bawah ni.. eh, nanti direktor marah. menonton ke menyaksikan? hmmm... hope u guys like it. lalalallalalalala
 
 
kata pengarah kena cakap terima kasih lepas penonton bagi komen. so, komen la.. jangan lupa bertemu di episod yang akan datang! 
adiyoz!

*kalau rasa video sini annoying, boleh la search youtube : http://www.youtube.com/watch?v=xadxYxpyrpY




Sunday, June 5

bila korang di rumah

mentari dah muncul. kalau boleh nak senyum pada beliau.
hari ni hujung minggu. ramai kawan yang mungkin berada di rumah sedang meratah asam pedas. masakan apa, bukan isunya pada entry kali ni lah. sebabnya, hampir setiap kali nasi goreng dan lauk tambahan menjadi santapan aku dekat sini.

awal pagi aku bangun. walaupun air shower tu dingin, aku relakan tubuhku dinikmati olehnya. mana tidaknya, kolej sediakan paip kecil yang comel, aku patahkan. report sampai sekarang tak ada apa tindakan. tak rasa membazir form ke kalau suruh orang isi, pastu nothing?! itu kerja kalian lah.

selesai lipat lah alas syurga, aku sangkutkan di atas ampaian. mata kecil rasa sangat mengantuk. mata besar, sebuk menagajak mengintai blok hadapan. kadang-kadang aku argue juga dengan kecerdikan kolej ini. seakan mengajak aku ke lembah. ada ke patut diletaknya blok wanita rupawan di hadapan blok kami. alasannya, kami sudah besar. sebab dah besar lah, kita jangan bagi peluang. makin besar, makin panjang akal dan tindakan. maklumlah sekarang, bukan lelaki sahaja yang berani, mereka juga berani. buka langsir seluasnya, tayang selagi apa yang boleh. macam free show dah. tapi memandangkan pahala baru dicari, takkan lah senang nak kutip dosa kan. sabar2x...

impian untuk hujung minggu yang bosan ini, aku mahu mmbeli satu helikopter. nak pusing-pusing satu malaysia. wa, boleh jadi perdana menteri ni. melaksanakan gagasan satu malaysia. meninjau kawasan. sapa yang sudi jadi pemandu helikopter aku? sila daftar diri di laman portal rasmi aku yek. gaji, nanti boleh bincang.

beb, semalam aku pergi frinjan. ada awek cun wo! cik najwa latiff. "hope u guys like it!" gila lah. hampir luluh seluruh jantungku ke dataran laman budaya itu. kalau benar ianya luluh, akan aku kutip diberikan hadiah kepadamu, wahai cik adik manis. nasib baik sempat aku hilangkan kerinduan padanya. masuk saja pagar laman budaya, dia tengah nyanyi "cinta muka buku". bapak sweet muka dia. macam nak cubit-cubit pipi dia. I Love You, cik wawa.

uptown jom? maai, ramai gila orang kat sini.. sampai kerete dah tak boleh masuk. aku rasa, kalau aku jadi menteri jalan raya & what so ever, aku nak bina satu laluan kayangan supaya kerete-kereta yang sebuk parkir tengah jalan raya tu, tak menganggu perjalanan aku dan pastinya laluan orang lain juga. kat kayangan ada traficc light tak? bagi aku, binatang tu lah yang buat sesak. tak kisah lah. sebab aku dan sorang member aku ni naik motor, kami berhak melakukan cilok & baik punya cilok. walaupun dia tak hebat dalam hal ni. sorry geng!
ha bang, beli bang. harga rm40. harga member rm35. masyuk tak?
datang sini bang. beli lah. murah punya. jenis barang ni susah dapat kat sini. apa entah yang susah. berlambak jek kat situ.
aku bersuara. harga ni berapa bang?
rm50 jek dik. sapa abang angkat aku. bila entah, kakak aku kawen dengan dia.
bukan 45? adik angkat ni menjawab.
sunyi sepi. ada juga kena pelangkung kat situ. keputusannya, blah lah dari situ.

ok, ok, ok, ok.. dah lah balik jom! sweet kan? lalalallalalalalalalalalalala.... (^-^)