Aku Bukan Islamophobia
RAMADAN. Waktu itu, aku memerhati gelagat ayah yang membawa anak-anak mereka pergi ke solat tarawih.
'Oh, seronoknya ada anak sendiri dan menjadi kepala keluarga. Nanti, aku nak paksa dia main gusti dengan aku.'
'Beranganlah kau!' bisik hati.
Solat tarawih malam ini diiringi dengan kantuk. Lebih-lebih lagi dengan alunan satu muka surat al-Quran pak imam untuk satu rakaat - sama ada aku tidak memahaminya atau badan ini memang habitat untuk para jin membina keluarga. Aku tidak menghitung sah atau tidak solatku itu, sebaliknya cukup atau tidak tarawih Ramadan kali ini. Begini tanggapan pemuda bebas fikir.
Saf di hadapanku ada ruang kosong, mungkin dia terkentut selepas salam kedua tadi. Mengikut pelajaran yang aku pernah hadam, solatnya masih sah. Pasti. Mahu tak mahu, aku anjakkan kedudukanku, menggantikan tempat si pengentut tadi.
Kini, ada adik kecil di sebelahku, di sebelah ada ayahnya. Berbaju Melayu dan kopiah, mungkin mereka ini orang biasa-biasa. Mengikut daripada gayanya, mungkin sahaja dia dalam lingkungan 10 atau 11 tahun. Masih belum baligh. Berdiri pada aras pinggangku. Mungkin juga faktor aku yang bertubuh rendang, jadi adik itu tidaklah janggal untuk berdiri bersebelahan denganku. Dia hanya membiarkan keberadaanku, di situ.
Bukan masaku untuk berkenalan dengannya. Aku langsung mengangkat takbir menuruti pak imam, ketika itu.
Dalam ketika aku menghitung masa untuk rukuk, aku jeling kepada adik kecil ini. Ada sahaja permainan yang dilakukan - tengok ibu jari, mengorek-ngorek kuku, betulkan kopiah, menggoyangkan kaki dan pelbagai acara mini sukaneka lagi. Ya, aku menjeling sahaja dan tidak bercadang untuk mendaftarkan diri, sertai acara mini tersebut.
Menariknya tentang anak-beranak itu, kasih sayang. Walaupun si ayah tahu anaknya tidak khusyuk dalam solatnya - penuh dengan lamunan dan mini permainan sukaneka, si ayah terus menyokong adik kecil tadi. Sebaik-baik sahaja salam kedua, si ayah terus mencapai tangan adik kecil tadi dan ada paralinguistik menyokong, aku perhatikan. Begitulah pada rakat-rakaat seterusnya. Pelbagai bentuk mini sukaneka daripada si kecil dan begitulah pelbagai bentuk sokongan moral daripada si ayah.
Selesai lapan rakaat solat sunat tawaih, malam ini.
Aku undur diri, sementara makmum lain meneruskan perjuangan ke rakaat-rakaat seterusnya - sehingga 20 rakaat, persis malam-malam sebelumnya.
Berganjak ke satu sudut luar ruang utama solat, aku duduk melabuhkan punggulku. Masih memerhati gelagat manusia pada malam Ramadan. Ada yang mengaji, ada yang berzikir dan ada sekelompok remaja yang berbual, mungkin lama tak jumpa kawan-kawan lama. Tidak dilupakan remaja-remaja yang melepak di belakang masjid, main gameboy - zaman bila game ni entah!
Fokus retina mata berpasak pada sekujur tubuh kecil yang terbaring di suatu sudut. Adik kecil (lain) sedang terbaring - kepanatan dan tidur. Langkap jubah dan kopiah, sambil melengkungkan dan memeluk tubuhnya, terbaring. Comel!
Belum sempat seminit aku memerhatikannya, seorang tua berjubah dan bersarban menghampirinya. Garang riaknya. Mungkin ini ayahnya. Aku mengikuti lakonan anak-beranak itu. Si ayah menghampiri anaknya lantas mengangkat anaknya untuk berdiri dan terus diajak anaknya menyertai saf di dalam - menyertai 20 rakaat selebihnya.
Aku tergamam. Tapi aku cuma tidak layak memberi hukuman. Aku bukan Islamophobia.

***

Comments
Post a Comment