bila korang di rumah

mentari dah muncul. kalau boleh nak senyum pada beliau.
hari ni hujung minggu. ramai kawan yang mungkin berada di rumah sedang meratah asam pedas. masakan apa, bukan isunya pada entry kali ni lah. sebabnya, hampir setiap kali nasi goreng dan lauk tambahan menjadi santapan aku dekat sini.

awal pagi aku bangun. walaupun air shower tu dingin, aku relakan tubuhku dinikmati olehnya. mana tidaknya, kolej sediakan paip kecil yang comel, aku patahkan. report sampai sekarang tak ada apa tindakan. tak rasa membazir form ke kalau suruh orang isi, pastu nothing?! itu kerja kalian lah.

selesai lipat lah alas syurga, aku sangkutkan di atas ampaian. mata kecil rasa sangat mengantuk. mata besar, sebuk menagajak mengintai blok hadapan. kadang-kadang aku argue juga dengan kecerdikan kolej ini. seakan mengajak aku ke lembah. ada ke patut diletaknya blok wanita rupawan di hadapan blok kami. alasannya, kami sudah besar. sebab dah besar lah, kita jangan bagi peluang. makin besar, makin panjang akal dan tindakan. maklumlah sekarang, bukan lelaki sahaja yang berani, mereka juga berani. buka langsir seluasnya, tayang selagi apa yang boleh. macam free show dah. tapi memandangkan pahala baru dicari, takkan lah senang nak kutip dosa kan. sabar2x...

impian untuk hujung minggu yang bosan ini, aku mahu mmbeli satu helikopter. nak pusing-pusing satu malaysia. wa, boleh jadi perdana menteri ni. melaksanakan gagasan satu malaysia. meninjau kawasan. sapa yang sudi jadi pemandu helikopter aku? sila daftar diri di laman portal rasmi aku yek. gaji, nanti boleh bincang.

beb, semalam aku pergi frinjan. ada awek cun wo! cik najwa latiff. "hope u guys like it!" gila lah. hampir luluh seluruh jantungku ke dataran laman budaya itu. kalau benar ianya luluh, akan aku kutip diberikan hadiah kepadamu, wahai cik adik manis. nasib baik sempat aku hilangkan kerinduan padanya. masuk saja pagar laman budaya, dia tengah nyanyi "cinta muka buku". bapak sweet muka dia. macam nak cubit-cubit pipi dia. I Love You, cik wawa.

uptown jom? maai, ramai gila orang kat sini.. sampai kerete dah tak boleh masuk. aku rasa, kalau aku jadi menteri jalan raya & what so ever, aku nak bina satu laluan kayangan supaya kerete-kereta yang sebuk parkir tengah jalan raya tu, tak menganggu perjalanan aku dan pastinya laluan orang lain juga. kat kayangan ada traficc light tak? bagi aku, binatang tu lah yang buat sesak. tak kisah lah. sebab aku dan sorang member aku ni naik motor, kami berhak melakukan cilok & baik punya cilok. walaupun dia tak hebat dalam hal ni. sorry geng!
ha bang, beli bang. harga rm40. harga member rm35. masyuk tak?
datang sini bang. beli lah. murah punya. jenis barang ni susah dapat kat sini. apa entah yang susah. berlambak jek kat situ.
aku bersuara. harga ni berapa bang?
rm50 jek dik. sapa abang angkat aku. bila entah, kakak aku kawen dengan dia.
bukan 45? adik angkat ni menjawab.
sunyi sepi. ada juga kena pelangkung kat situ. keputusannya, blah lah dari situ.

ok, ok, ok, ok.. dah lah balik jom! sweet kan? lalalallalalalalalalalalalala.... (^-^)

Comments

  1. btw, aku makan nasi kerabu kat rumah, aku tunggu manda bawa g melaka baru makan asam pedas.

    ReplyDelete
  2. first of all, terima kasih sebab baca. he :)

    aimi : yg penting aq suka mak aq masak. x kesah la kerabu or what so ever

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan