sastera ini tak gampang!



Coretan seni gampang ini.
Kehalusannya dipandang enteng.
Terkapai-kapai mencari pelusuk bantuan.
Kiri kanan hanya pengabaian.
Omong kosong hanya dilihat pada aturan bibir.
Itulah dilema aku seorang pembikin filem.
Kebanjiran idea.
Tapi dianggap sampah.
Dimurka dengan cacian.
Dikeji dengan makian.
Aku aturkan satu persatu.
Dibelek naskah ilmu sejenak.
Menokok menambah agar menjadi sebati,
Antara keinginan dan kemahuan.
Semakin longlai golongan sepertiku.
Sorotan ini berpanjangan.
Wang kini menjadi habuan.
Tiada lagi estetika dalam kesusasteraan pembikinan.
Semuanya dihentam dan diterbak kontang.
Aku hampa.
Kelewahan aku kini jelas.
Terdampar di seluruh benakku.
Akur sendirian tanpa harapan.
Kini aku diam.
Hanya menunggu dan memutar kotak fikiran.
Mengimbau usaha abah dan emak.
Mempertahankan bahasa kononnya.
Apa hasilnya?
Sastera kini buas.
Buas dan mahukan bebas katanya.
Sehingga mampu memecahkan dunia.
Menghuru harakan suasana.
Itu kebebasan?
Kejijikan asing dianggap mulia.
Kemulian bahasa sendiri dianjing?
Mana keadilan yang dipejuang dulu?
Tugasku cetek.
Onar ini cuba aku hentikan.
Agar kemusnahan terhenti.
Kerana aku akan menceritakan duduk perkara.
Sebenar sejahtera.
Walau dalam susur galur penceritaan.
Aku susun aku reka agar dilema aku terhenti.
Damai sastera damailah aku.




Comments

  1. "Itulah dilema aku seorang pembikin filem."

    ceh ceh, kata tak minat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc