hasil mata untuk hati
lagakmu megah.
seperti seorang wira.
ingin membentang warna gemilang.
murni hasratmu.
kau hadir dalam ketika orang lain menyusun cahaya.
membawa segenggam kegelapan.
untuk dihadiahi kepada pelusuk dunia.
semaki keji.
jejakmu kau anggap mulia.
jejak kami kau murkai.
fikirmu,
kata, kau susun kemas.
perintah, kau tutur lancar.
gaya, kau persembah indah.
cara, kau lontar molek.
namun,bagi kami tidak.
kerana kemurkaan yang kau beri.
langkahmu kian menjauh.
banyak kau sudah lalui.
apa itu kualiti?
bagi kau, YA.
bagi kami, TIDAK.
kerana kemurkaan yang kau beri.
terkadang aku terfikir sejenak.
kenapa aku begini.
dan,
kau tak penah berfikir,
kenapa kau begitu.
kerana kemurkaan yang kau beri.
TERIMA KASIH kau DARI kami.
kerana kemurkaan yang kau beri.
setiap manusia punyai peluang kedua dan kemaafan daripada kita.
ReplyDeleteentry best < http://koriieleys.blogspot.com/2010/11/blog-walking.html
thax..akan cube..
ReplyDelete