hati mula menggila
dekat dengan mak dan abah.
semakin hari semakin mencarut perasaan ini

hari ini perasaan itu memberontak
aku mengayuh bingkaskan tangan
mengemas beg2 di dalam locker tak berkunci
(kunci baru sahaja dipokah)
bercampur baur... 
(yang penting sedih tak ada)

dalam hotak ni menerawang banyak hal
balik nak makan asam pedas mak
nak makan jantung pisang rebus sambil cecah sambal asam
makan abc ngan kawan-kawan
dah lama tak makan nasi goreng campak yang mak buat

cuti sem
memang yang ditunggu semua
seawal cuti, 
seorang demi seorang beransur
menyusung beg ke dalam boot kereta parents mereka.
kenapa aku menyebokkan diri
"ok ingat, kita perlukan pengalaman untuk mempelajari sesuatu"

bukan aku tak balik terus.
dan harinya sudah tiba.
walaupun cahaya itu belum bersinar penuh.
sudah nampak ia
mak, abah, abang, kakak...
tunggu adik pulang...
untuk ibu, 
kalau sempat, abang akan jenguk ibu ya
sayang
kita tengok wayang ea nanti

< yang penting aku senyum sekarang >

Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan