GILA BAYANG YANG MENERAWANG
"mak makan ubat.sekarang cuaca tak menentu. kalau mak rasa sejuk,mak selubung saja guna selimut. bagi peluh keluar. jangan buat kerja berat-berat sangat. kalau rasa sakit, terus suruh abang antar klinik ya. adik jauh."
tubuhku yang bergelintangan di atas tilam sejurus itu terus bangkit. dudukku resah. suara emak seakan susah hendak dikeluarkan. suaranya sekat-sekat. entah sama ada line problem ataupun sebab mak sakit.aku terus membatalkan niatku untuk mengadu manja pada mak akan keadaanku yang kurang enak badan. takut mak risau pula nanti. perbualanku dengan emak terpaksa ditangguhkan. maklumlah sudah lama tak top up telefon. aku masih ngantuk. namun mata seakan tidak mahu lelap. saat itu lah terbayang wajah emak.aku sudah lama tak pulang ke kampung. cuti semester yang lepas juga sama. sehinggakan mak yang datang ke sini. mak rindu. tapi mak tak cakap. mak datang sini terus sakit. sejak daripada itu lah mak selalu sakit-sakit. sudah berkali-kali mak keluar masuk klinik dan hospital selepas balik daripada melawat aku.aku serba salah. aku hanya boleh tahu berita hanya dari ganggang telefon.
"along, mak tak mahu makan ubat.tengah menangis kat hujung tu"
otakku pantas melukis keadaan tersebut. sayu hati. perbualan abang di kampung dengan kakak ku hanya mampu aku perhatikan. lukisan yang aku potretkan tadi aku mahu padam laju-laju tapi entah kenapa ia enggan mengusir.aku lewah. aku capai kunci motorsikalku. motorsikal ini mak baru belikan beberapa minggu lepas. katanya untuk aku guna masa di universiti. aku terima walaupun aku tahu bukan motor itu yang aku mahu. au capa selipar dan keluar dari rumah. cakap dengan along nak ke kedai sebentar. jarakku dengan rumah flat yang along sewa semakin jauh. aku parkir motor di kawasan taman. aku belek telefon bimbit yang aku pinjam dari kak yan. telefonku semua rosak. tak tahu kenapa. kata akak dan abang, aku memang jenis yang tak pandai jaga barang-barang. tapi mak kata lain. tak kisah lah. itu bukan hal sebanar. aku tekan keypaid yang ada.
"mamy"
mak angkat lambat sedikit. mungkin telefon dia jauh.panggilan pertama tak dijawab. pangglan seterusnya menyusul dengan suara sayu mak. mak memang pandai berlakon. dia pura-pura ceria. ingat lagi masa tu. ini kisah lama tahu. dalam beberapa bulan lepas. kak yan telefon mak tapi aku yang angkat. aku buat-buat sakit . konon-konon aku adalah mak yang sedang sakit. kak yan ni gelabah sikit. kalau dia tahu mak sakit, mesti dia akan membebel dengan mak. suruh makan ubatlah, apa lah. mak hanya tersenyum melihat aku yang seldang mentertawakan kakak ke tiga aku yang bekerja di CIMB itu. dan bila aku cuba telefon mak dalam beberapa hari selepas kejadian itu. mak pula mahu menyakat aku. tapi lakonan mak tak berjaya memperdayakan aku. begitu juga dengan lakonan yang cuba dilakukan pada saat aku menelefon dia di taman itu. aku tahu mak sakit. tapi mak cuba buat aku tak tahu perkara sebenar.
suara mak menggeletar. suara mak agak serak. tak sampai hati pula nak dengar lama-lama. perbualan kami singkat. aku harus lekas pulang ke rumah. mahu pergi kerja. sebab tu la aku tak pulang ke kampung cuti sem ni. cari duit lebih sikit. nak beli barang, tapi segan nak minta mak duit. akak pernah cakap kat aku yang ada seorang auntie kesayangan kami ni, suka cakap pada mak yang aku ni adalah seorang kaki bazir. yang hanya tahu minta duit dan gunakannya sesuka hati. masalahnya, bukan aku minta duit dia. apa da hal. dia pun bukan hebat sangat. labur duit juga pada anak-anak dia. lagi hebat daripada aku. hati aku merajuk. sebab itu aku mahu cari duit sendiri dan mahu beli barang yang aku inginkan dengan DUIT AKU SENDIRI.
"mak jangan risau, adik tak pernah marah kalau mak tak bagi adik duit untuk beli barang tu. sebab tu adik kerja.adik nak beli barang tu.adik nak sangat."
sekarang, jam tepat 0445. suasana gelap. sejuk dek penghawa dingin yang aku hidupkan. baru sebentar tadi aku panjat sebuah lori besar yang isinya PETROL PRIMAX 95. tinggi.
mak jangan risau, adik tahu jaga diri. setakat ni, adik boleh imbang lagi. adik tak pernah ponteng kelas dan masa di kelas, adik tak pernah tidur. cuma baru tadi adik tak datang program fakulti. adik tak minat ceramah-seminar bagai. jadi, adik tidur la di bilik. tak ada kaitan dengan kos adik. malas lah nak join.walaupun masa tu adik bukan ngantuk sangat.
apa pon, adik doakan mak sihat dan cepat sembuh. adik tahu mak tak suka baring atas tilam sahaja. mak kuat. mak jadi tak senang bila tak buat kerja. basuh baju, masak seawal jam 3 pagi, tebas lalang,bakar daun-daun kering. mak hebat kan. mestilah hebat,mak sebab adik ada kat atas muka bumi ni. sapa yang lahirkan adik kalau bukan mak adik ni.
mak, serius adik nak cakap, adik lapar. adik nak makan ASAM PEDAS mak. mak cepat-cepat sembuh ya. cuti nanti adik balik. adik balik dan nak tengok mak sihat.
"mata terus bergenang. aliran lesu untuk kekasih wanita terulung. sampaikan kasihku kepadanya melalui tinta luhur seorang anak bernama permata."
PERKENANKAN DOAKU YA ALLAH!!!
Comments
Post a Comment