BABAK KATARSIS

aku bangun pagi hari ni. normal la, pagi ahad tak ada nak buat apa. kelas tak ada. sarapan pon baik tak payah.nanti lari budget aku. jadi, longlai langkahku menuju ke lappy uzur yang aku biar di atas meja. perlahan aku tekan suis. pagi-pagi begini, line internet mesti okay. online facebook la. tergerak hati nak bukak profile picture yang saban kali aku asyik tertukar sahaja. wow, lebih 35 gambar kat situ. "handsome juga aku ni" detik hatiku bongkak. dalam aku memuji diri sendiri, aku terlihat satu gambar adik kecilku. aku bertemu dengannya ramadhan yang lepas. dah mula nak melelah dah air mata ni.

 nama diberi uzer. kanak-kanak istimewa ini sungguh unik. senyumannya mengusik hati. walau sepatah perkataan yang disampaikan, aku tidak mengerti, riak wajahnya menambat hati aku untuk mengerti apa yang sedang dimadahkan. dia seorang yang manja. dalam hatinya tidak pernah murung. dia bebas. bebas ari sebarang masalah seperti kita.

hari ini aku serius. aku rindu. ciuman perpisahan yang uzer berikan sebelum dia bersama ibubapanya pulang ke rumah masih ku ingat sehingga kini. lambaian tangan yang uzer berikan cukup menggamit benakku sehingga hari ini. aku tak kisah. semasa uzer memberikan ciumannya, air liurnya melilih di pipiku. aku terima. aku tahu air liur itu tak jijik malah boleh jadi sesiapa yang memaki dan menyisihnya adalah lebih jijik.

aku yakin, mereka tak pernah nak hidup seperti ini. uzer, berusia 7 tahun namun segala gerak geri dan tingkahnya seakan kanak-kanak kecil yang belum bersekolah. aku pasti, uzer juga mahu ke sekolah, bertemu dengan kawan, bergelak tawa, berlari-lari, mengeja ABC dan menggelungsur di atas papan lunsur di sekolahnya bersama kawan.


comel kan dia.  terngiang pula telinga ni masa dia pegang mikrofon dan nyanyi lagu raya. dia tak rasa malu, segan dengan apa yang dilakukan atas pentas. apa yang dilakukan mencuit hati semua penonton. aku kembalikan memori lama aku. teringat masa kami tengok cerita upin ipin. masa dia tengok, dia atas riba aku. satu habit uzer ni, dia suka menggentel jari orang lain. seronok dia tengok cerita, dia tak sedar, jari aku hampir lumat digentelnya. nak tarik, dia makin tarik dengan kuat semula. biar kan saja lah adikku.

aku tak harapkan uzer akan ingat aku sampai bila-bila. aku faham kondisi dia. sebelum kami berpisah, aku bagi dia hamper. maybe memang rezeki uzer. sebab aku memang jarang dapat hamper cabutan bertuah. masa nak beri kat dia, senyum dia cukup lebar. sambil dia jerit "nak". tangannya dikembangkan luas nak mendakap hamper tu. perlahan dia ucap terima kasih.



ha, inilah hamper yang aku dapat tu. masa tu makin lama, makin jauh dan kusam. abang tak nak cakap banyak kat adik abang ni. abang cuma doakan adik berjaya. jangan sangka adik macam ni tak boleh berjaya.ada peluangnya.kenang abang dalam doa adik okay. salam sayang dan rindu dari abang.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan