ini cerita zaman sekarang. kalau dulu?

lama agaknya tak update blog ni. maaf la sekarang busy dengan kerjaya.lalala...
untuk entry kali seperti biasa cerita la pengalaman bekerja bersama mamat bangladesh ni.
mereka okay. okay lah kot kalau depan bos. kalau belakang bos, ceh semua melepak.tak apa aku faham sebab mereka kerja pon 12 jam. sadis kan?tapi bukan itu yang aku nak cerita.

sepanjang aku kerja di stesen petronas ni, aku dilarang sama sekali untuk bekerja di luar kawasan kedai.
nanti ada pihak marah. so aku di dalam sahaja.
penglihatan aku kini yakin tentang kepandaian kanak-kanak zaman sekarang.
kenapa lah aku hidup dan lahir pada zaman dahulu.mana tidaknya, dulu mak bagi susu gantung sahaja. sekarang? macam-macam ada.itu satu, dulu kalau bole, mak aku nak ajar aku speaking jawa sepanjang masa. tapi disebabkan otak aku yang kurang cergas ini, aku mahir bahasa melayu dahulu dan hasilnya bahasa jawa hanya diketahui oleh aku sebagai siji, logo, telu dan papat...budak zaman sekarang? mama, "i want this." mama jawab, yes, pleas.kalau aku dulu? entah la aku pon dah lupa aku cakap apa dengan mak aku dan seterusnya apa yang mak aku jawab semula.
seperkara lagi, dulu kalau pergi ke kedai nak mintak mak mainan atau sama waktu dengannya. mak akan jawab "tak payah lah, mak tak ada duit" sekian. namun, kalau sekarang, mama akan menjawab. "put it back,tengok muka abang tu. dia punya barang.nanti kena marah, mama tak tahu" padahal dalam beg duit berkepul duit dan si mama terus melulu ke cash deposit machine untuk bank in duit. sekian.

dan apa pula akan berlaku kepada anak aku nanti? jeng...jeng...jeng!

Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan