Jejaka Hampa

Gitttu tajuk entri kau!!
Ok start.

Dia cantik. Kemas kain kelabu menyelimut kepalanya. Baginya, aurat itu pasti dilindungi. Genit dia memanggil aku untuk memerhati dari kiri ke kanan runsingnya. Mungkin sedang menunggu seseorang untuk menemuinya. Lagi dua atau tiga minit sampailah tu.

Sementara, ini masa untuk aku mengisi masa-masa memerhati indahnya ciptaan tuhan. Wanita dengan shawl dan kemeja besar serta seluar memang elok. Cantik! Lebih-lebih lagi dengan kehadiran lesung pipit. Serius dia cantik.

Lima minit dia di situ. Dia bangun. Tapi gayanya tak mahu meninggalkan tempat duduk. Dia melambai-lambai tangan pada seseorang. Eksaitednya gaya.

'Oh dia tunggu lelaki,' bisik aku.

Bukan seorang, tapi tiga lelaki menghampirinya. Berbadan sasa gayanya. Terletak kemas tshirt yang digayakan. Berkaca mata hitam yang pelbagai bentuk. Persis maskulin dalam majalah majalah kegemaran remaja kini.

Gembira sungguh laku gadis itu. Mungkin lama sudah tak berjumpa. Tapi macam selalu. Entah.

Aku masih curi-curi memandangnya. Cantik sangat, sampai macam ni jadinya aku. Selama ni jaga iktilat. Kopiah tak tanggal. Tapi hari ni perlu cover sikit sebab lupa nak bawa spek mata hitam. Ketawa sendiri. Gila seks ke apa kau ni?

Dua minit lepas tu, gadis tadi menyeluk saku beg di tepinya.

Serupa aku ini perlu kecewa untuk selama-lamanya. Gadis yang aku puji setengah jam tadi. Gadis yang aku perhati atas sehingga bawa tadi. Gadis yang aku anggap persis ciptaan lengkap tadi menggagalkan perasaan seorang maskulin seperti aku.

Kotak Malboro Light dan pemetik api menjadi pilihannya daripada aku yang setengah jam memerhatikannya? Apakah dunia...? Apa, kotak putih tu lagi handsome ke daripada aku ni?

Comments

  1. Begitulah juga wanita sering kecewa apabila lelaki yang dilihat sempurna tetapi banyak cacatnya. Doalah dapat wanita yang baik budi walaupun sukar mahu cari yang diingini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc