Posts

Showing posts from 2010

BilaBungaDiBalasDenganTAHI

TAHI ADALAH SESUATU YANG MENJIJIKKAN WALAUPUN SETIAP MANUSIA AKAN MENGHASILKANNYA. hidup aku sekarang didampingi oleh pendatang asing(PA). sama ada yang halal mahupun haram, aku tak tahu lah. sebabnya sehingga sekarang aku belum pernah berimpikan nak bekerja sebagai seorang imegresen.kerja aku sekarang adalah sebagai seoran manusia di muka bumi ini. punya mata dan telinga untuk menilai segala syak wasangka oleh warganegara. bila berbicara dengan mereka. "PA : orang Malaysia teruk. tak sama dengan orang kampung saya. Aku: Oh yeke. PA : Kampung saya mana ada perempuan sesuka hati dibonceng lelaki. mereka bukan suami isteri." Bila aku melihat di sudut luar kawasan, sebuah pasnagan yang sedang seronok dilamun asmara sedang mencurahkan nafsu bersama-sama. Kawasan awak pula. Takkan lah aku na cerita apa mereka buat kan. so, faham-faham lah. Macam mana nak aku pertahankan kisah Malaysia yang penuh dengan kesopanan dan tatasusila jika orang Malaysia sendiri yang menjijikkan nama M...

Soseh KEJAM!

dini hari.hariku semakin kusut.kusut yang aku cari.cari entah dari mana.ke mana arah tuju hendak dituju. dituju ke selatan, barat,timur mahupun utara masih kelam. kekelaman itu aku seluh.suluhan yang juga tak bermaya. alam maya ini aku titipkan. titipan tak tahu kepada siapa.kepada siapa yang sudi, silalah. sila jemput untuk mengetuk pintu hati. hati sedang lara dalam kesempitan. sempit dalam menutur langkah. langkahku bukan longlai tapi cergas. kecergasan yang aku bina bukan untuk kau. kau tidak ada makna dalam hidupku. kerana hidupku hanya ada aku. aku tak pernah mengenal kau. kau pula datang mengendeng tersipu dihadapanku jelek. kejelekkanmu tidak aku anggap sebagai sesuatu yang asing. keasingan dalam hidupku telah aku kategorikan. dan kategori yang sesuai untuk kau adalah jijik. maaf kerana aku mengahdiahkannya kepada kau. kerana kau yang pinta. meminta sesuatu anugerah daripadaku bukan suatu yang mudah. kemudahan aku selitkan hanya untuk orang yang sudi. dan kesudian itu a...

dot dot dot

DIAM... sekarang lebih baik diam jika tak mahu orang ketahui kelemahan diri kita. HEBOH... namun, sekarang aku mahu kecoh yang berat badan aku dah turun 3kg. ehem... :)

langkah

kini, gerak tari semakin angkuh. namun terkadang pincang dek lohong junam

AKU TAK BODOH

YA BETUL. "Saya curi duit hanya untuk membeli satu jam masa ayah untuk bersama saya"

Serupa

KITA SERUPA...

ini cerita zaman sekarang. kalau dulu?

lama agaknya tak update blog ni. maaf la sekarang busy dengan kerjaya.lalala... untuk entry kali seperti biasa cerita la pengalaman bekerja bersama mamat bangladesh ni. mereka okay. okay lah kot kalau depan bos. kalau belakang bos, ceh semua melepak.tak apa aku faham sebab mereka kerja pon 12 jam. sadis kan?tapi bukan itu yang aku nak cerita. sepanjang aku kerja di stesen petronas ni, aku dilarang sama sekali untuk bekerja di luar kawasan kedai. nanti ada pihak marah. so aku di dalam sahaja. penglihatan aku kini yakin tentang kepandaian kanak-kanak zaman sekarang. kenapa lah aku hidup dan lahir pada zaman dahulu.mana tidaknya, dulu mak bagi susu gantung sahaja. sekarang? macam-macam ada.itu satu, dulu kalau bole, mak aku nak ajar aku speaking jawa sepanjang masa. tapi disebabkan otak aku yang kurang cergas ini, aku mahir bahasa melayu dahulu dan hasilnya bahasa jawa hanya diketahui oleh aku sebagai siji, logo, telu dan papat...budak zaman sekarang? mama, " i want this ....

Cerita Cuti.

Image
poket kosong menyebabkan cuti semester kali ni kurang keghairahannya.bosan.cuti dah lama tapi menyebabkan banyak aktiviti yang mengunjung, aku biarkan dulu badan berlemak dengan keseronokan tanpa duit. 1) kursus kepimpinan JPNR UiTM Shah Alam di Taman Negara,Pahang. 2)Program Finishing School di Bukit Kiara. 3)Malan Pra Graduan di Kiara Equistrient Resost Malam Pra Graduan Kem Kepimpinan JPNR yang aku fikirkan aku join semua program ni nak berseronok dan enjoy. makan pon free. menjimatkan duit yang sedia kontang ni.secara keseluruhannya aku seronok.tapi aku ada belajar satu cotation hidup. "Jangan suka memerhatikan segala gerak geri orang lain kerana apa yang kita perhatikan akan menjadi perhatian orang yang kita perhatikan malah akan menjadi bahan bualan dari pemerhatian mereka" cop, lagu satu JANGAN BUAT PAYAH. okay, aku malas nak berceloteh pasal benda ni.sebab kalau bercerita akan sampai esok subuh walaupun sekarang baru pukul 9. start cerita dah ni.kau aku ...

hasil mata untuk hati

lagakmu megah. seperti seorang wira. ingin membentang warna gemilang. murni hasratmu. kau hadir dalam ketika orang lain menyusun cahaya. membawa segenggam kegelapan. untuk dihadiahi kepada pelusuk dunia. semaki keji. jejakmu kau anggap mulia. jejak kami kau murkai. fikirmu, kata, kau susun kemas. perintah, kau tutur lancar. gaya, kau persembah indah. cara, kau lontar molek. namun,bagi kami tidak. kerana kemurkaan yang kau beri. langkahmu kian menjauh. banyak kau sudah lalui. apa itu kualiti? bagi kau, YA. bagi kami, TIDAK. kerana kemurkaan yang kau beri. terkadang aku terfikir sejenak. kenapa aku begini. dan,  kau tak penah berfikir, kenapa kau begitu. kerana kemurkaan yang kau beri. TERIMA KASIH kau DARI kami. kerana kemurkaan yang kau beri.

sudah rezeki

:) mulakan dengan senyuman. ehem...salam keceriaan untuk pembaca. kalau ada lah. "tak apa lah dik. kami tak cari part-timer. sorry ye." aku berlalu kesal. "apalah. part-timer pon manusia juga" bisikan hati menderu. dalam hujan perjalanan ke puncak perdana jam lebih kurang 3 petang. hujan itu lebat. roda dua itu terpaksa berpatah balik menuju ke sebuah stesen minyak. hujan makin lebat. seakan tidak memberiaku pergi dari situ pada waktu itu. aku duduk.satu mamat bangla menghampiriku. senyumnya kelat. sesungguhnya aku benci akan bau badannya.memang menghilangkan selera makan aq. namun, sebagai pembawa edentiti negara. aku senyum padanya. kata-kata aku tidak difahaminya. aku tanya kanan dia jawab kiri. kan lain tuh. ambil keputusan sahaja untuk masuk ke dalam. berjumpa dengan seorang minah endon. aku cuba untuk bertanya padanya. cuba nasib mana tahu aku dapat kerja untuk penuhkan masa cuti sem ni. tak ada lah aku tidor, bangun, makan dan online saj...

SWEET SENGAT!

Image
ini adalah berdasarkan pemerhatian dan bila aku memandai. ramai dah wujud GAY sekarang. nak tengok kat mana? nak beritahu la ni... *area pemimpin (makan cili nanti pedas la.) *area bijak pandai/universiti/koleh dan lain-lain *area asrama/kolej kediaman atau sama waktu dengannya. *area sekolah sama jenis. *area dinding/pintu tandas awam. *area bus stop *area tiang elektrik *area lorong belakang *area lorong depan *area lorong kiri *area lorong kanan *dan mana-mana area. JADI, WASPADA LAH!

DANAU KASIH MAK!

Image
sajak ni sedikit mengingatkan aku kepada mak.aku rindu dia.semua kawan-kawan dah berada di rumah dengan keluarga.aku? keluarga juga tapi tanpa mak.aku mahu mak.sekarang aku sedikit manja dengan mak.aku tak tahu kenapa. teringat masa aku balik seminggu sebelum peperiksaan.apa yang aku nak mak tunaikan.nak nasi lemak, mak buat.nak nasi ambeng, mak turuti.dan agak mengejutkan aku bila mak sanggup melayan kerenah aku yang mengada nak bungkus nasi ambeng tu guna daun pisang.mak ikut semua permintaan aku.tanpa mak mengeluh. saat ini juga aku suka mengimbas kembali detik dulu-dulu.masa sekolah, aku bermasalah.aku sekolah jauh dari rumah.duduk di asrama.seminggu sekali mak akan datang menghantar makanan dan sedikit wang belanja.mak naik motor.pada satu hari mak dapat panggilan telefon,aku buat masalah disiplin.telefon bimbitku di rampas.pada masa mak nak balik dari sekolah,mak nyaris ditahan oleh roadblock polis.mak cakap, mak buat tak dengar dan terus pecut laju motor panduannya.mak tak a...

sarang burung

Image
kini aku blur. sangat blur.otak aku semacam sempit. tingkat 13 tinggi bukan?dan aku kini berada pada ketinggian tersebut.entry kali ni bukan nak cerita pasal gayat atau tidak. aku mahu bercerita bahawa aku bosan saat ini.tak tahu nak buat apa.lappy sahaja menjadi penemanku. online 27 jam. ini rumah kakak aku. cuti sem dah mula. memandangkan tak boleh balik kampung. (ada kursus n kena handel satu program) terpaksalah aku duduk rumah kakak aku ni. senang nak ulang-alik ke kolej. first day, seronok sebab aku dah berjaya dapat tahu macam mana nak ke rumah kakak aku. walaupun awalnya aku salah naik train. nak ke ampang tapi p sri petaling pula. :) sampai di rumah aku dah mula rasa pening lalat. mana tidaknya. terpaksa berdiri dari shah alam sampai ke sini.dah la bahu ada beg lappy.apa lagi, buat muka tak tahu malu, aku bersila saja dalam train tu.malam tu, aku diserikan dengan kemeriahan bunga api. suck! meriah la sangat. kepala aku pening ni! aku cuba intai.memang nampak. sekita...

SOALAN?

entah kenapa. soalan terus bergelumang. apa? kenapa? bagaimana? dimana? bila? siapa? kemana? dan bla bla bla. apa yang aku soalkan? kenapa soalan ni datang? bagaimana aku nak selesai soalan ini? dimana aku ketemu soalan? bila agaknya soalan ni nak berambus? siapa boleh tolong singkirkan soalan? kemana soalan ni selepas ni? dan bla bla bla

RITUAL masyarakat-KU

tertarik dengan dengan hal ini.banyak yang berlaku pada orang ramai.seronok menunaikan haji. "LABAIKALLAH HUMA LABAIT LABAI KALA SYARI KALA KALA BAIT " sayu sahaja bila mendengar seruan ni.tapi sedikit aku nak skop kan pada entry kali ini.entah kenapa aku tersentuh dengan sedikit ayat ni. "umat islam pada hari ini menjadikan pergi haji sebagai ritual" benar?rasanya boleh jadi juga. tengok la sekeliling.balik haji, masih sama.jadi? -masih lepak di kedai kopi. -masih lagi mengumpat sana sini -masih lagi berurus niaga ala-ala cekik darah. -masih berdandan seperti ala-ala diva. -masih lagi suka mendengar kisah-kisah loteri - dan masih masih masih... suka eh dapat gelaran haji tu?

CORETAN SEMESTER !@#$%^&*^$@

assalamualaikum.alhamdulillah.sudah tamat untuk tempoh semester kali ini.lega rasanya. agak tough la sem ni.sedikit sukar bag aku.baik dari akademik mahupun kehidupan.aku tak mahu cerita panjang.cuba untuk list -kan apa yang aku dah lalui... - pertama kali menjadi abang PM (pembantu mahasiswa). pengalaman yang best .kerja kuat tapi ada baloinya sebab jadi glamor sekejap. - aku dapat merasakan gaya pemakaian aku berubah pada awal sem.lebih smart la sikit.semangat tu awal-awal sem jek. - Banyak kerja persatuan yang kena buat. Tapi entah kenapa sem ni aku malas nak buat sangat. So, jadi backup jek.sorry to all of you. (bubur tautan ukhuwah,Malam Lagu, Kopi & Puisi, Hari Anugerah etc.) - kehidupan yang boros. Asek keluar jek. Tengok wayang, karoke. dan aku tak tahu sejak bila aku kuat shoping!Huh... -Berpindah rumah. Terpaksa tinggalkan rumah lama sebab memikirkan kerja kononnya. Sorry kawan. Rumah atas air kecik la. Selfish kan aku? Yes I am . - Konflik persahabatan melanda. Mala...

aku dia dan kisah kami

rindunya.masa tu, kita sekolah lagi.kita kelas lain.awak kelas lain. awak kelas pandai.saya tak lah sangat.tapi saya ok dalam periksa. jadi, dah takdir saya dapat masuk kelas tambahan bersama awak. jujur saya cakap, saya tak kenal awak sebelum tu. muka awak baik.suci je. sedap mata saya tengok. senyum awak, suara awak,jalan awak dan cara awak gelak. boleh buat saya ketawa je. saya janggal.masuk kelas pandai-pandai ni. saya selalu perhatikan awak.awak tak perasan. mungkin masa tu saya shock sendiri lah.kasihan saya kan?datang kalas. hari demi hari saya datang. tapi suatu hari saya berjaya berselisih jalan dengan awak di sebuah tangga. saya tengok awak. awak tak kot.saya tak perasan lah.saya cuba cakap sesuatu dengan awak. tapi saya takut. sebab kawan awak ramai. saya pun bukan kenal dia orang.entah kenapa saya perasan awak perlahankan jalan.saya terlepas cakap yang saya suka awak.saya malu.awak tak ada respon pon.awak tahu, betapa gembiranya bila saya dapat nombor telefon awak. saya san...

subtext.

Image
huh.nak pindah lagi. semacam nomad dah hidup nih. rumah jauh.ingat senang ke nak pindah randah ni. kenapa lah tak boleh stay tempat yang sama je sampai abes belajar. so, untuk memudahkan kami sebagai pelajar, pihak kolej ada sediakan stor untuk kami humban barang-barang.nanti next sem ambil semula la.tapi dengan syarat, kami perlu memasukkan semua barang2 kami dalam KOTAK. jadi, aku perlu cari kotak. kotak...push...kotak! (mengerang) suatu pagi di rumah akak.bercadang mahu mencari.nasib menyebelahi aku apabila kakak memberitahu bahawa jirannya ada menjalankan perniagaan kotak.so, bergegas ke rumah beliau. kalau dah nama perniagaan, mesti lah nak ambil kotak kena bayar.jadi... makcik : nak banyak ke? aku: barang sikit sahaja.bagi la dalam dua. tiga kotak. makcik: la ingat nak 10 kilo ke. huh.ambil ni! aku: berapa ringgit ni? makcik  : tak payah bayar lah. kalau nak bayar sangat, payong makcik KFC jek. ha??? maksud?

dangerous

dunia sekarang. tak kira kat mana pon. bile kita ada nama, ada kuasa, semua jadi milik kita. kata-kata kita orang dengar. boleh mendajal sesuka hati. yang di bawah jadi balaci. apa mahu jadi?

KES

Image
indah kan?sejuk, best.bergembira sampai tak ingat dunia.tapi lepas gembira... diorang jerit ALLAHUAKBAR kuat2.! mesti cemas.sadis.kes kemalangan kat genting highland.huh semacam cuak pula nak pi sane.cadang nak pi sane ngan member next sem. tapi ingat kata someone. semangat aq pulih semula. kalau nak meninggal? selangkah kaluar rumah pon boleh sampai ajal kalau dah time.kalau meninggal terus tak apalah. ni yang hiruk piruk, calar balar dan lebam lebum tuh. kan susah hidup. terseksa hidup.namun, aq menjadi tertanye-tanye sendirian. * kenapa pemandu bas tu boleh lepas bawak bas kalau tak ada lesen? * macam mana bas tu boleh tak ada brek? pelik! masa awal2 ada kan? * kenapa banyak sangat kemalangan kat situ? boleh tak ratakan sikit genting?!  *dan...kenapa ader kes yang bodoh! kes bodoh (ader ke patut kau pi samun budak tu. dia dah la eksiden. berdarah-darah.pastu kau boleh curi hp dy la ape lah. tak ada hati perut ke? pastu kau tinggal budak tu sesorang.kalau budak tu mati ten...

kera nak bagi bunga

apalah.  sakit mata telinga. dapat percuma. kau jual buat ape? pastu sebok kata kene curik la apelah. kan nampak masalah kan. bagi la pada yang memerlukan. kata rakyat didahulukan. pelajar IPT juga rakyat. dan mereka masih xada. x ada bende yang kalian beri pada mereka. 'rakyat' juga memerlukan. malah lebih memerlukan. sekian. harap diusul.

dia hebat!

Image
 shuhada,(4) dulu aku pernah bercerita tentangnya. anak kecil bernama Shuhada, 4 tahun usianya.sedang duduk menekan telefon mamanya.tekannya ganas. mulutnya muncung-muncung.sedang menghayati game yang sedang dimainnya.tiba-tiba dia bangkit ke arah mama yang sedang duduk membelek-belek suratkhabar. shuhada: mama.kenapa game ni x bergerak?! mama: kakak asek main jek.nanti rosak.jem dah tu. shuhada: (diam) mama: jangan main lagi.nanti mama tak boleh telefon kakak. shuhada: alah, ape susah.kalau telefon ni tak boleh telefon,mama mesej jek la. papa: (muke bengkek jek)   hari ini,pak usu (aku la tuh) balik ke rumahnya. biasalah,kakak aku panggil aku adik.maklumlah aku kan anak bongsu. shuhada: mama, bila pak usu nak balik ke kolej dia? mama: pak usu baru sampai.kakak dah asek tanyer bile pak usu nak balik.tengok anak sedare kau ni dik. aku: (bengang jek.pakkal jek dok umah dia) shuhada: mama,mulai sekarang mama dan papa kena panggil kakak,adik. mama: eeh?! shuhada: yek la.kak...

berdarah

Image
malam yang sunyi.aku jumpa dengan seorang wanita.cantik.sungguh cantik.menggoda aku.dia relik mata dia pada aku.aku ekori dia.dia menoleh ayu.senyum diberikan.aku menghulurkan tangan.langkahnya pantas meneruskan perjalanan.aku pelik.aku tetap turuti perjalanan dia.di sebuah lorong,dia belok kiri.hatiku berdegup kencang.kemana agaknya pergi wanita itu.aku cari.di hujung susut suram itu, dia tersenyum.aku melambai tangan tanda isyarat menyuruh dia menungguku.aku berlari anak.dia menunggu aku. wajahnya tersenyum lembut.kecantikannya membuatkan aku semakin luluh.aku mendekatinya.perlahan aku pegang tangannya.dia malu-malu.ditundukkan kepalanya.tiba-tiba tangannya berdarah. aku tak buat apa2!aku cuma pegang sahaja.tangannya berubah menjadi pucat.darah mengalir semakin banyak.wajahnya sakit.dahinya berkerut menahan sakit agaknya.dia ingin mengerang, namun,suaranya tidak mengizinkan.dia rebah.aku panik.tubuhku mengikuti lentok tubuh wanita  itu rebah.aku memangkunya.cuba mengangkatnya....

no tittle

aku termangu. melewati hari sepi sendirian. semakin songsang pemikiran. aku semakin hipokrit dengan diri. kiri dan kanan penuh noda hadapan tertutup belakang sudah menghalau. maafkan aku semua.

tabiat dan buang tebiat

cerita yang sama, isu yang sama cuma keadaan berbeza. jalan-jalan untuk pulang. pertama,pulang ke kampong (di kota) si selekeh: boleh bagi saya RM1. Saya tak cukup duit nak balik kampong. RM1 je. si tua 1: (memberi.simpati) si selekeh: yang sebelah tak nak bagi? bagi la. buat apa simpan duit banyak-banyak.RM1 jek. si tua 2 : (senyum dan hulur) si selekeh: adik? aku: (memandang kepada dua si tua dan geleng kepala) beberapa minit kemudian, si selekeh membawa banyak barang-barang kosmetik dengan wajah gembira  lalu di hadapan aku. peristiwa berlanjutan (stesen bas) seorang pemuda duduk rapat di sebelah aku.menggentel tangan manja. pemuda:adik.kalau abang cakap jangan marah.jangan marah sebab abang duduk sebelah adik. aku: ok. kenapa? pemuda: abang nak balik kluang,tak ada duit.boleh bagi abang RM5 aku: sorry la bang. saya pon tengah pokai. pemuda: RM2 pon boleh la dik. aku: sorry bang. tak ada. dia blah dari situ.bila aku nak naik bas.aku tengok pemuda tu sedang duduk sebe...

bantuan atau kemusnahan?

Image
balik kampung. tak tahu nak buat apa.jalan-jalan rumah jiran. ceh dengan harapan. masuk umah ada kuih raya lagi. makan aje la. sekarang felda aku sedang tergempar dengan kes pocong. katanya LUPA NAK BUKAK TALI. so, orang felda cuak tak nak kuar malam. tapi aku kuar malam-malam still ramai lagi bebudak merayap. merokal. sebagai contoh aku. jam sebegini masih di cyber. almaklumlah line kat sini kurang memuaskan.tahniah kepada ma**s.membazir jek aku bayar setiap bulan.ok start balik crita. cerita bermula apabila si jiran emmanggilku ke rumahnya.mahu meminta tolong berkaitan IT. tak lah pandai sangat tapi berdasarkan pegalaman dan ilmu yang aku ada, boleh la. spm pon aku dapat B3 beb. hebat la tuh.ingat mahu tolong apa. beliau keluarkan netbook dan tanya pasal facebook. aku buatkan jek la.tolong jiran la katakan. sambil aku menolong, aku pon melakukan sedikit temubual. almakulumlah cita-cita sekarang nak jadi wartawan. berikut merupakan sesi perbualan kami : AKU : Beli mana netbook ni? ...

kalau tak buat...mati!

huh. keluh kesah.sakit juga bila kita tak buat sesuatu yang kita dah selalu buat.paham tak?paham-paham kan la.hari ni aku tak tahu nak buat apa lagi. dah study week, assignment semua dah submited. hari isnin pagi. sedang seronok bermimpi, aku terbangun pagi. alamak, kacau betol. mana ade kelas hari ni. sebab dah biasa kan.terpaksa la aku buat bende yang bebukan pagi ni. after that aku nak on9. sebab kalau dah xde keje sangat, memang ni la kerje aq, tapi masalah sekarang, lappy aq pade seorang sahbat. tengok, macam mana kalau minda dan tubuh aq dah dikawal oleh schedual hidup aq sendiri.aq tak rancang. macam program dalam diri aq dah di set. siapa yang set? hehe...biarlah rahsia. bila tengahhari, tekak nak makan. padahal perut kenyang. but, still nak melantak lagi. ape kes?bukan kisah sangat tapi poket dah haus.so, disebabkan makanan tengahari lebih penting, sarapan tak payah lah. sebab aq x set nak makan pagi. Jimat di situ. tapi masalahnye sekarang, aq dah cube set xnak makan malam. t...
Image
populariti. dikejar dan dicari? apa guna kalau kita tak pernah tahu apa makna disebalik semua tu ok. tengok. populariti memang best. memang akan membuatkan kita naik dan of corse glamor. semua orang akan mengejar bila melihat kita. semua akan terpekik terlolong bila memandang klibat kita semua akan memberi respon dengan apa yang kita katakan. dan semua orang akan gila dengan langkah kita. namun, bila kita sedari, semua benda ini membuatkan AKU rimas. aku tak tahulah kau orang tak. aku tak pernah berimpikan jadi sedimikian. aku rimas. aq ke kanan orang pandang kanan aq ke kiri orang pandang kiri sebab tu aq suke life aq skang ni. sebab bila aq pandang kanan orang pandang bawah. aq pandang kiri orang pandang atas. tak siapa lihat aq. aq bebas. but ada golongn bangsat yang mengaku diri ARTIS selalu memandang aq. dan ada suara langau yang mengata bila aq lalu berhampiran mereka. ni lah diva negara yang tak semenggah.

what the FuCk

Image
amek kau! apa? mulut aq macam p****ak? kau tanye mak kau, betol ke cam mulut aq bentuk mak kau punyer! hahaha... ape masalah la dengan kau ni. aq nak bagi kau sedar sikit. law kau tak kasi orang berbicara pasal kau, kau juga jangan cerita pasal orang. kau ingat kau sapa? hello, orang pon ada hak nak ngata kau lebih teruk dari kau kata orang ok! tu lah, mulut lembik. yang kau pergi terasa ngan ayat aq kenapa? makan cili? no wonder la. sape suruh. dasar. eh, kau pikir, kau siapa? senior? ah, aku tak pernah mintak tolong kau. so, what? dasar anak ha**m!

aku tak suka

kini aku seorang duduk di rumah dalam kegelapan entah sejak bila aku suka gelap. bagi aku terang membuatkan orang nampak aku. aku tak suka itu. kerana bila orang nampak aku, aku perlu ada rasa control control dari diri aku. aku tak suka. kawan, mak,abah,pensyarah dan yang lain ada kata supaya aku jadi diri sendiri. kalau aku nak jadi diri sendiri, aku akan terus di takuk yang lama. so, how? aku pening.

b.e.a.t

Perit Bila dia di atas, kami dibawah. Kata merupakan perintah Yang jijik di sanjung tinggi. Entah sampai bila...

cerita A+B+A+H

Image
hari ini aku ada koko.mesti korang akan tergelak dengan koko aku. sebab sem ni aku ambil pengurusan keluarga. tak apa lah.aku dh boleh kawin..hehe...tambah ilmu.tapi aku selalu lupa akan kelas tu sebab ustaz buat malam khamis. dah hampir tiga kali aku lupa. hari ni adalah hari yang mendebarkan aku. aku perlu membuat pembentangan di surau. sudah lama tak buat sedemikian. rindu masa asrama dulu. aku adalah antara orang yang rajin membebel memberi ceramah kat depan.tapi tu dulu. tajuk yang aku bawa adalah cara mendidik anak-anak dalam islam.kami hebat.malam nak bentang,petang baru cari bahan. itu pun aku yang cari.kalau tak, melopong la aku dan yang lain kat depan kekawan lain. habis bentang, ustaz kongsi la sedikit dan elaborate tajuk kami. aku tersentap sebab ayat ustaz. kecik-kecik orang yang paling rapat dengan kamu adalah ayah tapi semenjak masuk ke alam remaja, kalian seakan membina jurang dengan ayah, apa yang ayah buat,kamu sekan tak ambil peduli,ayah pulang kerja kamu abaikan (us...

kerja bodoh? (tak sentap and above)

Image
**buat yang cepat sentap, jangan baca! sepi...senyap...inilah masa yang aku tunggu.ilham datang pada masa sebegini.sekarang ni aku cuba mengajak jari untuk berdansa sekali dengan kekasih kesayanganku, lappy. entery kali ini PEDAS sedikit. aku tak kisah kepada yang terbaca.itu hak kalian untuk menilai. aku bertutur atas landasan penglihatan. dalam kebelakangan ini, banyak benda yang belum satel. diri kelam kabut. kusut masai. namun mata masih mampu melihat sekeliling.kadang-kadang jijik melihat GOLONGAN yang rasa diri mereka hebat. hebat kan? memandang orang seakan orang lain tak mampu buat apa-apa. so, apa yang korang boleh buat?buat jek la. apa sebok dengan hal orang?eh, hello. orang nak berjalan dengan tangan kat bawah pon suka la.apa da hal?asalkan orang tak kacau hidup kau. kau belom keluar kat dunia luar. so, jangan rasa HEBAT sangat.banyak lagi yang hebat dan ada yang lagi hebat daripada kau. jadi, lepas ni jangan nak pandang orang atas bawah kalau lalu sebelah. lagi GOLONGAN y...

maafkan saya, sayang.

Image
hari ini aku semakin lewah. dalam mencari ketenangan dalam hati, satu persatu masalah kian mencemburui menjengah. jengahan itu lantang. aku semakin penat. malas nak melayan kerenah. apa dosa yanga ku lakukan. sekarang jam 3.15 pagi. aku sendirian di bangku biru. menghadap laptop yang menjadi teman setia ku di saat begini.aku sudah layak tidur. namun, mata tak mahu memujuk nafsu. aku kian bangkit dari rebahan. menerawang di uncang fikiran. ada burung merpati, burung tiong. "burung apa? burung apa? burung apa? teringat pada mak dan ayah di kampung halaman. saya rindukan mereka namun saya bukan anak berada nak pulang ke kampung halaman setiap hujung minggu. rumah akak yang sekangkang kera juga tak sempat aku lewati walaupun aku tahu aku boleh. keadaan tidak mengizinkan.aku PUNYA MASALAH . masalah yang pernah menjengah kini datang lagi melawat diriku. entah sampai bila.! aku tak tahu. mungkin esok, seminggu, sebulan setahun atau selamanya? aku sayang kau namun aku tak boleh sembunyi ...

sastera ini tak gampang!

Coretan seni gampang ini. Kehalusannya dipandang enteng. Terkapai-kapai mencari pelusuk bantuan. Kiri kanan hanya pengabaian. Omong kosong hanya dilihat pada aturan bibir. Itulah dilema aku seorang pembikin filem. Kebanjiran idea. Tapi dianggap sampah. Dimurka dengan cacian. Dikeji dengan makian. Aku aturkan satu persatu. Dibelek naskah ilmu sejenak. Menokok menambah agar menjadi sebati, Antara keinginan dan kemahuan. Semakin longlai golongan sepertiku. Sorotan ini berpanjangan. Wang kini menjadi habuan. Tiada lagi estetika dalam kesusasteraan pembikinan. Semuanya dihentam dan diterbak kontang. Aku hampa. Kelewahan aku kini jelas. Terdampar di seluruh benakku. Akur sendirian tanpa harapan. Kini aku diam. Hanya menunggu dan memutar kotak fikiran. Mengimbau usaha abah dan emak. Mempertahankan bahasa kononnya. Apa hasilnya? Sastera kini buas. Buas dan mahukan bebas katanya. Sehingga mampu memecahkan dunia. Menghuru harakan suasana. Itu kebebasan? Kejijikan asing dianggap mulia. Kemuli...

"diari anak merdeka" on 31st august @ PUNCAK PERDANA

Image
Hembusan pawana pagi itu meracau. Amin, seorang anak kecil yang sedang membawa usianya ke alam persekolahan duduk termangu. Membelai lembut rambutnya sendiri. Sikat yang dipegangnya dibelek-belek penuh teliti. Menceraikan rambut yang terselit di celah-celah gigi sikat. Rambut ini kepunyaan mama mungkin. Datin Zuri mama Azam yang juga seorang pengetua sekolah cemerlang di negeri Selangor. Dato’ Sufir adalah bapa kepada Azam yang bertugas sebagai wakil rakyat. Tugasnya berat. Seberat tugas seorang pemimpin negara. Azam merupakan anak tunggal hasil daripada carutan kedua mempelai ini. Sejak 10 tahun perkahwinan, Azam adalah satu-satunya anak yang dibelai dengan habuan wang ringgit. Kesibukan Mama dan Papa membuatkan Azam hanya mengendeng kasih dengan bibik, Ibu. Ibu merupakan ammah yang sudah bertugas dengan keluarga Dato’ Sufir sejak Azam mula merengek mengenal udara bumi. Azam menggosok mata perlahan. Habuk mengganggu kerdipan manja anak kecil itu. Perlahan pintu pagar elektrik terbu...