"AMPUN PAK"

malam itu sonsang. berbeza dari malam lain. aku di kamar seorang. layan lagu-lagu sex pistol dari speaker baru. niat ingin berkawan ni masih lagi tebal. aku tobros rasa ego.  keluar rumah dengan seluar yang ala-ala kain pelekat ke bawah blok. "elllllllo kawan" semacam tak pernah jumpa. malam itu, perbualan kami hanya berteman satu dua bintang. duduk kami lain. kaki diletak atas meja batu, ada juga yang mengangkang nak mendapat ruang yang selesa. teringat masa melepak di tepi jalan, bawah lampu neon dengan hiasan-hiasan motor. kalau ae cikaro, boleh masyuk juga. entah kenapa malam itu, tiada perbincangan yang menarik kami terjemahkan. mahu saja aku hadiahkan tali gantung pada semua kawan. tak ada idea, mahu ajak lepak. annoying pula aku rasa.
angin yang bertiup mengajak mata lentok seketika. "jom balik" sapa seorang kawan. alim juga perawakkannya. mahu angkat bontot. "ok, kita dah kena tangkap. kesalahan kita lepak tanpa segan" ketawa lagi..!
bukan mahu membangga, tapi kenyataan. yang tahan kami tu, bukan sahaja seorang navvy, malah beliau juga kerap terlibat dengan sukan yang pelbagai. senang kira, dia ni adalah atlet ulung la. "kruuuuuk" ngantuk kan cerita ni. "saya tahu kamu semua ni baik, handsome pula semua. malas lah nak panjang kan cerita. kamu angkat semua kerusi-kerusi ni angkat ke tempat lain" ceiiiit, apa punya berat lah kerusi ni. berkilo-kilo!! malam itu, yang longlai semua menegang. otot-otot jantan semua terserlah.
kawan A : keluar peluh malam pertama
kawan B : inilah peluh jantan
kawan C : aku tak bersalah
kawan D : rupa-rupanya aku lelaki
kawan E : comel kan kucing tersebut.
kawan F : (diam saja)
aku         : hai kawan-kawan.

#jangan melepak sampai ke pagi. kalian mahu guna banyak tenaga esoknya. ceit

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan