Posts

Showing posts from 2011

kembali

hye. lama pulak x entry blog ni. maaf la. so, jumpa lain kali :)

sepi tapi kejam

dan bila aku menyepi tiada yang bertanya bila aku bising ada saja yang rasa aku ni pemberontak semalam lewat jam 9sore aku di anjung sendiri bulan cantik.macam dalam filem aku rasa bulan tu tak bagi apa-apa pada aku aku tetap sendiri kekadang, aku rasa dunia ni kejam ya, memang kejam kalau semua aku sakit kalau semua aku derita kalau semua aku yang salah mana orang lain tapi kata kawan & mak, dunia tak kejam kita yang buat kekejaman tu. sampai kita rasa bumi kejam kejam kejam kejam dan sangat kejam

"AMPUN PAK"

malam itu sonsang. berbeza dari malam lain. aku di kamar seorang. layan lagu-lagu sex pistol dari speaker baru. niat ingin berkawan ni masih lagi tebal. aku tobros rasa ego.  keluar rumah dengan seluar yang ala-ala kain pelekat ke bawah blok. "elllllllo kawan" semacam tak pernah jumpa. malam itu, perbualan kami hanya berteman satu dua bintang. duduk kami lain. kaki diletak atas meja batu, ada juga yang mengangkang nak mendapat ruang yang selesa. teringat masa melepak di tepi jalan, bawah lampu neon dengan hiasan-hiasan motor. kalau ae cikaro, boleh masyuk juga. entah kenapa malam itu, tiada perbincangan yang menarik kami terjemahkan. mahu saja aku hadiahkan tali gantung pada semua kawan. tak ada idea, mahu ajak lepak. annoying pula aku rasa. angin yang bertiup mengajak mata lentok seketika. "jom balik" sapa seorang kawan. alim juga perawakkannya. mahu angkat bontot. "ok, kita dah kena tangkap. kesalahan kita lepak tanpa segan" ketawa lagi..! bukan mahu m...

KENAPAeak?

semalam aku ke sebuah lorong. gelap. ya, ianya sangat gelap.seringkali aku meraba-raba setiap tubuh dinding menjadi panduan.saban kali aku menapak di kelopak air, kasut berjenama aku dipenuhi air.aku tak mampu nak buang ddan hanya biarkan ianya bertakung. kalau buka kasut ni, mesti umph bau-nya. sehinggalah aku terlihat pada satu cahaya yang disitu juga terpalit suara-suara onar. aku cuba meluru ke siti. langkah aku pantas. makin aku tuju, makin kacau suara-suara tu. "annoying jugak" jeritan batinku mula merocak macam Lan Typewriter selalu nyanyi tu. terpekik terlolong suara mereka. tapi aku nampak ada satu golongan lagi yang sedang duduk mencangkung sambil meletakkan kedua tangannya di atas kepala. mungkin kerana rasa sakit kepala dengan jeritan suara-suara annoying tu ataupun, mereka cuba nak buat sesuatu yang unik. manusia kan?! kesian kan? sapa kata kita dah merdeka? kononlah. buat bazir duit jek beli bendera kalau kita langsung tak faham apa makna 14 jalur pada bendera...

JEJAK

Image
pertamanya nak ucap terima kasih sebab berjaya buka blog aku ni. maklum lah tak glamor mana pun sampai nak cecah follower until beribu bagai. yang penting, sapa-sapa yang baca entry kali ni akan menjadi kesayangan aku sampai ade post terbaru nanti. kalau nak aku sayang sampai lebam, sila baca semua post aku yang bakal membosankan korang. ini adalah contoh makhluk yang HADAP dengan peminat. hello guys, i am azizi dain. macam artis betul da. aku malas lah nak cakap panjang. cuma nak ajak korang semua menonton video kat bawah ni.. eh, nanti direktor marah. menonton ke menyaksikan? hmmm... hope u guys like it. lalalallalalalala     kata pengarah kena cakap terima kasih lepas penonton bagi komen. so, komen la.. jangan lupa bertemu di episod yang akan datang!  adiyoz! *kalau rasa video sini annoying, boleh la search youtube : http://www.youtube.com/watch?v=xadxYxpyrpY

bila korang di rumah

mentari dah muncul. kalau boleh nak senyum pada beliau. hari ni hujung minggu. ramai kawan yang mungkin berada di rumah sedang meratah asam pedas. masakan apa, bukan isunya pada entry kali ni lah. sebabnya, hampir setiap kali nasi goreng dan lauk tambahan menjadi santapan aku dekat sini. awal pagi aku bangun. walaupun air shower tu dingin, aku relakan tubuhku dinikmati olehnya. mana tidaknya, kolej sediakan paip kecil yang comel, aku patahkan. report sampai sekarang tak ada apa tindakan. tak rasa membazir form ke kalau suruh orang isi, pastu nothing?! itu kerja kalian lah. selesai lipat lah alas syurga, aku sangkutkan di atas ampaian. mata kecil rasa sangat mengantuk. mata besar, sebuk menagajak mengintai blok hadapan. kadang-kadang aku argue juga dengan kecerdikan kolej ini. seakan mengajak aku ke lembah. ada ke patut diletaknya blok wanita rupawan di hadapan blok kami. alasannya, kami sudah besar. sebab dah besar lah, kita jangan bagi peluang. makin besar, makin panjang akal dan...

T O L O N G L A H

Kehidupan tak pernah mengenal penat. walaupun setiap hari kita sering mengeluh, namun kehidupan tetap berjalan seperti rutin sedia kala. dari awal kelihatan matahari sehinggalah terjumpa bulan. matahari tak pernah mengeluh, bulan tak pernah rasa nak tidur. sebab bila kita di sini dengan matahari, di sana dengan bulan. mereka ada shift. aku nak terbang jauh. walaupun aku ni jenis yang takut, tapi aku nak cuba. tapi tak tahu macam mana. impian aku nak mendalami bidang sastera dan bahasa ni dengan mendalam. aku nak sangat pergi Indonesia, Universiti Medan. tapi aku tak tahu kenapa mak, akak dan keluarga semacam tak restu. ala, aku pun tak tahu macam mana nak pergi. tapi aku nak pergi sangat. nak duduk sana untuk beberapa tahun dan tuntut ilmu.  salah sangat ke aku buat keputusan macam ni. tapi perjalanan aku masih lama. banyak lagi nak tempuh. diploma pun tak habis lagi. sekarang pun dah terkontang kanting ada hati nak melangkah jauh. macam mana kalau nak pergi tempat lain tapi masi...

berakhirnya angka 4

sekarang ni boleh tarik nafas lega. sem 4 dah nak sampai akhirnya. wa, sem depan aku dah nak abes belajar la. seronoknya! bila dah nak abes sem ni mula la nak flashbacak semula cerita-cerita sepanjang sem. ala-ala tribute an. sem ni jugak aku rasa macam lama sangat tak balik rumah. mak yang banyak kali datang jumpe aku. ha, zalim tak? bukan apa, mak datang sini bukan semata jumpa aku. never mind. first sem macam biasa ada fotoshoot. wow! lain macam sikit sem ni, selalu kami menggedik kat luar kawasan kampus. tapi memandangkan kami ada class rep yang ganas sem ni, dia buat cadangan ambil gambar kat dalam kampus jek.  untuk sem ni aku terlalu busy dengan teater Muzikal Kampung Baru. walaupun ramai yang comment dan bagi kritikan, tapi aku tak kisah kerana aku rasa sangat puas dengan apa yang aku buat. aku rasa aku bukan nak tunjuk hebat dengan apa yang aku ada. cuma aku nak tunjukkan kehebatan yang orang lain tak ada. rasa sepanjang 3 bulan latihan, macam-macam pekara berlaku. biasal...
kawan-kawan semua, doakan aku tak mati sebab tertekan dengan assigment semua ni. AMIN

KITA BERBEZA

Image
ha. sekarang dah jam 7.15 petang. dah nak gelap. macam tu lah gelapnya pikiran aku sekarang ni nak pikir pasal assignment yang berlambak. sekali lagi aku berjanji pada diri kalau aku jadi lecturer, aku tak akan seksa student aku. lepas kelas (kelas ni bosan tapi hari ni aku tak bosan sebab 3 jam aku penuhi dengan banyak hal. antarnya aku tidor, memekak, kenakan kawan yang CUKUP SPORTING, nyanyi dan tengok kawan-kawan a buat lawak dengan slide diorang). ok, lepas jek kelas, kami dok lepak. almaklum lah sekarang makin AKRAB .  bincang punya bincang, ok hasilnya tak dapat sebab sorang mengamuk, sorang tak berhenti mengerut dahi dan sorang lagi tak habis tunjuk gigi. macam biasalah kalau aku jumpa member ni, mesti ada slot makan dan makan. thats why mak asek bebel kenapa duit cepat abes.  "beli makan jek mak" sambil aku terus menaip papan kunci di komputer milik awe ni. dah masa makan tu banyak lah gosipnya. ada bukak cerita tu, bukak cerita ni. sampai cerita dalam kelambu pu...

ini terima kasih

"bip bip" malam itu aku disambut denga deringan telefon. mesej masuk. malasnya nak ambil! hah, seperti biasa. jika tak diperlukan satu mesej pon tak ada. tapi kalau  ada nak mintak tolong, tanya khabar. siap nak payong makan lagi. sehingga hari ini aku masih mengabaikan sesuatu yang tak pernah aku impikan.tanpa sebarang terima kasih dia pergi dengan semua mesejnya! huh..NYAH

BUKAN TARIKH MALANG

Image
hari ni 28 Februari 2011. aku tertarik dengan kisah ni. tertarik dengan topik yang aku ngan kawan bincangkan. 29 Februari. tahun lompat ni 4 tahun sekali jek dalam dunia ni. so , nak dijadikan cerita aku ngan kawan-kawan lepak kat satu kedai makan. masa tu kami x makan yang sepatutnya untuk lunch . kami bedal nasi goreng paprik. (bese aku makan nasi putih, ade sayur, ayam or ikan). berbeza hari ni, mood nak makan semacam pelik. bila kami duduk. aku: eh, dh nak abes bulan 2 dah ka? kawan1 : kan lama lagi. hari ni baru 26. bulan 2 ade 31 hari kan. aku: ape ke bodoh sangat ko ni wey? kawan 2: cikgu math dy mati kot masa ajar bende ni. aku: bulan ni kan ade 28. len la kalau tahun lompat.ada 29 kawan 1: eh, cmana ngan budak yang lahir 29hb ar? aku: kene sambut 4 tahun sekali la kawan 2: sambut dengan world cup la wey kawan 1: kalau macam tu, dy membesar 4 tahun sekali? darjah 1 umur dia 4 tahun la eak.bapak kecik! aku: oi..ape lah handsome sangat ni? dy besar cam biasa jek...

KUASA adalah POWER

Image
apa sahaja boleh! itulah yang calon-calon seronok lemparkan supaya kita undi diorang. aku baru selesai ikut satu program yang fakulti anjurkan. DEBAT CALON MPP. ceh, semua calon cantik-cantik. handsome-handsome. kalau tak bertanding semberono jek pakai. tak apa, satu cara juga tu. malam tu, semua calon bentang macam-macam yang dia nak buat. ada yang itu, ini dan sebagainya. semua nak buat. tapi aku dah dengar semua bende tu lama. calon yang lepas pon janji bende yang sama. tapi lepas dah jadi, ceit mana ada semua benda yang semua janji tu. tak apa, aku faham.mereka juga manusia biasa. tapi tak payah lah pum pam sangat buat manifesto tu. ah, tak kesah la apa pon. dah hampir tiga hari aku duduk kolej ni bersama poster-poster mereka yang bergantayangan. nak pi kandang pon kene tunduk-tunduk. ada la tangan aku usap-usap gedik kat poster diorang masa jalan-jalan tu. eh, sekarang aku ada dengar, kita tak boleh ambil poster orang sesuka hati.betol ka? takut nyer...so, aku harap pada semua ca...

BABAK KATARSIS

Image
aku bangun pagi hari ni. normal la, pagi ahad tak ada nak buat apa. kelas tak ada. sarapan pon baik tak payah.nanti lari budget aku. jadi, longlai langkahku menuju ke lappy uzur yang aku biar di atas meja. perlahan aku tekan suis. pagi-pagi begini, line internet mesti okay. online facebook la. tergerak hati nak bukak profile picture yang saban kali aku asyik tertukar sahaja. wow, lebih 35 gambar kat situ. "handsome juga aku ni" detik hatiku bongkak. dalam aku memuji diri sendiri, aku terlihat satu gambar adik kecilku. aku bertemu dengannya ramadhan yang lepas. dah mula nak melelah dah air mata ni.  nama diberi uzer. kanak-kanak istimewa ini sungguh unik. senyumannya mengusik hati. walau sepatah perkataan yang disampaikan, aku tidak mengerti, riak wajahnya menambat hati aku untuk mengerti apa yang sedang dimadahkan. dia seorang yang manja. dalam hatinya tidak pernah murung. dia bebas. bebas ari sebarang masalah seperti kita. hari ini aku serius. aku rindu. ciuman perpisahan ...

mak sayang anak.

pagi-pagi bangun. biasalah. awal pagi Maulidur Rasul. kene ada semangat nak buat amal. celik mata jek, tengok handphone dah mapus sebab bateri kong. so, tak tahu jam pukul berapa masa tu. huh, jawabnya tidor semula la. bila bangun dah rasa panas. sebabnya?? eee...takutnya. aku capai telefon untuk disatukan dengan charger telefon tu. kluk, telefon menyala. tengok ada mama miss call. apakah gerangannya? jeng3... aku balas miss call mama balik. haha, jimat kos. mama call. aku angkat and sebelum tu cover dulu suara supaya tak nampak sangat baru bangun. mahu dibebelnya nanti. mama: buat apa? kenapa x angkat? aku: dalam tandas tadi. mama: cuti kah? aku: aah. kan satu malaysia cuti hari ni. mama: jangan berjalan jek. mama bgi motor biar kau senang. bukan merempit. aku: tak ada masa lah mama. sekarang busy ngan teater. balik buat assignment. terus tidor. mama: bagus. cam ni lah anak mama. aku: kawan-kawan, jom pi seksyen dua. eah,esok kita nak pergi mana? ala bosan la dok rumah jek. ...

kisah GATAL-MIANG

bila angin sepoi-sepoi, aku mula bercekerama bersama kawan. isu kami panas. nasi goreng atas meja tu hanya aku kunyah dengan lazatnya. masalah sekarang bukan sebab lapar,tapi sebab aku tak nak bazir duit ptptn yang aku pinjam kata mak biar duit habis sebab makan. jangan sebab berjoli. kawan 1: masalahnya, ada ke orang sambut vallentine sekarang ni dok? aku : kenapa pulak tak ada? kawan 2: ada la. kalau tak ada kenapa pak imam cerita kat khutbah tadi. aku: ha, tahu tak apa. kau pernah baca surat khabar? kawan 1: pernah. tengok budak-budak bola kita sebok tengah hangat sekarang. dah kaya lari pi luar negara. kawan 2: aku pon nak main bola. kat luar bayar lagi mahal. aku: bukan yang tu. kau pernah baca paper setiap kali ada majlis macam new year, hari buruh, chinese new year n vallentine? kawan 1: aah. kawan 2: yup! aku: kan banyak tengok budak-budak kena tangkap. sebabnya beromen merata-rata. kawan 2: betol jugak. yang peliknya semua yang kena tangkap dekat hotel mu...

hasil belajar tinggi oleh mak cik

kisah ini adalah perbualan seorang mak cik dengan pelajar. seorang pelajar lelaki yang kononnya memiliki pendidikan kelas A. sila ikuti wacana ini. mak cik : nak apa nak? pelajar : bagi burger cik. mak cik : tunggu sat na. sambil pelajar tersebut menunggu dengan rakan-rakan, mereka berceloteh. sementara mak cik tersebut sedang gigih membuat burger yang dipesannya. mak cik tadi tekun. sekumpulan pelajar tadi ketawa terbahak-bahak. bercerita seperti seorang penglipur lara. keadaan di kawasan itu lengang. hanya suara ketawa mereka memecah sunyi. mak cik yang membuat burger tadi tak endah. tiba-tiba mak cik tadi menggeleng kepala. sebabya? jom kita cerita... "...cu cite cu cite..." (sambil menggayakan tangan) pertamanya, percakapan pelajar lelaki tadi menggunakan diri sebagai 'nok' dan 'nyah' keduanya, topik yang perbincangkan adalah hal ehwal di dalam ranjang yang melibatkan kaum sejenis ketiganya, mereka selah-olah mempertikaikan kebesaran buah d...

mak membebel

adakah ini kisah mak yang selalu membebel?? mak selalu pesan jangan putus asa dengan apa yang kamu dah lakukan.. tapi sekarang aku hampir putus asa. mak selalu pesan jangan gaduh dengan orang tapi aku selalu ingkarnya mak selalu pesan agar aku jaga solat tapi aku... mak selalu pesan jaga tingkah tapi aku tak ikut mak selalu pesan ikut kata mak aku macam tak ikut jugak mak selalu pesan itu ini... tapi aku tetap dengan itu dan ini. bila mak dah tak pesan aku rindu akan pesan mak aku berminat nak tahu apa kisah episod hidup aku selepas ini, walaupun mak jarang bersama aku.

NOSTALGIA MID SEM

Image
cuti sem yang singkat tapi banyak yang aku buat. dah lama tak pulang ke kampung. kampung halaman tempat jumpa sedara mara, atok dan mak cik-mak cik serta sepupu sepapat yang gila.dan ni lah fist time aku pulang tanpa mak and keluarga yang lain. dah mak tak ada aku ngarok jek la. kalau tak aku ni malu-malu sikit. memandangkan aku sebatang kara kat sana, aku kena baik ngan semua orang. aku balik pon sebab sepupu aku tunang. sambil tu ada majlis kenduri aqiqah anak sedara.. 3 ekor kambing tumbang wo! masyuk jek aku makan. sekaligus aku jadi photographer yg ala-ala popular masa tu. ada gaya kan? he.. jap aku pilih gambr yang cantik..hehe... merempit jek pergi sana.sebab dekat.tak sampai 5 minit dah sampai. macam-macam aku jumpa. banjir, kering, lembu gunung, jentolak dan rumah cantik. untuk pengetahuan semua, aku hidup dah  hampir 20 tahun. tapi tempat ni aku baru first time pergi. selama ni tak pernah lepas pon tempat ni. tu yang bergaya sakan sahaja. cantik. jadi u...
alang-alang bertapak baik kita bina sebuah bangunan. baru semua boleh nampak.
PULANG KE DESA PERMAI DENGAN BUNGKUSAN-BUNGKUSAN TUGASAN. SEMOGA BERBAHAGIA & GONG XI FA CHAI

GILA BAYANG YANG MENERAWANG

"mak makan ubat.sekarang cuaca tak menentu. kalau mak rasa sejuk,mak selubung saja guna selimut. bagi peluh keluar. jangan buat kerja berat-berat sangat. kalau rasa sakit, terus suruh abang antar klinik ya. adik jauh." tubuhku yang bergelintangan di atas tilam sejurus itu terus bangkit. dudukku resah. suara emak seakan susah hendak dikeluarkan. suaranya sekat-sekat. entah sama ada line problem ataupun sebab mak sakit.aku terus membatalkan niatku untuk mengadu manja pada mak akan keadaanku yang kurang enak badan. takut mak risau pula nanti. perbualanku dengan emak terpaksa ditangguhkan. maklumlah sudah lama tak top up telefon. aku masih ngantuk. namun mata seakan tidak mahu lelap. saat itu lah terbayang wajah emak.aku sudah lama tak pulang ke kampung. cuti semester yang lepas juga sama. sehinggakan mak yang datang ke sini. mak rindu. tapi mak tak cakap. mak datang sini terus sakit. sejak daripada itu lah mak selalu sakit-sakit. sudah berkali-kali mak keluar masuk klinik dan ...

Nama Saya Azam

lembaran 2011 dibuka seluasnya.aku masih aku.tanggungjawabnya banyak.masih banyak yang belum lunas. sejauh mana aku akan perjuangkan? entahlah. seperti manusia lain juga, aku akan punya impian dan azam pada awalnya. tapi aku, tak seperti orang lain. perkara-perkara tersebut akan luntur, pudar dan akan aku pastikan agar tak terus hilang. azam aku tahun ni. TAK ADA. semua benda aku nak buat.semua benda nak jadi azam aku. aku tak pernah minta. tapi diorang datang meminta. wa, macam artis dah. nak macam mana, saham tengah melambung! yang penting aku nak jadi SEORANG STUDENT. yang menarik nafas dan menghembus seperti manusia yang bergelar student.bukan berpakaian sekolah atau berkasut putih siap kapur lagi. tapi aku mahu jadi seorang university student. dan aku nak nikmatinya. abang aku cakap, buat apa nak berhenti belajar sedangkan kehidupan seorang student best. duit datang setiap bulan, tak payah pikir hal anak bini dan sebagainya. aku sokong! mahu jawatan MAT REMPIT BERHEMAH. ...