Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...
Kalau dah namanya cikgu, semangat hendak mencurahkan ilmu kepada pelajar pastinya tidak akan pudar. Tidak kira di dalam kelas, di luar waktu persekolahan, malahan semasa cuti persekolahan pun, semangat itu terus membara. Pelajar tanya apa-apa sahaja pun, pastinya guru akan cuba menjawabnya dengan sehabis baik. Tambah pula sekarang ini pelbagai aplikasi dan kemudahan Internet hanya di hujung jari. Bukan sahaja aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook, pengguna mempunyai bermacam-macam lagi teknologoi. Pada entri kali ini, saya hendak kongsikan kepada cikgu (baca sebagai: pendidik) di luar tentang perbincangan saya bersama pelajar-perlajar ketika waktu cuti persekolahan. Cikgu-cikgu boleh cuba menggunakan aplikasi Zoom. Aplikasi ini telah saya gunakan bagi menjalankan perbincangan bersama pelajar. Perbincangan ' face to face' ala-ala teleconference yang dijalankan berlaku di alam maya dengan membolehkan kesemua pelajar saya mengajuka...
Comments
Post a Comment