sayang sangat! mak & ibu

hari ni 09 mei 2010. aku hampir lupa dengannya kerana dalam ingatanku, 10 mei. aduh, lupa sudah. sedih bila tak dapat bersama bila waktu begini. tapi bila dah ada depan mata, malu pula ye...aku masih di bumi shah alam. hari ini hari ibu sedunia. talian sahaja yang menghubungkan aku dan mereka. sedih gile. kalau lah dapat aku dakapnya. bukan mudah. aku malu untuk meminta, kekadang ada lah jugak.(ketawa sikit).

kaca TV situ sini memaparkan kisah ibu-ibu dunia. rindu rasanya. ingin sahaja aku pulang ke halaman menatap wajah mak dan ibu. emak, ZAHARAH RAMLEE. baik orangnya. sangat penyabar. aku tak dapat bayangkan bila aku kehilangannya suatu hari nanti. umur semakin meningkat. aku takut. banyak perkara aku lakukan sehingga beliau mengalirkan air mata. adi minta maaf sangat mak. aku bukanlah anak yang baik. namun, mak selalu sabar.banyak pengorbanan yang mak lakukan.masa sekolah dulu. aku sering buat masalah. mak datang ke sekolah. sekolah dah lah jauh. mak terpaksa mengharungi jalan raya dengan motor. sehingga suatu ketika mak hampir dikejar dengan anggota polis. mak memang berani kerana memecut laju motorsikalnya. mak memiliki hati yang lembut. sebab itulah mudah menangis. namu sukar untuknya menunjukkan kesedihannya. itulah mak aku yang telah membesarkan aku selama ini. mak sangat baik. tiada siapa yang boleh menggantikannya dalam hidupku. ingat pula aku sewaktu kecil dahulu. sehingga kini kasih sayang mak tak pernah luntur. walaupun kami berjauhan, aku tahu mak ada di sampingku. namun, kenapa mak selalu menangis bila aku pulang lewat, bila aku mengadu tak makan, atau mengadu hanya makan nasi koboi? mak jangan risau, adik nak belajar hidup sendiri. ya lah, dulu duduk asrama, mak akan datang setiap hujung minggu. tapi sekarang dah jauh. mak terlalu agung buat aku. mak, adik sayang mak selamanya. adik doakan mak bahagia. jangan pergi sebelu adik ada di sisi mak untuk membahagiakan mak. TERIMA KASIH MAK!

bukan menggantikan tempatnya. tapi apa salah jika kita berkongsi kasih dengan mereka yang mahu. aku tidak pernah menolak kehadirannya. ibu yang menyerikan hidupku. EMELIA AMIR HARUN. datang dalam diriku tanpa di duga. cukup faham akan diriku. sentiasa mendorongku walau dengan apa jua cara. walaupun perkenalan kami tidak begtu lama, aku sekan menjadi rapat dengannya. aku juga merinduimu ibu. ketabahanmu menjadi dorongan untukku menjadi insan di dunia ini. tidak banyak aku dapat membantumu namun, aku hanya mampu berdoa agar kau bahagia di sana. untuk ibu, abang doakan agar ibu dapat menyelesaikan masalah yangs selama ini menemani ibu. biar kita miskin harta tetapi kaya budi bahasa ibu. TERIMA KASIH kerana sabar dengan abang.


SAJAK UNTUKMU
tetesan peluh
menitis ke bumi
mengalir ke dasar lembah
tidak pernah tersasar
tidak pernah menyerong
kau tahu mana letaknya

sujud kasihmu
membongkok sepi sendiri.
tadahan doa
mengangkat sejahtera
demi yang satu
doamu kudus
hanya untuk anakmu

tidak terhitung
jasa dan keringatmu
bertarung antara nyawa dan aku
kau pilih aku
demi kasihmu!

awal pagi bangkitmu
tika aku diselimuti mimpi
halau nyamuk dan kesejukan
keringat dimulai.
menjaja harta demi tercinta

tidak pernah ku dengar
keluh dan kesah.
khabar berita tak pernah duka
senyuman dilempar tak papar kedukaan
kusut rambutmu dibiar,
rambutku dibelai.

kau wanita hebat
pejuang setiap manusia.
halus lembut kata mu
buat bumi bergema 
kau penjulang para juara
karana kau lah insan yang AKU SAYANG

Comments

  1. kenapa buat yana menangis ag!! hehehehhe... sedih tau bace post ag..

    ReplyDelete
  2. la...knpe plak ni...ntah pape jek..walaupon memg aq nangis mse buat post ni..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc