'Notihing-to-Hide' bersama SHAH RUKH KHAN
Waktu itu, aku pacu kaki melangkah ke bank. Penat. Biasanya, sebaik-baik sahaja pulang kerja, aku terus hempaskan badan ke atas tilam. Hari ini ada urusan ingin diselesaikan - masukkan duit.
***
Terpinga-pinga dua Shah Rukh Khan (SRK) di hadapan mesin elektronik itu. Aku rushing dan berniat ingin biarkan sahaja mereka.
'Bukan orang Malaysia pun.' Terus sahaja aku langkah ke mesin yang satu lagi, malas nak beratur belakang SRK tu, berbau.
"Abang ... boleh tolong ka?" Nasiblah aku ni pernah kerja dengan SRK-SRK yang lain, sebelum ni. Bolehlah aku fahamkan.
'Aduh, semaklah! Orang dah lambat ni.' Hanya suara tanpa muka aku lakukan kepadanya.
Sifatku memang begini, malas nak tatap mata. Bukan apa, aku ni sejenis suka mengimbau masa lampau - dari matalah pukau berlaku. Sangat shit kalau nak kenangkan waktu tu. Move on!
Dua SRK tadi minta bantuan. Bantu mereka keluarkan duit dari mesin. Dari pilih bahasa, masukkan no akaun (hehehehhehe) dan pilih amaun, aku buat semua. Ambil duit sahaja, diaorang.
'Wow! Nasib kau memang baik sebab jumpa aku. Cer kau jumpa malaun-malaun kat luar sana, yang jenis kaki rembat duit orang. Macam mana? Gila, mana person incharge kauorang?! Patutnya, diaorang ajarlah dulu SRK ni cucuk duit, baru lepaskan diaorang cucuk duit dengan sendirinya.' Okey panjang pulak aku bebel.
Aku tolong saja lah. Siap keluarkan duit. Sekali keluar banyak terus, SRK-SRK ni. Sempat aku jeling balance dalam akaun tu. Bapak banyak!
Okey, selesai tolong.
Gembira muka SRK ni. Gaji pertama katanya.
Aku terus menyelesaikan objektif kedatangan ke bank. Sebaik-baik sahaja aku pindah ke mesin deposit tunai, dia perhatikan aku.
"Ha, nak apa lagi?" tanya aku sedikit kasar. Sebenarnya aku nak cepat.
"Itu mesin untuk apa?"
"Masuk duit."
"Abang, kalau saya nak masuk duit juga boleh?"
Aku layankan sahaja karenah diaorang. Dari step 'Bismilllah' sampai ke 'Alhamdulillah' aku tunjukkan sekali lagi. Ajaranku kali ni sedikit perlahan. Mungkin lepas ni diaorang ni bolehlah buat sendiri.
"Masukkan akaun orang yang you nak bagi duit tu," arah aku.
"Saya nak bagi balik dalam akaun saya sendiri."
"What!!!!"
'Kau faham tak, aku nak lekas balik, nak mandi, nak pergi solat terawih? Faham tak?!' Aku membentak keras masa tu. Semua orang tengok aku.
Apa kejadah dia ni woi!
***
Cuma aku bangga. Gaji pertama orang asing sebegini lebih tinggi daripada gaji aku yang berstatus "Warganegara Malaysia".
Comments
Post a Comment