hasil belajar tinggi oleh mak cik

kisah ini adalah perbualan seorang mak cik dengan pelajar. seorang pelajar lelaki yang kononnya memiliki pendidikan kelas A.
sila ikuti wacana ini.

mak cik : nak apa nak?
pelajar : bagi burger cik.
mak cik : tunggu sat na.

sambil pelajar tersebut menunggu dengan rakan-rakan, mereka berceloteh. sementara mak cik tersebut sedang gigih membuat burger yang dipesannya. mak cik tadi tekun. sekumpulan pelajar tadi ketawa terbahak-bahak. bercerita seperti seorang penglipur lara. keadaan di kawasan itu lengang. hanya suara ketawa mereka memecah sunyi. mak cik yang membuat burger tadi tak endah. tiba-tiba mak cik tadi menggeleng kepala.

sebabya? jom kita cerita... "...cu cite cu cite..." (sambil menggayakan tangan)


pertamanya, percakapan pelajar lelaki tadi menggunakan diri sebagai 'nok' dan 'nyah'

keduanya, topik yang perbincangkan adalah hal ehwal di dalam ranjang yang melibatkan kaum sejenis

ketiganya, mereka selah-olah mempertikaikan kebesaran buah dada masing-masing

seterusnya, mereka berlagak seperti berebut kekasih sesama sendiri walhal mereka adalah sejenis.

gaya mereka juga telah memualkan mak cik tadi. dan banyak lagi cuma mak cik tadi buat tak endah.

jadi adakah mak cik tadi melakukan perbualan dengan mereka?? rasanya kalau mak cik tadi tak berniaga kat tempat tu. tak da masa dia nak melayan semua budak-budak tu. inilah hasil belajar tinggi-tinggi. terlebih belajar katanya. sekian laporan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan