KUASA adalah POWER

apa sahaja boleh! itulah yang calon-calon seronok lemparkan supaya kita undi diorang. aku baru selesai ikut satu program yang fakulti anjurkan. DEBAT CALON MPP. ceh, semua calon cantik-cantik. handsome-handsome. kalau tak bertanding semberono jek pakai. tak apa, satu cara juga tu. malam tu, semua calon bentang macam-macam yang dia nak buat. ada yang itu, ini dan sebagainya. semua nak buat. tapi aku dah dengar semua bende tu lama. calon yang lepas pon janji bende yang sama. tapi lepas dah jadi, ceit mana ada semua benda yang semua janji tu. tak apa, aku faham.mereka juga manusia biasa. tapi tak payah lah pum pam sangat buat manifesto tu. ah, tak kesah la apa pon.

dah hampir tiga hari aku duduk kolej ni bersama poster-poster mereka yang bergantayangan. nak pi kandang pon kene tunduk-tunduk. ada la tangan aku usap-usap gedik kat poster diorang masa jalan-jalan tu. eh, sekarang aku ada dengar, kita tak boleh ambil poster orang sesuka hati.betol ka? takut nyer...so, aku harap pada semua calon mpp, korang simpan la ye semua poster tu baik sebelum,semasa dan selepas pilihanraya ni.takut kene sue pulak nanti.

undi adalah rahsia. tapi aku harap, pada kawan-kawan fakulti aku, lebih baik kau undi yang bernama aku supaya masa depan korang terjamin.ceh, kau sapa nak tentukan masa depan kami wey?? mak bapak aku pon dah bagi kelonggaran untuk aku tentukan masa depan aku sendiri. okay, dah jauh menyimpang ni. sorry wey.

sekarang, aku lebih suka tengok kawan-kawan aku yang kata diorang ni underground. mcam-macam gelagat. aku rasa fakulti ada 6 calon bertanding. tapi diorang sebok dengan calon ke 7. mizz nina. wa,kalau izz nina bertanding pon aku akan undi dia. hot la wey! lagi satu, diorang ni jenis yang tak amek endah tapi berkobar-kobar di alam maya. kira politik alam maya la. status facebook, profile picture, entry blog semua berkaitan politik yang diorang ala-ala tak nak amek kesah ni. BAGUS kan.? tak lah nampak sangat hadap nya tu.

aku tak nak cakap apa, cuma nak bagi sedikit nasihat. nanti kalau dah berjaya, jangan lupa jenguk-jenguk orang kampung. mak ayah jangan dilupakan, kawan-kawan jangan terus tak dipandang, pelajaran jangan diabaikan. lagi satu, poster jangan lupa tanggal. semak la wey. 

so, ni hasil sepanjang aku jadi paparazi kat fakulti untuk beberapa masa ni. amatur:









demikianlah cerita dan kisah mereka yang nak kuasa. sekian

Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan