Emak Wanita Besi

Dua hari lepas aku dikunjungi dengan berita menyedihkan. Family group whatsapp kecoh dengan berita atok masuk hospital. Atok yang sudah menjangkau 90-an dikhabarkan mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya.

"Emak on the way balik kampung ni," katanya ringkas.
"Nanti kirim salam atok." Suara yang di hujung talian tenggelam timbul dek keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Tidak berbual panjang, ada perasaan serba salah menyelubungi. Dalam keadaan yang kekeringan wang ringgit pada setiap hujung bulan ini, ia menjadi masalah rutin bulanan kepada remaja makan gaji sepertiku. Ya, aku pernah mengimpikan aku tidak mempunyai 'pergaduhan' dengan masalah kewangan dalam hidup, suatu hari nanti.

Beberapa jam kemudian, abang yang menghantar emak telah memuat naik gambar atok yang sedang terlantar di atas katil. Dengan mata yang tertutup, wajah kedutnya nampak sangat keletihan. Sayunya apabila melihat si tua itu dihadiahkan dengan penutup mulut (yang aku tak tahu nama spesifiknya) untuk bantuan pernafasan.

Dengan caption, "doakan atok kami sihat" aku bacanya bersama sebak yang meruntun. Kerap juga menidakkan bahawa aku bukanlah cucu derhaka demi memikirkan masalah sampingan. Ya, masalah kewangan.

"Emak tidur hospital, jaga atok malam ni." Suaranya perlahan memberitahu.
"Dengan siapa?" Sengaja aku bertanya walaupun aku tahu waktu malam hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan bersama pesakit.
"Emak jaga diri," sambungku.

Emak, 60 tahun juga mempunyai asma yang teruk. Beliau yang tidak boleh penat, dinasihatkan oleh doktor untuk mempunyai rehat yang cukup. Walaupun kami adik beradik cukup masak dengan perangainya yang tidak reti duduk diam. "Kalau berehat, makin sakit badan," katanya.

***

"Emak tidur dekat mana?" tanyaku menerusi ganggangan telefon, di pejabat.
"Sebelah atok. Atas kerusi," jawab emak ringkas.
"Mandi dekat mana?" tanya aku lagi.
"Hospital. Mak tak nak balik, nanti atok sorang²." Mak mulai memperlahankan suaranya.
"Tak apalah mak, besar pahala. Syurga tempat mak." Sengaja aku pujuknya supaya tidak terus berduka.

Aku yang membayangkan atok di bilik khas, sedikit ralat. Jawatan salah seorang makcik sebagai jururawat berpangkat besar di hospital kerajaan tidak menjamin untuk atok diberikan bilik kelas pertama. Atok terpaksa berkongsi bilik, tidak seperti sebelum-sebelumnya. Khabar ramai orang sakit dikukuhkan sebagai alasan mengapa atok perlu berkongsi bilik kali ini. Hebat makcik, mesti dia lebih mengutamakan tugas daripada faedah² sampingan yang 'orang kerajaan' selalu dapat.

Awan pemikiran membentuk.
---Pertama, keadaan emak yang tidur hanya melungkupkan muka di atas tilam dalam keadaan duduk di atas kerusi. Fitur badan yang sangat tidak selesa.
---Kedua, keadaan pendingin hawa yang akan menghantui tubuh emak yang mudah dirasuk asma. Ya aku ulanginya lagi, asma emak kritikal. Walaupun emak menyedapkan hatiku dengan kata, "Tak apa, mak ada selimut ni."
---Ketiga, mak hanya mendapat makanan bungkus yang mungkin dia tak makan sangat. Biarkan makanan lama² di dalam polestrin menjadikan makanan itu sejuk dan tidak berada dalam kondisi tidak sihat.

***

Dan hari ni aku mendapat panggilan daripada abangku. Dia baru sahaja menelefon emak yang masih di hospital.

"Asma emak datang lagi. Tak ada suara nak bercakap. Doakan emak...."

Aku cuba menelefon emak tetapi tiada jawapan olehnya. Mungkin dia nak berehat, fikirku.

"... emak, doakan adik boleh ikut jejak emak. Jaga emak bila sakit. Walaupun masa tu adik ada masalah, doakan adik dapat ada dekat sisi mak. Adik tahu, emak contoh terbaik untuk kami adik beradik. Percayalah, emak wanita besi yang sentiasa menjadi suri dalam hati. Allah, berikan syurga untuk emak, atok dan orang² yang aku sayang. Amin...."

Comments

  1. Semoga keluarga awak di rahmati dan dilindungi...semoga urusan awak dipermudahkan... hidup ni memang banyak kekangan untuk kita melakukan kebaikan... tp akal yg cerdas hati yg ikhlas... semoga Allah lorongkan jalan ug mudah untuk kita hambaNya..
    Be strong..cause your mom pun memerlukan anak2 nya jgak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan