Mesej Selamat Pagi
Pagi ini mentari ceria. Cumanya aku tak tahu tahap ceria tu pada tahap apa. Mungkin aku ini sering diomok-omokkan oleh penulisan sasterawan muda. Sengaja aku angkat mereka.
Bukan itu yang aku mahu catatkan, pagi ini.
Kaki aku lunjurkan. Penat bawa kereta menempuh kesesakan kota, semalam. Seperti biasa, bangun pagi bukan bingkisan ayat suci aku cari, tapi pesanan-pesanan ringkas daripada si awek dan teman-teman sosial. Mungkin mengharapkan ucapan selamat pagi atau "bangunlah, kalau tak bangun, kita merajuk." Merepeknya impian!
Sedang itu, satu mesej masuk. Pesanan daripada seorang Islam kepada Islam, cadangnya. Biasanya aku akan baca penuh. Biasalah, ilmu agama yang cetek ni, kene isi. Bukan apa, sebab persediaan tu perlu.
Akur. Aku baca. Mesej mengingatkan bahawa kehadiran DAJAL di lautan pasifik yang cuba untuk menjenguk bumi. Seram. Amalan tak cukup. Teruskan membaca.
"Jika anda tidak kirimkan pesanan ini kepada 42 orang (biasanya akan lebih daripada ini), bencana, celaka, sial dan binasa akan menimpa anda."
Berhenti kejap aku. Tazkirah pembacaan tadi meragukan aku untuk terus membaca. Perlukah aku? Terus baca? Sebarkan? Dan kalau tak sebarkan, hadiah sial akan dikirimkan? Nasib samakah pada mereka yang aku sebarkan kelak? Allah....
*** Kawan, sebenarnya bencana dan segala macam dugaan tu Allah yang tentukan. Bukan mesej-mesej serupa ini (contoh di atas). Percaya. Tapi, tak salah kalau nak berkongsi kisah agama. Sebab, "sampaikan kebaikan kepada kaummu, walau sepotong ayat."***
Renung-renungkan dan selamat beramal. Yang ikhlas, Jejaka Cetek Ilmu.
Comments
Post a Comment