Soseh KEJAM!

dini hari.hariku semakin kusut.kusut yang aku cari.cari entah dari mana.ke mana arah tuju hendak dituju. dituju ke selatan, barat,timur mahupun utara masih kelam. kekelaman itu aku seluh.suluhan yang juga tak bermaya. alam maya ini aku titipkan. titipan tak tahu kepada siapa.kepada siapa yang sudi, silalah. sila jemput untuk mengetuk pintu hati. hati sedang lara dalam kesempitan. sempit dalam menutur langkah.

langkahku bukan longlai tapi cergas. kecergasan yang aku bina bukan untuk kau. kau tidak ada makna dalam hidupku. kerana hidupku hanya ada aku. aku tak pernah mengenal kau. kau pula datang mengendeng tersipu dihadapanku jelek. kejelekkanmu tidak aku anggap sebagai sesuatu yang asing. keasingan dalam hidupku telah aku kategorikan. dan kategori yang sesuai untuk kau adalah jijik.

maaf kerana aku mengahdiahkannya kepada kau. kerana kau yang pinta. meminta sesuatu anugerah daripadaku bukan suatu yang mudah. kemudahan aku selitkan hanya untuk orang yang sudi. dan kesudian itu ada pada kau. kau sering jinjing mulut untuk kau tabur. taburan kau bersepah. menyepah sehingga menjadi sampah. menyampah pula aku jika memikirkan apa yang kau lakukan. kelakuan kau boleh diibaratkan sebagai seperti susur kaki lima yag hanyir dengan sisa buangan. pembunangan bayi mungkin. kemungkinan boleh jadi lebih teruk dari itu.

itu cerita kau. aku hadiahkan khas unuk kau. sedarlah wahai kau.
KAU HANYA PENDATANG

Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan