erti cinta!

sedih sangat. air mata nak meleleh tapi terpaksa menahan. entry kali ini bukan untuk melawak tapi nak serius..yaya... bukan semua boleh ketawa apabila bercerita tentang cinta. aku pernah melihat seorang kawan yang apabila dihadapanku, huh punya lah bengong kepala beliau, namun apabila menatap, duduk di hadapan awek-nya, pijak semut berkali-kali pun, semut boleh tersenyum. punya lah besar erti cinta. of corse kita tahu erti cinta pada Allah, pada ibubapa...
kali ni, aku nak bercerita tentang kisah percintaan dengan manusia yang bergelar kekasih.
mentari hari ini dilitupi oleh rimbunan hujan yang berjurai ke muka bumi. membasahi lantai bumi dengan rahmat-nya. syukur! terbaring sekujur badan di hadapan tv jam 2 sehinggalah jam 5. tak pernah rasanya aku menonton filem hindustan semenjak menjejakkan kaki ke dunia universiti. penangan kali ni bukan seperti biasa. kali terakhir aku menonton hindustan adalah sewaktu aku menyelami dunia cinta monyet. dan kali ini berbeza. aku mula mencuba mengintai dunia realiti dan sedikit sebanyak kisah itu akan tersemat di dalam kisah cinta yang aku pernah alami.
bertemu di sebuah kapal besar sewaktu bercuti. kisah mereka bermula. si lelaki bukanlah jejaka yang memiliki latar  belakang yang baik. wanita menjadi bahan mainannya. berbeza dengan si wanita yang berparas cantik, jelita dan memiliki budi bahasa yang cukup luhur. dalam melalui badai sepanjang perjalanan di tengah lautan di atas kapal, hati mereka terpaut di antara ikatan yang dinamakan cinta. walaupun mereka cuba untuk mengatakan tidak kepada percintaan tersebut, namun hati menguasai mereka. menarik hatiku apabila janji mereka untuk bertemu di sebuat tempat dalam masa yang panjang tanpa sebarang pertemuan selepas mereka berpisah daripada kapal itu. menjadi perumitan apabila mereka berdua sudah memiliki pasangan kekasih yang sedia untuk sehidup semati. hari perkahwinan bakal dilangsungkan. namun si lelaki menolak dengan jujur. segala kemewahan yang dimiliki oleh si lelaki ditarik sekali gus kerana itu adalah hak milik bapa tunangnya. diperhatikan oleh tunang si wanita. sejurus sahaja mendengari kisah tersebut, si wanita diajaknya berkahwin. sedu waktu ini hanya ditahan dengan keperitan semata.
warkah dilakar." DIA DEWA, AKU PERLU BERKAHWIN DENGAN DIA. SUAMI ADALAH SEPERTI DEWA. NAMUN HARI INI AKU PERLU BERKAHWIN DENGAN DEWA UNTUK DIJADIKAN SUAMI. MINTA MAAF KERANA TIDAK DAPAT BERJUMPA DI TEMPAT YANG DITETAPKAN PADA HARI KEKASIH NANTI." antara bait yang ditulis oleh si wanita. tunang si wanita adalah seorang yang baik dan memahami. dibenarkannya si wanita bertemu dengan si lelaki sepertimana yang dijanjikan.
dalam perjalanan mereka sungguh gembira.  secara kebetulannya tayar kereta si wanita telah pancit di tengah jalan dan menyebabkan dia bertekad untuk bertemu dengan si lelaki menggunakan kakinya.
si lelaki menunggu di tempat yang dijanjikan dengan penuh kehampaan apabila si wanita tidak juga menjengah. si wanita sedar sahaja, kaki nya sudah kudung keduanya. sadis sekali. usahanya untuk bbertemu dengan si lelak putus di atas katil hospital itu. juraian air mata membasahi liangan kelopak matanya.
dalam penderitaan itu, mereka telah ditemukan oleh jodoh di sebuah pementasan teater. imbauan kisah mereka kembali walaupun jarak kedudukan mereka dalam dewan tidak jauh. linangan air mata lagi.
selesai sahaja pementasan itu, mata antara dua hati telah bersatu. namun si lelaki telah mengambil keputusan untuk meninggalkan si wanita kerana menyangka si wanita sudah bersuami.
lelaki memang ego. dicarinya si wanita dan berjumpa di rumah wanita tersebut. di sinilah penentuan.
sampaikan amanat untuk memberi gelang kaki pemberian nenek-nya. dan dari situlah si lelaki tahu bahawa si wanita sudah tidak punya kaki lagi. keluhuran cinta telah memisahkan jurang ego mereka. hati mereka telah disatukan walaupun kekurangan antara mereka telah wujud.
 "AKU BUKAN SEPERTI KAU LAGI INSAN BIASA"
inilah bukti cinta sebenar.bukan sekadar mengejar seks semata. dengan cinta si lelaki mengenal dunia sebenar dan boleh berdikari sehingga berjaya. si wanita berkorban demi cinta dan sanggup menggadaikan nyawanya. pengorbanan cinta sebenar bukanlah lahir dari kata-kata sahaja. ia nampak dari perlakuan! bila agaknya aku boleh bertemu dengan itu cinta?! sayang...

Comments

  1. ni cite MAAN ni!!aku pun tgk smlm!!hahaha..

    p/s: ko tgh mencari cinta ke??huhu

    ReplyDelete
  2. ili: yaya...bgus sungguh idea mu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan