berakhirnya angka 4
sekarang ni boleh tarik nafas lega. sem 4 dah nak sampai akhirnya. wa, sem depan aku dah nak abes belajar la. seronoknya! bila dah nak abes sem ni mula la nak flashbacak semula cerita-cerita sepanjang sem. ala-ala tribute an. sem ni jugak aku rasa macam lama sangat tak balik rumah. mak yang banyak kali datang jumpe aku. ha, zalim tak? bukan apa, mak datang sini bukan semata jumpa aku. never mind. first sem macam biasa ada fotoshoot. wow! lain macam sikit sem ni, selalu kami menggedik kat luar kawasan kampus. tapi memandangkan kami ada class rep yang ganas sem ni, dia buat cadangan ambil gambar kat dalam kampus jek.
untuk sem ni aku terlalu busy dengan teater Muzikal Kampung Baru. walaupun ramai yang comment dan bagi kritikan, tapi aku tak kisah kerana aku rasa sangat puas dengan apa yang aku buat. aku rasa aku bukan nak tunjuk hebat dengan apa yang aku ada. cuma aku nak tunjukkan kehebatan yang orang lain tak ada. rasa sepanjang 3 bulan latihan, macam-macam pekara berlaku. biasalah kan dunia artis. ada luka sana, parah sini. tapi aku mantain beb. sebab aku tahu apa yang aku minat. dah kalau aku minat, aku boleh la buat. dan sekali lagi aku berbangga dengan team kali ni. hubungannya nampak erat mungkin sebab facebook. walaupun dah habis pementasan, kami still buat kepala bengong kat facebook. apa-apa pon, congratulation tu Mazlan Abet.
untuk pengetahuan semua, sem ni juga aku rasa assignment yang aku ada banyak semacam. sem ni juga lah aku mula malas nak buat assignment tu semua. kumpul dulu. esok nak hantar, malam baru nak bukak lappy. dengan harapan kalau join teater dan menyibukkan diri, dapat lah aku ala-ala kejar buat assignment. tapi sama jek. kalau bukak lappy pon, online facebook. hua..hasilnya assignment meninggi gunung. dalam masa 2 minggu kena siapkan 14 assignmentzzz! hebat tak? alhamdulillah, aku berjaya jugak siapkan semuanya. huh..lega.tapi, result sem ni ta tahu lah macam mana rupenye. mintak-mintak ok sahaja.
aku juga berjaya mengelakkan diri dari melibatkan diri kerja-kerja amal ni. macam yang aku pernah cakap masa akhir sem lepas. jadi, aku lebih relax sikit la. boleh melepak sana merambu sini. he...eh, lupa pula nak cakap yang sem ni aku ada bawa motor kesayangan aku. ex5 sahaja. jadi, aku boleh digelar mat rempit. wa. pergi makan kat kandang pon aku naik motor. sebab tu badan aku semakin membulat.sebenarnya tujuan aku bawa motor ke sini sebab nak balik umah akak aku every weekend. tapi dah busy memanjang, memang tak balik lah. kalau ada masa pon, aku membongkang atas tilam sahaja.
perkara aku paling malas nak cerita adalah evaluation pak agi. huh, suruh aku menyayi, bergurindam dan sajak bagai. lemah! aku dah lah mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian. bukan setakat ke laut, tapi ke lubuk dah suara aku campakkan. semua member hebat dengan main gitar, bergaya sakan. aku tak tahu apa yang aku nak buat. konsep yang aku guna adalah lantak lah kau. ada juga member rakam tapi aku tak nak tengok pon semua video tu. rasa benci menggunung. wakaka...apa-apa pon aku harap markah aku untuk yang itu cukup makan untuk aku dapat A. damn for it!
dan sem ni aku rasa aku paling ngam ngan budak kelas. setiap petang main ronders, sukan rakyat kat belakang blok. macam dah kat kampung aku rasa. dan selalu team aku akan menang. well! demi menunjukkan kami ni kamcing, rancangan mandi air terjun telah dirancang. kami pergi dengan bestnya. yang tak best apabila master planner jatuh dan kepala beliau bocor. lalalala... masa tu pon, aku merempit. naik motor jalan-jalan kL wey! itu pon kira best jugak la untuk sem ni. tapi aku nak mention, yang dekat puncak perdana ni tak ada yang main sukan rakyat. kalau nampak petang-petang ada budak setinggan main menjerit-jerit tu, kami lah. sampai satu masa, kami kene perambat dengan sorang makcik ni sebab bising. ala-ala kampung kan? :)
aku pon tak ingat lagi apa yang ada sepanjag sem ni. nanti bila aku ingat, aku update la ye. he :)
14 assignmen ? macammana diah list kan untuk aku 16.
ReplyDeletepatutlah sampai hari ni aku tak siap-siap lagi 2 tu.
akupon x kira sebenarnya
ReplyDelete