T O L O N G L A H

Kehidupan tak pernah mengenal penat. walaupun setiap hari kita sering mengeluh, namun kehidupan tetap berjalan seperti rutin sedia kala. dari awal kelihatan matahari sehinggalah terjumpa bulan. matahari tak pernah mengeluh, bulan tak pernah rasa nak tidur. sebab bila kita di sini dengan matahari, di sana dengan bulan. mereka ada shift.

aku nak terbang jauh. walaupun aku ni jenis yang takut, tapi aku nak cuba. tapi tak tahu macam mana. impian aku nak mendalami bidang sastera dan bahasa ni dengan mendalam. aku nak sangat pergi Indonesia, Universiti Medan. tapi aku tak tahu kenapa mak, akak dan keluarga semacam tak restu. ala, aku pun tak tahu macam mana nak pergi. tapi aku nak pergi sangat. nak duduk sana untuk beberapa tahun dan tuntut ilmu. 

salah sangat ke aku buat keputusan macam ni. tapi perjalanan aku masih lama. banyak lagi nak tempuh. diploma pun tak habis lagi. sekarang pun dah terkontang kanting ada hati nak melangkah jauh. macam mana kalau nak pergi tempat lain tapi masih dengan pembawakan seperti sekarang. memang lebur lah aku.

bagi aku, perkara paling penat dalam hidup ini adalah memikirkan masa hadapan. huh. kenapa aku tak boleh jadi seperti sebuah kehidupan? tak pernah penat! tolonglah realisasikan impian aku ni. tolonglah!


Comments

  1. well, aku pun bercadang nak sambung kat luar tp parents aku pun macam xredha je. bek tayah g. kang pape jadi susah kan?

    ReplyDelete
  2. aq nak pergi jugak.agak ade peluang x untk p indonesia tu??

    ReplyDelete
  3. harap2 apa yang ez ckp tu membuka peluang utk kita ke sana kan? *berdoa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan