Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

[Kali ini, watak aku bukan aku. Fuhhh!]

Sedang aku hanya berjaket hitam, kasut high-cut cerut ... bersandar badan di dinding bangunan besar sambil menongkat pada sebelah kaki. Rantai besi yang abah buang dalam stor, aku gantung dekat leher.

Pandanganku ke persekitaran sedikit kabur apabila kepulan asap daripada corong nafas bermain di udara. Hobi aku dan sekalian remaja. Ada satu nikmat bila aku kemam. Ya, nikmat!

Masa tu, dua penjawat amam lengkap beruniform sedang berpasak berhampiran situ. Siap bersenjata. Menjaga keamanan dunia, barang kali. Dengan perut ke depan-buncit, berkaca mata, mereka memehatikan manusia. Persis tugasku, sekarang.

Aku ni hanya berdiri memerhati gelagat manusia. Sedangkan dia, meniliti keamanan dunia. Maksud aku, Malaysia. Punca kami sama, cuma matlamat berbeza.

Aku cuba mengubah posisi. Lenguh juga. Oh ya, aku lupa. Berdekatan dengan aku ada seorang makcik. Labuh tudungnya melitupi busut di dada. Mungkin kelabuhan itu boleh digambarkan daripada gaya ustazah² di kaca televisyen. Cuma fesyen makcik ini kurang menarik perhatianku.

Kerap dia goncang bekas di tangannya. Perlahan-lahan. Aku dapat perhatikan beberapa syiling ditimang². Ade kumat-kamit di bibirnya. Zikir atau kata² simpati, mungkin. Dari lirik matanya, aku dapat kesan yang dia OKU - cacat lihat - buta.

Tak lama tu, datang seorang lelaki segak. Tiada deskripsi kekayaannya dengan aksara tentangnya. Dia memang kaya dari pandangan mata. Hujung rambut ke hujung kakinya semua berjenama. Dia bukan lawanku.

Sebaik-baik sahaja di hadapan makcik ala² ustazah tadi, lelaki tu melepaskan not ungu di dalam bekas yang digoncang makcik.

'Wo, bapak ah!' royan hati.

Situasi seperti biasa. Cuma aku dapat rasakan 2 lelaki buncit tadi memerhatikan aku. Pengawasan terhadapku mengetat. Rimas! Ada sirna² menuduh di sebailik kaca mata dua lelaki buncit tadi.

Aku beredar. Malas nak jadi bahan bualan mereka berdua. Silap² nanti, aku kena belanja minum petang.

***

Lima minit aku duduk di tembok. Putung² Malboro Light ni juga entah yang kali keberapa. Kepala masih memerhati alam. Indah. Tiada pandangan dua lelaki buncit tadi.

Satu fokus berpasak pada sosok tubuh yang berjalan ke arah bank. Makcik buta tadi masuk ke bank dan mengira² duit? Bank in duit la, bhai! Tak buta dah? Bukan sekeping tapi, dia kira pun ... aku penat dah tengok.

Habuk rokok jatuh kat kasut aku. Aku lap, perlahan. Sekali lagi aku toleh kat makcik ala² ustazah tadi.

'Power makcik ni buat part-time eak!' Aku sambung gelak....

"Bro, kalau nak merokok kat sini, jangan buang putung sepah²."

'Apa yang buncit ni tak puas hati dengan aku la siot?!!' Sekali lagi aku beredar.

Comments

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Quizizz dalam PdPc