KAKAK² PEJABAT
Badan masih lemah menempuh kesesakan lalu lintas pulang dari Johor ke Kuala Lumpur. Otak gagal berfungsi sebaiknya. Lumpuh.
Sebenarnya, perjalanan aku ni pergi ke suatu tempat yang kononnya menjanjikan masa depan cerah. Kata orang, kerja situ mudah buat loan rumah, kereta dan menjanjikan kebahagian anak bini. Well said.
Tak berniat untuk berkongsi pengalaman bagaimana sesi itu berlangsung sebab harapan kejayaan itu seperti longlai. Cuma aku berminat dengan satu perkara.
Jangan marah. Aku cuma lihat dan aku cerita.
Jam 9.00 pagi. Sebaik-baik sahaja menghabiskan sarapan pagi bersama peneman a.k.a awek, kami masuk. Pertanyaan² klishe aku lemparkan agar tiada situasi menjengkelkan berlaku. Aku, orang pertama tiba.
Dilayan dengan, "Oh, tulis nama di sini dan duduklah dulu".
Waktu itu kecoh. Tapi aku yakin bukan berpunca daripada aku. Persis diskusi tentang menu itu dan ini daripada satu persatu akak² berpakaian batik di suatu sudut. Aku biarkan.
Sedang aku selak helaian akhbar bersepah di atas meja, keluar beberapa orang akak berpakaian batik tadi. Tidak semuanya, tapi adalah 2, 3, 4 orang daripada 5. Yang kelima tu, mungkin ada tanggungjawab yang digalas. Berat.
Aku perhati. 'Amboi, joyahnya akak² ni!' Bertepuk tampar siap gaya.
Aku dibiarkan.
Baju batik dah cantik. Siap side tajam kat sisi tangan. Kemas nametag terpahat dekat busut dada. Megah! Tapi tulah, gaya lenggang menuju keluar pintu dengan selipar jepun yang diaorang leset kat lantai tu cukup mencuit hati aku sebagai yang tak sempat belajar subjek Sivik kat sekolah.
Biar ... biar juga. Aku ni apa cerita?
'Lantaklah ... nanti dia layan la aku ni kot. Mereka lapar. Dekat rumah kena urus anak suami. Kesian.' Aku mengomel.
Cuma saya berharap akak² topup la ye nanti masa kerja tu. Janganlah, waktu balik jam 5.00 tapi 4.30 akak² dah kemas meja, tutup PC dok ceghita pasai shopping online pulok eh ... takpun, gosip hal ehwal suami masing². Eh!
lahh, ingat kau akan cerita panjang.
ReplyDeletePunyalah aku dah teruja nak baca post kau sambil tangan menyuap mee goreng yang dibeli di kedai bawah
Ps: Saya akak A. Muslim
semoga aku tak menjadi mak cik-mak cik pejabat yang tipikal.
ReplyDelete