cerita A+B+A+H

hari ini aku ada koko.mesti korang akan tergelak dengan koko aku. sebab sem ni aku ambil pengurusan keluarga. tak apa lah.aku dh boleh kawin..hehe...tambah ilmu.tapi aku selalu lupa akan kelas tu sebab ustaz buat malam khamis. dah hampir tiga kali aku lupa. hari ni adalah hari yang mendebarkan aku. aku perlu membuat pembentangan di surau. sudah lama tak buat sedemikian. rindu masa asrama dulu. aku adalah antara orang yang rajin membebel memberi ceramah kat depan.tapi tu dulu. tajuk yang aku bawa adalah cara mendidik anak-anak dalam islam.kami hebat.malam nak bentang,petang baru cari bahan. itu pun aku yang cari.kalau tak, melopong la aku dan yang lain kat depan kekawan lain. habis bentang, ustaz kongsi la sedikit dan elaborate tajuk kami. aku tersentap sebab ayat ustaz. kecik-kecik orang yang paling rapat dengan kamu adalah ayah tapi semenjak masuk ke alam remaja, kalian seakan membina jurang dengan ayah, apa yang ayah buat,kamu sekan tak ambil peduli,ayah pulang kerja kamu abaikan (ustaz, 2010). kalau dulu abah nak pi mana-mana aku akan merayu nak ikut.kadang-kadang sampai menangis. dulu juga tak ada siapa akan berjaya memujuk aku jika ada apa-apa berlaku melainkan abah. aku tak tahu kenapa. aku akan menunggu abah datang untuk mengambilku dan membawa aku keluar rumah.aku rapat dengan abah. aku tak tahu kenapa.adakah perkara yang sama berlaku pada orang lain?benarkah apa yag diperkatakan oleh ustaz?aku bingung.kadang-kadang aku cuba untuk berborak dengan abah. tapi sukar. aku mahukannya.kalau boleh, aku nak peluk abah, nak dibelai seperti dulu.nak manja dengan abah. kadang-kadang aku terkilan bila melihat sekeping gambar raya. abah memelukku tersenyum. aku boleh menangis juga boleh tersenyum. aku sadis. aku sayang abah. tapi untuk meluahkannya, aku malu. bukan malu.tapi aku rasa tak boleh lakukan. eh, aku dah besar. takkan la.tapi ustaz yang kata macam tu. kalau dah remaja seakan menjauhkan diri dengan orang tua.aku terkilan bila melihat sesetengah ayah orang lain yang mengambil anak mereka, menghantar mereka kembali ke kolej. aku perhati. ada ayah yang memeluk dan mencium dahi anak mereka. aku mahukan. tapi, setiap kali aku pulang ke kampung aku hanya berjaya mencium tangan abah. itupun kalau aku ingat nak salam. sebab aku akan sampai ke rumah dan berjumpa emak exactly. abah di kedai. pulang dari kedai lewat malam.kadang-kadang terjumpa kadang tak. bile jumpe esok pagi abah juga dah pergi kedai. nak salam pon cam bende tu dah tak payah salam. basi kot. patutkah?aku pernah terpikir.aku bukan anak yang baik. aku bukan anak yang mungkin tak tercapai impian abah dan emak. tapi, sampai sekarang aku tak tahu apa yang abah dan emak mahukan dari aku. berjaya tu dah taw. jawapan klishe. jawapan yang lebih deeper. aku nak tahu. tapi cam mana nak tanyer ha? mak erna cakap, dia tak kisah kalau aku nak jadi apa sekalipun asalkan boleh bahagia. kalau cam tu, jadi student kan bahagia. duit masuk setiap bulan. kalau tak cukup, xpayah makan,xpayah enjoy dan kalau lebih baru boleh enjoy sakan. macam tu kah? BUKAN la.aku semakin blur la.kepala pusing.abah, maafkan adik k. semenjak peristiwa itu, adik seakan kehilangan abah. adik mahu abah datang bila adik kesusahan,mahu abah belai kepala adik, bila mata adik melilir air.adik mahu abah pujuk adik bila adik menangis. adik juga mahu abah tarik tangan adik perlahan bila adik bersembunyi di belakang rumah.adik sorang-sorang sekarang.abah boleh datang?datang dalam mimpi adik malam ni pon ok. adik nak sangat dapat peluk abah.peluk kuat-kuat. sekuatnya. bila bangun esok, abah boleh la lepas. mungkin pada masa tu, rindu adik dah tahap 30%. sudah cukup mungkin untuk adik saat ini. boleh abah...?adik amsuk tidur dahulu...jumpa sana ya, abah.

Comments

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc