"Pak Su ... Jangan Kedekut"

Waktu itu, perut sedang membelon. Persis seekor ular sawa yang menelan budak perempuan 11 tahun - melingkar tak teringatkan dunia. Dengan rutin diet sebegini, aku menolak konsep "Ramadan adalah masa untuk menguruskan badan" sebaliknya aku menyokong "Memaknakan ramadan anda".

"Pak Usu!" Sergahan itu mengejutku daripada terus membelai busung milikan sendiri.

Suara lembut milik kanan-kanak perempuan berusia sembilan tahun mengusik aku. Seperti biasa aku hanya pandang, memberi isyarat, 'ya, kau boleh cakap apa-apa yang kau nak cakap'. Dia hanya hulurkan sehelai kertas hijau yang di situ ada warna-warna tambahan dan coretan-coretan aksara pelbagai fon. Menarik!

Tertulis besar "Derma Ikhlas" di atas bucu kertas. Disebabkan aku menyokong konsep "Memaknakan ramadan anda" tadi, aku buka beg duit yang dipenuhi not-not biru menebal. Program sokongan ini perlu diperkuat walaupun kalendar kewangan aku sekarang sedikit tidak mengizinkan.

"Pergi dulu. Keluar dulu. Nanti sebelum pergi kerja, Pak Usu letak atas meja tu dengan duit. Ikhlas ... kalau sikit, jangan marah." Aku berseloroh.

Dia balas dengan jebik.

Sambil itu, aku teruskan membaca perincian helaian tersebut. Panjang isinya. Mungkin retorik-retorik ini digunakan supaya kanak-kanak dapat menanamkan minat menderma seawal usia. Ya, mungkin!

Tiba-tiba mata aku berfokus kepada baris-baris aksara. Bunyinya begini....

"Derma yang melebihi RM5.00 akan menerima   _ _ _ _ _  _ _"
"Derma yang melebihi RM10.00 akan menerima _ _ _ _ _ _ _ _"

Konsepnya mudah, makin banyak kanak-kanak itu menderma, makin besar ganjaran yang mereka miliki. Hyphothesis accapted !

Sejurus itu, aku dengar satu suara menjerit dari luar, "Pak Usu, jangan kedekut sangat nak derma tu, kan dapat PAHALA!!! "

***Pak Usu membelek not-not milikannya agak lama masa tu, memikirkan sesuatu.***


Comments

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc